Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku memandu membawa anak-anak berjalan cuti-cuti 1Malaysia di beberapa tempat menarik di Malaysia terdengar perkongsian ilmu di radio oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman. Yang menarik suara Ustaz Haryanto ini saling tak tumpah suara Ustaz Ismail Kamus yang sangat terkenal. Kalau tak percaya cuba cari di youtube video Ustaz Haryanto dan video Ustaz Ismail Kamus pasti pembaca akan bersetuju yang suara mereka hampir sama.
Video Ustaz Haryanto Rizal Lokman
[box type=”shadow”]Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. (HR Ibn Majah).[/box]
Teringat aku kepada Para Ulama yang telah menulis buku dengan ilmu bermanafaat telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh jutaan manusia pasti pahala terus mengalir walaupun sudah beratus tahun berlalu. Begitu juga seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang suaranya sering berkumandang di radio dan tv setiap hari dengan qasidah, bacaan Al Quran, nasyid dan azan pasti ada bahagian untuk arwah di sana.
Terfikir apa agaknya yang aku tinggalkan sekiranya aku meninggal kelak kalau Abang Ensem ada juga buku “Jangan Baca Buku Ini” perkongsian ilmu hartanah yang dapat membantu ramai bukan sahaja orang Islam malah ramai yang bukan islam juga membeli. Kalau Eizil dengan ilmu SEO melalui kelas blog Junior dan Master yang telah diajar kepada ramai Rakan Blogger sehingga dapat mengubah nasib bangsa. Bagaimana pulak aku?
Mungkin blog Denaihati boleh dijadikan khazanah dengan perkongsian ilmu bermanafaat kepada setiap pencari ilmu di Google, Yahoo, Bing dan semua engine pencarian yang lain. Untuk itu aku kena selongkar kembali semua entri dalam blog ini daripada entri pertama iaitu “Politik yang bingung” yang ditulis pada 13 Julai 2008 untuk memastikan semua entri ada secebis ilmu yang bermanafaat dan mengubah suai atau membuang entri-entri yang tidak memberi manafaat kepada pembaca.
Mati itu pasti jadi aku kena bertindak segera kerana umur ini bukannya pasti yang tua meninggal dahulu tengok sahaja adik Ahmad Ammar perjuang muda Islam yang juga rakan sepejuangan di Kemboja telah meninggalkan aku terlebih dahulu dan disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki.
Semuga sedikit ilmu SEO dapat aku manafaat berkongsi secebis ilmu bermanafaat di blog Denaihati untuk Pencari Ilmu di engine pencarian terutama Google dan Yahoo. Teringat kata Ustaz Haryanto Rizal kalau tak mampu jadi macam Para Ulama hebat yang meninggalkan khazanah buku hebat, kita azam semuga ada satu dua ilmu biar sedikit yang dapat memberi manafaat kepada seluruh alam setelah kita tiada di dunia ini kelak. Mungkin blog boleh dijadikan khazanah ilmu bernilai yang kita tinggalkan.
81 Comments
semoga blog kita bisa memberi sedikit manfaat bagi orang-orang yang membacanya
Curahan rasa munir ardi @ ..Ikhlas
Sekadar khazanah sahaja tidak cukup tuan.. Khazanah yang dikenali dan terkenal boleh memaksimakan impaknya.. Insha Allah..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Kod Html Iklan Float Terapung Dalam Blog
Dalam dunia online tak perlu jadi terkenal asalkan pandai setting SEO yg betul pasti blog akan sentiasa berada di 1st page Google yg akan menjadi sumber pencarian ramai orang.
Curahan rasa denaihati @ ..Personaliti Online Paling Berpengaruh di Malaysia
yap..kena pandai gak main SEO.
tak terkenal pun tak apa. Janji terkenal kat search engine. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Contest SEO Eridy – Teknik dan Taktikal.
Actually artikel-artikel dalam blog ni pun boleh dikompilasikan utk dijadikan khazanah mcm TDM buat bagi blog chedet. Bro boleh buat dalam softcopy atau kalau mahu lebih hebat, jadikan nya hard copy. 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Anda Pun Beli Rokok John Juga?
Assalammualaikum..bro denaihati,
insaallah ader.. cuma bro denaihati x perasan… insallah kalau bro buat entry islamik ada yg baca.. disamping menulis entry tabur pahala utk saham akhirat..
mselim3
pls; sentiasa sokong blog bro denaihati..
Curahan rasa mselim3 @ ..Entry Khas : CPUV Nuffnang KL Sogo Trendsetter Online
sebenarnya entri ilmu bukan fokus kepada entri islamik sahaja tetapi segala ilmu lain yg boleh memberi manafaat termasuk entri resipi masakan yang halal, entri tunjuk jalan yang betul, entri tip belajar dan sebagainya.
Curahan rasa denaihati @ ..Suami Isteri bukan untuk dimiliki
semasa share something kat blog..kena fikir akan ‘share’ d akhirat nanti kan?
Curahan rasa cikgu naman @ ..Contest SEO Eridy
Apakah agaknya ilmu yang bermanfaat akan akau tinggalkan untuk rujukan semua nanti.
Curahan rasa hatiputera @ ..Cabaran Contest SEO Eridy
saya selalu berfikir tentang ini. sampailah 1 tahap, saya diilhamkan Allah untuk buat bisnes produk islam. saya pilih Al-Quran buat masa ini kerana duit terbatas lagi dan yang penting, saya sebenarnya cuba nak berdakwah tetapi bukanlah cara hebat…dengan ilmu yg terbatas..saya jual Quran, dengan harapan pahalanya berpanjangan.
Allah bantu. Ada juga 3-4 orang “bakal muallaf” InsyaAllah yang beli Quran dari saya, sambil2 tu mereka tanya tentang ilmu agama. agak terbatas ilmu saya tapi saya cuba sedaya boleh. Bila baca pasal arwah Ammar, buat saya lebih bersemangat
Curahan rasa Lizz @ ..Tool FB Marketing Paling Awesome | Software FB Graphic Editor
MashaAllah, sama-sama kita doakan semoga bakal muallaf ni memeluk Islam nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Personaliti Online Paling Berpengaruh di Malaysia
Saya jadi merenung setelah membaca entri ini, teringat akan diri saya yang tidak tahu apa yang mesti saya tinggalkan nantinya. Terima kasih atas pencerahannya Tuan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Carlos Juan Finlay ; Ilmuwan Peneliti Demam Kuning di Logo Google Hari Ini
Insya Allah,… apa yang Tuan kongsikan selama ini sudah sangat banyak. dan saya yakin akan menjadi ilmu yang sangat bermanfaat bagi para pembacanya. Dan hal ini saya sudah bisa merasakan sendiri.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Carlos Juan Finlay ; Ilmuwan Peneliti Demam Kuning di Logo Google Hari Ini
Insya Allah, apa yang telah denaihati kongsikan akan menjadi ilmu bagi para pembacanya. Dan ilmu tersebut akan bermanfaat bagi mereka, sehingga menjadi deposito akhirat yang akan terus mengalir kebaikannya untuk tuan pemilik blog meski telah meninggal dunia. Aamiin.
Saya sependapat dengan hal itu kang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Carlos Juan Finlay ; Ilmuwan Peneliti Demam Kuning di Logo Google Hari Ini
Insya Allah ilmu-ilmu yang dikongsikan di denaihati.com akan banyak bermanfaat dan telah diraakan oleh rekan dan sahabat-sahabat blogger semuanya di sini.
Karena ilmu yang bermanfaat adalah termasuk amalan yang tidak akan putus walau telah meninggal…Insya Allah aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Penyebab Dan Cara Atasi Mual Muntah Hiperemesis Gravidarum
masuk gmbr bro byk2
Curahan rasa encikarman @ ..Contest SEO Eridy
dgn blog ni imu bermanfaat memang boleh ditinggalkan kepada org. inilah yang saya dan kita semua mahu.
tp jika tidak berhati2 dan alpa dosa juga boleh dapat terutama kpd blog yang suka meletakkan gambar2 seksi dan seumpamanya. ia juga menjadi bekal kita ke akhirat. waiyadzubillahi min zaalik
Curahan rasa sohoque @ ..Aksi Air Dan Buih Yang Menakjubkan Di Fantastica! 2 Genting Highland
semoga ada ilmu yang bermanfaat dari kita untuk ramai orang…
Curahan rasa KiD @ ..SCARF Perfume Kejutan untuk Isteri
jadi, tulislah benda-benda yang bermanfaat. 🙂
Curahan rasa titan @ ..Satu sales = RM50.
walaupun sebaris ayat, rugi kalau tak rebut saham akhirat ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blog Khazanah yang akan ditinggalkan
Comments are closed.