Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku memandu membawa anak-anak berjalan cuti-cuti 1Malaysia di beberapa tempat menarik di Malaysia terdengar perkongsian ilmu di radio oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman. Yang menarik suara Ustaz Haryanto ini saling tak tumpah suara Ustaz Ismail Kamus yang sangat terkenal. Kalau tak percaya cuba cari di youtube video Ustaz Haryanto dan video Ustaz Ismail Kamus pasti pembaca akan bersetuju yang suara mereka hampir sama.
Video Ustaz Haryanto Rizal Lokman
[box type=”shadow”]Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. (HR Ibn Majah).[/box]
Teringat aku kepada Para Ulama yang telah menulis buku dengan ilmu bermanafaat telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh jutaan manusia pasti pahala terus mengalir walaupun sudah beratus tahun berlalu. Begitu juga seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang suaranya sering berkumandang di radio dan tv setiap hari dengan qasidah, bacaan Al Quran, nasyid dan azan pasti ada bahagian untuk arwah di sana.
Terfikir apa agaknya yang aku tinggalkan sekiranya aku meninggal kelak kalau Abang Ensem ada juga buku “Jangan Baca Buku Ini” perkongsian ilmu hartanah yang dapat membantu ramai bukan sahaja orang Islam malah ramai yang bukan islam juga membeli. Kalau Eizil dengan ilmu SEO melalui kelas blog Junior dan Master yang telah diajar kepada ramai Rakan Blogger sehingga dapat mengubah nasib bangsa. Bagaimana pulak aku?
Mungkin blog Denaihati boleh dijadikan khazanah dengan perkongsian ilmu bermanafaat kepada setiap pencari ilmu di Google, Yahoo, Bing dan semua engine pencarian yang lain. Untuk itu aku kena selongkar kembali semua entri dalam blog ini daripada entri pertama iaitu “Politik yang bingung” yang ditulis pada 13 Julai 2008 untuk memastikan semua entri ada secebis ilmu yang bermanafaat dan mengubah suai atau membuang entri-entri yang tidak memberi manafaat kepada pembaca.
Mati itu pasti jadi aku kena bertindak segera kerana umur ini bukannya pasti yang tua meninggal dahulu tengok sahaja adik Ahmad Ammar perjuang muda Islam yang juga rakan sepejuangan di Kemboja telah meninggalkan aku terlebih dahulu dan disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki.
Semuga sedikit ilmu SEO dapat aku manafaat berkongsi secebis ilmu bermanafaat di blog Denaihati untuk Pencari Ilmu di engine pencarian terutama Google dan Yahoo. Teringat kata Ustaz Haryanto Rizal kalau tak mampu jadi macam Para Ulama hebat yang meninggalkan khazanah buku hebat, kita azam semuga ada satu dua ilmu biar sedikit yang dapat memberi manafaat kepada seluruh alam setelah kita tiada di dunia ini kelak. Mungkin blog boleh dijadikan khazanah ilmu bernilai yang kita tinggalkan.
81 Comments
saya selalu jadikan blog dh sebagai panduan. tengok bagaiman car dh buat entry
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
blog yang baik adalag blog yg sentiasa bagi manfaat kpd pembaca
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ilmu nak dicari dimana-mana sahaja ada..atas pada orang tu jer..lg kita cari lagi banyak ilmu yang dapat ..ilmu dalam blog ni pun byk juga..
Curahan rasa adna2029 @ ..‘Pemanis SemulaJadi Stevia’
memang ilmu yang ada di blog denaihati ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin…terima kasih denaihati
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
semoga setiap ilmu yang Tuan kongsikan dapat dijadikan teladan sekaligus menambah manfaat pada semua pembacanya.
Curahan rasa Kanvas Dakwat @ ..business card MURAH !!!!
seperti mana yang dikatakan oleh Saidina Ali bin Abi Talib, “Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti “. 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
apa yang kita tulis meggambarkan siapa kita sebenarnya. jadi tulis la benda yag bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
azam utama wawa sebelum membuat blog ingin memastikan setiap penulisan yang ditulis diblog wawa menjadi panduan dan manfaat kepada semua pembaca.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Semoga setiap apa yg disampaikan dan dikongsikan mampu memberi kebaikan buat diri dan orang lain kerana ianya juga menjadi jariah selama mana ianya masih ada di dunia maya ini.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Wow! 50 Juta Views!!!
Kalau blog wordpress mesti ada pewaris yg akan sentiasa renew domain dan hosting bila kita tiada. Jika tidak blog akan terus hilang bila tempohnya tamat..
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
kerana duit ada blogger yg sanggup tulis benda2 yang mengarut atau buka aib orang. mintak jauh
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Jika menulis semata2 untuk duit,dan tiada unsur2 ilmu yang boleh dimanfaatkan tanggunglah sendiri bila di akhirat nanti..
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
kerana duit sanggup blogger melakukan begitu rupa. mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
memang blog DH boleh jadi khazanah. mana tahu 10 akan datang blogger baru boleh baca, cedok ilmu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Banyak khazanah ilmu dlm blog DH ini. Masa ni pun dah banyak blog DH ni menyebarkan ilmu. Ilmu yg disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
blog tuan denaihati perlu kekal sebagai panduan kepada generasi yang akan datang. tidak boleh di lupakan dengan begitu je.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Terima kasih atas perkongsian ini, Tuan Denaihati. Tulis yang baik-baik di dalam blog, insyaallah bermanfaat untuk yang membacanya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
blog yang bermanfaat memang akan menjadi khazanah internet satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Blog salah satu harta dan perkongsian yang dapat ditinggalkan selepas kita meninggalkan dunia itupun apa yang dikongsikan adalah bermanfaat dan tidak bercanggahan dengan Islam.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Sebab itu niat kita berblog dan ilmu yang kita kongsikan bermanfaat untuk digunakan. harap ilmu yang dikongsikan dapat melahirkan golongan yang berilmu di dunia dan akhirat.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Comments are closed.