Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku terbaca banyak status rakan-rakan Blogger di Facebook, Twitter dan Instagram yang cuba menjauhkan diri dari berita program makan coklat Cadbury oleh sebuah NGO untuk membuktikan kesahihan HALAL JAKIM. Setiap daripada kita mempunya pendapat dan pandangan berbeza untuk dipertahankan. Aku tidak dijemput untuk program makan coklat cadbury tersebut tetapi kalau dijemput untuk JAKIM inshaa Allah aku akan datang tetapi bukan sebagai duta Cadbury.
Pertama kali aku menjejaki kaki di Hong Kong selama tiga hari aku hanya makan buah dan minum air mineral serta jus sampai kembong perut kerana tidak yakin untuk makan makanan yang ada di sana. Di Macau pun bukan senang nak cari makanan halal tak percaya tanyalah Melastik Bintang dan beberapa rakan Blogger yang baru balik dari sana, aku dulu sampai kena tahan Polis Macau lebih sejam kerana membawa mee segera berlebihan. Ketika kembara Beijing kami dibawa oleh pemandu pelancong singgah di restoran-restoran yang mempunya tulisan halal tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi. Ketika kembara New Zealand untuk makan kami berpandu kepada panduan halal yang disediakan oleh NGO Mualaf tanpa ada pengesahan dari badan tertentu.
Masih teringat ketika di Paris aku terpaksa berpusing berjam-jam mencari restoran halal sehingga kelaparan yang amat sangat. Pengalaman di London berjalan berjam-jam untuk mencari restoran halal tapi bila sampai tempat tujuan restoran sudah tutup dan restoran kedua ada tulisan halal tapi menghidangkan menu tidak halal. Pengalaman berjalan di Indonesia, negara yang lebih 80% Islam pun susah nak mencari makanan halal terutama di Batam dan Bali.
Tak payah cerita jauh sampai ke Hong Kong, Macau, Beijing, New Zealand, Paris dan London kalau aku pergi pusat membeli belah Mid Valley pun sudah pening kepala nak mencari makanan halal, selain beberapa restoran makanan segera yang ada logo halal JAKIM serta Restoran Belanga yang dipunyai orang Melayu, outlet lain tidak meyakinkan status halalnya. Aku memang sangat bergantung kepada logo halal JAKIM untuk makan di pusat membeli belah yang besar-besar seperti di Suria KLCC, Pavillion, One Utama dan banyak lagi.
Kesimpulannya, aku sangat bersyukur di Malaysia ada badan khas halal seperti JAKIM yang dapat membantu pengguna Islam. Turki yang mempunyai penduduk Islam hampir 98% pun tak ada badan khas halal. Aku memang tidak ada rasa was-was lansung dengan persijilan halal JAKIM. Bukan senang nak makan zaman sekarang kalau tak ada sijil halal JAKIM bukan sahaja restoran malah yang lebih penting status halal bahan-bahan masakan. Aku sanggup menemani Pegawai JAKIM makan coklat cadbury bukan untuk jadi duta cadbury tapi menunjukan keyakinan aku kepada JAKIM. Kalau aku meragui status halal JAKIM, status halal yang mana lagi nak aku yakini.
Penjelasan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan isu status halal Cadbury
Kita sebagai pengguna mesti juga ada tanggungjawab bukan hanya bergantung 100% kepada JAKIM sebagaimana umat Islam di negara yang tiada badan khas halal yang sentiasa membuat audit sendiri. Jangan bila ada masalah semuanya salah JAKIM abis apa pulak tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Di akhir zaman memang ramai keliru antara emosi dengan hukum apabila banyak jarum tangan ketiga yang memang benci dengan Islam berusaha memporak perandakan Islam, semuga kita tidak terjerat.
161 Comments
sudah tiba masanya…orang Islam sendiri yang menjadi pemain dalam industri makanan…tapi masih memerlukan sokongan kuat daripada orang islam sendiri…kena perbanyakkan produk keluaran muslim…dan pecahkan monopoli
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Kalau nak ragu ragu.. status ayam semblihan lebih meragukan
Banyak ayam sembelihan dari rumah semeblihan tauke bukan islam
Allahu Akbar. Fardhu kifayah ni
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
betul tu sekarang ni ramai premis yg benarkan org bukan islam sembelih. kdg2 rasa tak yakin
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Menarik perkongsian Tuan mengenai restoran halal di luar negara.
Mungkin di lain kali, kita boleh search dulu restoran di halal di negara tersebut atau bertanya kawan yang pernah ke sana.
Terima kasih kerana berkongsi.
Betul, part JAKIM, kalau kita was-was dengan JAKIM, habis tu nak yakin dengan badan mana pula kan
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Dekat luar memang susah kite nak cari tempat makan yang halal. Bergantung pada tanda halal yang tak diiktiraf oleh mana-mana badan agama pun masih rasa ragu ragu lagi
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
kalau pergi eropah elok la bawak megi. baru la senang duduk sikit bila tak jumpa makanan halal
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
biasenye byk jgk tmpt dlm malaysia ni yg ade halal yg meragukan.. harap kite semua lebih berhati2..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Betul tu. ada tempat atau makanan ada tanda halal tapi tanda halal tu macam bukan daripada jakim.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
JAKIM adalah satu badan yang diperakui dengan standard yang tinggi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
sejak kejadian cadbury ada DNA babi tu, jakim mungkin terpalit sekali. tapi kite perlu percaya pada jakim sebab pada saya, yang buat first test tu, bukan dari badan jakim.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ok . saya setuju sangat. Hari ni juga saya makan cadbury
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 2
yang buat test pertama ada lah daripada kkm. tapi test itu dibuat oleh badan yang lain bukan direct kkm.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Setuju sangat. Kita patut bersyukur sebab adanya badan yang mengawal selia berkenaan halal di Malaysia ini. Pernah gak saya pergi suatu negara tu (tak nak mention), ingatkan halal retoren, rupanya ada masakan kodok/katak dalam menu.
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Astaghfirullah. Sampai begitu sekali. T___T Rasa seram pula nak makan. Apapun, semoga apa yang masuk ke mulut kita ni semuanya baik-baik belaka.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Jika kita berhati-hati maka perkara yang haram memang akn terjaga ..in shaa Allah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Ya Allah. Katak/kodok. Geli sungguh. memang tak datang dah le lepas tu kan?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Benar, dengan adanya logo halal Jakim ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kita berasa was-was ketika menggunakan produk makanan dan minuman.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Setuju.. Logo halal ini adalah salah satu cara bagi saya untuk yakin menggunakan sesuatu produk yg ada dipasaran..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?
Cuma kena berhati-hatilah kan, ada logo HALAL yang tak berapa ‘JAKIM’. That’s why kena alert benda-benda sebegini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
memang ada saya jumpa pada label bungkusan dan ia memang meragukan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Setuju, banyak jugak produk yang ada cop halal kering. kesahihan nya diragui.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
kebanyakannya produk dari china dan thailand. cop halal memang meragukan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada banyak juga produk yang konon nya meletakkan cop halal tapi sebenarnya cop halal bukan dari jakim
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Tak sangka dekat Indonesia pun susah nak dapatkan makanan halal. Setahu saya, melalui pembacaan, Indonesia merupakan negara yang paling ramai penganut Islam. Sila betulkan kalau salah.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Saya dah pergi bulan lepas bro. Insaf kejap bila fikirkan balik..ermm.. Syukur jadi rakyat Malaysia..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Harga Promosi Ephyra sempena Ramadhan.
Alhamdulillah, saya pun rasa bersyukur dapat jadi rakyat Malaysia. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
dekat indonesia memang tiada badan yang mengiktiraf halal seperti jakim ke?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Saya pun kalau beli apa-apa barang, mesti nak tengok logo halal JAKIM yang sah. Susah sungguh nak dapatkan makanan halal diluar negara. Bersyukurlah hidup di Malaysia, kerana ada satu badan khas yang ditubukan untuk mengesahkan kehalalan sesuatu produk.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Brazil dibelasah, Gaza diganyang
memang beruntung tinggal di Malaysia berbanding negara Islam yang lain
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
setuju, malaysia ni memang satu negara yang selesa dan aman untuk diduduki. patut lah ramai yang nak datang ke malaysia
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
pelancong islam sering datang malaysia sebab senang utk cari makanan halal
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bertuah lahir di malaysia. makanan halal ada di mana2. ada badan yg sentiasa memantau sijil halal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
memang rasa bersyukur sangat duduk dekat malaysia sebab ada badan yang boleh mengiktiraf halal di malaysia
Memang susah untuk dapatkan kedai yang menyediakan makanan halal. Kena pandai cari kedai halal kerana kedai-kedai macam sangat sedikit.
Curahan rasa Mohd Yazed Abd Razak @ ..Persaingan Yang Sihat
mungkin kalau ke luar negara terpaksa bawa maggi banyak-banyak
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
susah betul ye nak cari makanan halal kat oversea. yang was2 pun tkleh sentuh
nazirahnaj.blogspot.com
Kalau was-was, baik tak payah makan. tak yakin, syubhah la tu
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Terimaksih telah berbagi infonya, info yang sangat bagus . sukses selalu untuk info and websitenya and be the best to the next info..
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Susahnya nak cari makanan halal sekarang ni.
Curahan rasa Ammar @ ..Punca Kekalahan Sepanyol dalam Piala Dunia 2014 Terbongkar
sebab pengeluar makanan rata-rata adalah orang bukan Islam terutamanya di Sarawak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
kalau ada rasa was-was sikit pun…memang saya takkan makan…lagi2 kalau pergi ke tempat orang…bukan di Malaysia la…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Fikir Dahulu Sebelum Beli Burger
Saya pun sama juga..kalau ada logo halal jakim dan ia menyakinkan saya tanpa ada sebarang was-was, maka saya akan makan dengan senang hatinya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Adakah Hidup Ini Complicated?
betul tu kalau produk yg jarang dengar dan tak ade logo halal baik jgn makan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.