Blogger Sebagai Kerjaya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berapa ramai di kalangan Rakan Blogger yang yakin Blogger boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menjana pendapatan secara online malah boleh membina peluang bisnis yang boleh memberi manafaat kepada ramai orang. Mungkin tak ramai yang yakin kerana ramai yang telah gagal menjadi Blogger yang berjaya.

“saya dah kecewa dengan blog… tak ada impak pada diri saya walaupun dah mcm2 dah buat… maybe i quit – SilenceBlogz

Dalam ribuan Blogger Malaysia semakin ramai yang telah berjaya menjadikan Blogger sebagai kerjaya antaranya Abang Nara dan Paul Tan. Ramai juga yang ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya tetapi kurang keyakinan dan tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Kepada Rakan Blogger yang sedang bekerja tapi ada niat nak jadikan Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan.

1. Laburkan duit mengikut kemampuan untuk upgrade blog. Blog ini ibarat rumah. Pasti kita suka kalau rumah kita kemas, selesa dan bila balik isteri yang menyambut senyum dengan pakaian yang cantik. Itu baru dinamakan rumahku syurgaku (Aku rasa En. Titan mesti suka analogi aku ni). Begitu juga blog yang mesra kepada pembaca dan disukai oleh pengiklan merupakan permulaan yang sangat penting untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya. Jangan buat blog ikut selera kita dengan warna, banner dan lagu segalanya tapi buatlah blog mengikut trend terkini.

 

2. JANGAN lokek duit pergi kelas belajar ilmu blog teknikal dan non teknikal untuk memudahkan kita menguruskan blog yang akan menjadi sumber pendapatan utama kepada kerjaya kita. Jangan sesekali ada perasaan kita sudah tahu segalanya kerana itu tanda bermulanya kegagalan sebagai seorang Blogger.

3. Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Perancangan mesti selalu berubah mengikut perubahan teknologi dan sosial media yang sentiasa dinamik.

4. Paling penting tukar cara fikir yang lebih positif dengan minda bisnis untuk persiapan menjadi Blogger profesional. Cara terbaik adalah mengikuti seminar motivasi yang dianjurkan oleh pakar yang sudah berjaya. Teringat nasihat Ustaz Rahim Nasir katanya kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi pasti terpalit juga wangi minyak kat badan kita. Nak jadi Blogger yang berjaya kena bercampur dan belajar dari mereka yang sudah berjaya tanpa melupakan Blogger yang lain.

Video Blogger sebagai kerjaya rakaman dari Astro Awani.

Persiapan Blogger sangat penting untuk membina kerjaya. Blog dan Blogger yang berkualiti akan memberi kadar nilai yang berbeza di mata pengiklan dan pembaca setia. Percayakah anda bahawa pengiklan akan membayar pada kadar yang berbeza kepada Blogger walaupun projek yang diberi adalah sama. Contohnya review gajet pasti nilai bayaran tak sama untuk blog amanz.my kalau berbanding dengan blog Denaihati. Kadar bayaran juga tidak sama antara blog yang mendapat berbagai anugerah dengan blog yang belum mendapat anugerah.

Blogger yang sedang berkerjaya perlu korban masa usaha lebih untuk membina blog yang baik sehingga apabila sudah betul-betul bersedia yakinkan diri buat keputusan untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya seperti Abangensem dan Shakiddo. Percayalah dengan persiapan yang sempurna Blogger bukan sahaja menjadi kerjaya tetapi boleh mengubah kehidupan kita menjadi manusia yang lebih berjaya. Blogger pun boleh jadi kaya seperti angan-angan Blogger Nuraini Huda … kalau aku kaya ..

blogger top di sbb 2013

Tiada siapa yang boleh meningkatkan martabat Blogger Malaysia melainkan komuniti Blogger itu sendiri. Jangan mengharap orang ketiga seperti wartawan atau PR syarikat untuk menaikan nama Blogger kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Lihat sahaja profesion lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya yang sentiasa perjuang untuk meningkatkan martabat kerjaya mereka di mata ramai. Blogger Malaysia mesti berjuang untuk menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang dihormati kalau bukan untuk warga Malaysia setidak-tidaknya untuk isteri dan keluarga sendiri.

 

Untuk menjadi Blog yang dihormati dan Blogger yang dihormati memerlukan pengorbanan dan tiada jalan singkat.


Spread the love

105 Comments

  1. kena betul-betul , and bersungguh-sungguh kalau nak jadikan blogger as karier.
    kalau sekejap off sekejap on, tak kemanala jawabnyer

  2. Bila baca penulisan saudara Denaihati ni, mood berblogging makin naik.

    ALhamdulillah, terima kasih. 🙂

    Dalam apa jua situasi, Asyrof akan terus menulis di blog.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!