Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dulu aku memang pengguna setia Nokia, modal terakhir Nokia E90 yang memang sesuai untuk usahawan. Bila Blackberry diperkenalkan majoriti rakan-rakan perniagaan berpindah dari Nokia E90 ke BB.
Lama juga aku nak ubah fikir dari Nokia ke Blackberry. Rakan-rakan bisnis ramai yang pujuk aku supaya tukar kepada BB katanya memudahkan urusan bisnis paling best ada BBM. Akhirnya dunia Nokia berakhir untuk aku bila berhijrah ke dunia smartphone paling top di dunia ketika itu Blackberry. Aku guna Blackberry bold hitam.
Kehebatan Blackberry tidak tahan lama apabila smartphone jenama baru iPhone dan Samsung dilancarkan. Blackberry tiada pilihan selain terpaksa transform mengikut trend semasa. Kalau dulu Blackberry terkenal dengan Qwerty Keyboard kini terpaksa juga berubah kepada touch screen dengan model Blackberry Z10. Setakat ini abang ensem masih setia dengan qwerty keyboard sehingga sanggup tak berubah kepada jenama lain.
Pada 25/9/13 Blackberry Malaysia serentak seluruh dunia telah melancar Blackberry Z30 dengan skrin besar lima inchi. Terima kasih kepada Blackberry yang telah menjemput aku bersama berberapa top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus, Abang Ensem dan Anne Raihan. Melihat Blackberry Z30 memang nostalgia mengingatkan aku pada Blackberry Bold yang dah kena rembat dengan pencuri masa rumah kena pecah.
[box type=”shadow”]BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya – Amanz [/box]
Balckberry Z30 Malaysia telah memasuki pasaran pada 5/10/13 pada harga RM1998. Berita terkini aplikasi BBM telah dilancarkan di sistem iOS dan Android yang membolehkan pengguna ketiga-tiga sistem berinteraksi. Sambutan sangat hebat dimana dalam tempoh sehari sahaja lebih 10 juta pengguna iOS dan Android telah download aplikasi BBM dan menjadi top ranking di Apple Store. Selepas ini bolehlah Abang Ensem yang setia dengan Blackberry nya berinteraksi dengan aweks gelapnya yang pasti tak menggunakan BB. Jom download aplikasi BBM dan berinteraksi dengan kekawan yang masih menggunakan BB.
Cuma aku risau Blackberry Z30 menjadi antara produk terakhir Blackberry kerana ketidak stabilan syarikat Research in Motion. Berita terbaru Fairfax Financial Holdings Limited telah mengambil alih Research in Motion pada harga melebihi USD4billion dan menukar nama kepada Blackberry Limited. Ketidak stabilan Blackberry telah menyebabkan CEO Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu meninggalkan syarikat tersebut dan digantikan oleh Ben Quirin.
Semuga perubahan ini akan membolehkan Blackberry terus bersaing dalam dunia gajet yang semakin dinamik terus berubah dengan berbagai aplikasi dan sistem terbaru terutamanya persaingan antara Apple dan Samsung. Kepada yang tak sangguh berubah pasti akan ketinggalan.
67 Comments
mungkin pengurusan baharu mampu melonjakkan kembali blackberry dalam industri gajet.
Curahan rasa zool @ ..Tanaman Buah Nanas dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
masih mengidam untuk memiliki BB…jenama ini popular kerana BBM
Curahan rasa kakiblog @ ..Review Blog : kassim8888.blogspot.com
Teringin nk guna blackberry suatu masa dulu..entah kenapa x beli2 pun
Tak pernah guna BB lagi. Setakat ini hanya pengguna nokia dan kini samsung. Akan datang iPhone. bilalh nak dapat iphone..
Curahan rasa Arman @ ..Mac OS X Mavericks 10.9 Percuma
Masih setia dgn nokia…
Curahan rasa hafiz @ ..Bermain di Angry Birds Activity Park
tak pernah guna bb dan tak ada ilmu smartphone..tak dapat komen apa2 hehe
Curahan rasa eridy @ ..Kenapa menggunakan WordPress?
saya pengguna BB dan smartphone Android…masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri , tapi tak dinafikan guna Android lebih best sikit…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
aku tengah plan nak beli BB. Kalau BB yang pakai qwerty keyboard tue mmg aku tak nk la…
Curahan rasa Joe @ ..Komisyen Ke-41 Dan Ke-42 Dari Jobdirumah
BBM semakin luas penggunaanya, kini Blackberry tiada yang istimewa.. Mungkin kerana terlalu banyak instant Messagging yang timbul sekarang ni.. Lantas BB memang terpaksa mengorak langkah untuk mengikut apa yang pengeluar lain buat.. Seperti Samsung dan Apple.. Perbezaan antara 4 peranti masih dapat dilihat, Windows mobile untuk nokia, android untuk Samsung, BIS untuk Blackberry dan ios untuk Apple.. Kesemuanya bersaing rapat untuk menawan penggunanya, yang pasti kesemuanya berguna jika pandai memanfaatkannya..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Wajah Baru Google
pernah test fungsi2 blackberry untuk dispay set..tak ingat model mana..tapi touch screen..memang tak kena dengan jiwa saya bro..hehehe
Curahan rasa hafizrahim @ ..Sup Bebola Daging Terbaik
Dahulu saya tidak berapa minat dengan paparan black berry ini. tetapi sejak mereka keluarkan yang tochscreen ini nampak bekenan juga
memang tidak terkejar kita dengan teknologi ini.
Curahan rasa faizal @ ..7 Tip Pembahagian Masa
Jenama yang ada sekarang perlu mengikut keperluan trending semasa agar dapat terus bersaing bagi mendapatkan penguasaan berterusan…. – saya pun salah seorang pengguna Android yang dah install BBM
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Promosi RM1 WeChatime sempena 1 Millions Cup Celebration
Saya rasa Blackberry lebih baik kekal dengan keyboard sebab itu keunikan mereka.
Kalau nak join geng touchscreen sepatutnya masuk awal-awal lagi. Apapun saya rasa kalau kena caranya Blackberry still boleh buat duit, bukan dengan jual smartphone tapi dengan aplikasi BBM.
Curahan rasa GreenLava @ ..7 Tips For Creating a Better WordPress Design
pernah pakai bb. tapi bila rosak jadi tak ekonomi untuk dibaiki. mahal spare part dan upah repair.
Curahan rasa sepol @ ..instagram : Ahmad Adib Dan Dam Ular
Comments are closed.