Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.
Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.
Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.
Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.
[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]
Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:
- Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
- Bagaimana membina jaringan
- Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
- Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
- Membina perniagaan menerusi blog
- Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
- Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
- dan banyak lagi…
Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.
102 Comments
Ada tips yg berguna dalam artikel ini … salam ramadhan 10 malam kedua (pengampunan) Bro DH
tak berapa pandai tentang SEO ni..ema menulis blog hanya untuk berkongsi perihal anak-anak, keluarga dan kerjaya
Curahan rasa ema @ ..Surprise for Azwa!!!!!
Blogging ni kepuasan menulis ehhh.. expressi diri. Mcm ni, tengah busy sampai tak leh nak menulis dgn baik, tension gak. Harap2 esok ada ler time nak karang satu artikel… Bab SEO, adehh kawe tak khatam2 lagi..
Curahan rasa Ismail N @ ..MyKad Smart Shopper Program: Enjoy Discount Through MyKad
Ramai yang berblogging tetapi tidak belajar ilmu membuat blog, hanya ada ilmu menulis sahaja. banyak artikel-artikel yang menarik dan bermanafaat hilang dari SERP sebab blogger tidak ada ilmu blogging. Semoga usaha bro ini akan mendapat sambutan. Sekaligus memastikan ramai blogger Malaysia mempunyai ilmu yang cukup didalam berblog.
Tidak dinafikan ramai yang berbakat dalam menulis.. tetapi untuk menyeimbangkan penulisan dan SEO memang agak sukar ..
Curahan rasa anif @ ..Jadual Lengkap Barclays English Premier League (EPL) Musim 2013 / 2014
byk info menarik thanks..ilmu pn byk..setuju kontent utk para pembaca bkn semta2 seo
Curahan rasa mohd777 @ ..Kesan Morning Sickness Pada Ibu Hamil
Saya setuju, konten di blog seharusnya tidak hanya untuk tujuan SEO saja. Konten itu tujuannya untuk memberikan informasi yang bermanfaat bagi para pembacanya. Saya sering melihat cara penulisan yang terkesan dipaksakan agar unsur SEO nya lebih bagus, akibatnya artikel tersebut jadi tidak enak dibaca.
Curahan rasa Max Manroe @ ..Sebenarnya, Apa Itu Internet Marketing?
yg penting, menulis dengan jiwa bak kat en.titan..hehe
hoho..betul. gua setuju.
Curahan rasa titan @ ..CUKUP.
sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entruy blog tu.. hehehe
Curahan rasa myvitrd @ ..Kecewa Dengan Fatwa Dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan
insha Allah lepasni saya cuba hadirkan diri ke kelas master ^^
Curahan rasa Zuan @ ..Raya Moments of Closeness with Samsung
Insya-Allah jika ada rezeki teringin nak join Kelas Master WordPress pulak…;)
Curahan rasa papa mifz @ ..Harga Ubat Sudah Naik Ke…??
Kalau bro ada niat nak lebih sukses blogging mesti join kelas master ni.
ambe juga ada impian dan tengah usaha kumpulkan uangnya =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Carilah Cermin Yang Jujur!
saya berblog kerana saya minat menulis mengenai apa yang saya minati … teknologi.
betul juga tu, kalau dapat seimbangkan mesti lagi bagus
Curahan rasa eiela @ ..Kelebihan Kitab Teknik Seo Merah Jambu
betul tu iela…kadang2 mmg terlajak fikir seo seo seo…adeh
Curahan rasa hafizmd @ ..50% Diskaun Ebook Ustaz Hasrizal Tak Kenal Maka Tak Cinta!
yezzaaa saya mahu belajar dan berusaha lagi heee
Salam.
Terima kasih atas tips yang diberikan. Banyak lagi yang saya perlu betulkan..
Comments are closed.