Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku memandu membawa anak-anak berjalan cuti-cuti 1Malaysia di beberapa tempat menarik di Malaysia terdengar perkongsian ilmu di radio oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman. Yang menarik suara Ustaz Haryanto ini saling tak tumpah suara Ustaz Ismail Kamus yang sangat terkenal. Kalau tak percaya cuba cari di youtube video Ustaz Haryanto dan video Ustaz Ismail Kamus pasti pembaca akan bersetuju yang suara mereka hampir sama.
Video Ustaz Haryanto Rizal Lokman
[box type=”shadow”]Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. (HR Ibn Majah).[/box]
Teringat aku kepada Para Ulama yang telah menulis buku dengan ilmu bermanafaat telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh jutaan manusia pasti pahala terus mengalir walaupun sudah beratus tahun berlalu. Begitu juga seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang suaranya sering berkumandang di radio dan tv setiap hari dengan qasidah, bacaan Al Quran, nasyid dan azan pasti ada bahagian untuk arwah di sana.
Terfikir apa agaknya yang aku tinggalkan sekiranya aku meninggal kelak kalau Abang Ensem ada juga buku “Jangan Baca Buku Ini” perkongsian ilmu hartanah yang dapat membantu ramai bukan sahaja orang Islam malah ramai yang bukan islam juga membeli. Kalau Eizil dengan ilmu SEO melalui kelas blog Junior dan Master yang telah diajar kepada ramai Rakan Blogger sehingga dapat mengubah nasib bangsa. Bagaimana pulak aku?
Mungkin blog Denaihati boleh dijadikan khazanah dengan perkongsian ilmu bermanafaat kepada setiap pencari ilmu di Google, Yahoo, Bing dan semua engine pencarian yang lain. Untuk itu aku kena selongkar kembali semua entri dalam blog ini daripada entri pertama iaitu “Politik yang bingung” yang ditulis pada 13 Julai 2008 untuk memastikan semua entri ada secebis ilmu yang bermanafaat dan mengubah suai atau membuang entri-entri yang tidak memberi manafaat kepada pembaca.
Mati itu pasti jadi aku kena bertindak segera kerana umur ini bukannya pasti yang tua meninggal dahulu tengok sahaja adik Ahmad Ammar perjuang muda Islam yang juga rakan sepejuangan di Kemboja telah meninggalkan aku terlebih dahulu dan disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki.
Semuga sedikit ilmu SEO dapat aku manafaat berkongsi secebis ilmu bermanafaat di blog Denaihati untuk Pencari Ilmu di engine pencarian terutama Google dan Yahoo. Teringat kata Ustaz Haryanto Rizal kalau tak mampu jadi macam Para Ulama hebat yang meninggalkan khazanah buku hebat, kita azam semuga ada satu dua ilmu biar sedikit yang dapat memberi manafaat kepada seluruh alam setelah kita tiada di dunia ini kelak. Mungkin blog boleh dijadikan khazanah ilmu bernilai yang kita tinggalkan.
81 Comments
terima kasih atas perkongsian ilmu…
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Penangan ESP..
terima kasih atas ilmu yang bermanfaat ini.
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Penangan ESP..
ya kalau memang patut ditinggalkan ya tinggalkan saja.lakukan yang bersifat postif dan bermanfaat.
Kadang-kadang kita lupa pada niat asal berblogging, kalau duit semata-mata, tu yang blog jadi tempat sebar fitnah & benda yang tak berfaedah.
berblog untuk memberi manfaat kepada orang lain lebih memberi kepuasan, macam blog DH.
Curahan rasa tarmizishukri @ ..8 Tips Mengambil Gambar Kanak-Kanak
sebab itulah kita disarankan untuk tidak tulis perkara yang tidak elok2, menyakitkan hati orang lain serta berunsur dosa sepanjang hayat. sebab kematian itu akan datang pada bila2 masa sahaja. sama2 kita cuba yang terbaik untuk saham kita ini
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Contest SEO Eridy
teruskan berkongsi ilmu bermanfaat ya tuan…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Batal Jika Banjir Berlarutan
Sememangnya blog tuan DH nie memang banyak berikan ilmu yang bermanfaat dalam dunia blogging dan kehidupan sosial secara amnya….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Tips mudah menarik perhatian pelanggan ONLINE
tersentuh baca entry ni.. bagaimana nasib kita di sana kelak…
Curahan rasa nizam ijam @ ..Ninetology Smart Ecology 2 Kempen Alam Sekitar yang Ohsem!
makasih untuk pengkonsiannya ust, bermanfaat untuk para blogger
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen SUSU Higoat Makasar
sungguh luar biasa pengabdiannya, semoga bermanfaat
Curahan rasa langsing sehat @ ..By: pligg.com
sama-sama berkongsi bro
Curahan rasa encikarman @ ..Jiran curi pakaian dalam gadis
Harapnya blog saya dapatlah memberi manfaat kepada pembaca untuk beramal walaupun sikit.
Curahan rasa Fadhil Husin @ ..2014 Nanti Kena Bayar Elektrik Lebih Tak?
Perkongsian ilmu bermanafaat bukan sahaja utk beramal tetapi info yg boleh digunakan dlm kehidupan seperti memberi maklumat banjir dan sebagainya.
Peranan blogger ni sebenarnya amat besar dalam menyebarkan ilmu untuk seluruh masyarakat. Pahala tu insyaAllah akan diperoleh jika ianya mendatangkan kebaikan. Cuma buat masa ini, kesannya masih belum meluas kerana budaya membaca masih lagi berat untuk diamalkan oleh masyarakat kita.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kenapa Generasi Y adalah Generasi yang tidak Gembira?
Memang iulah yg kita harapkan, sedikit amal jariah untuk kita kelak
Curahan rasa hafiz @ ..Contest SEO Eridy
Saya pun dah lama follow blog bro ni,memang banyak juga ilmu-ilmu yang berguna terutamanya kepada blogger dan pembaca yang lain
Curahan rasa wazy @ ..Hello world!
Comments are closed.