Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dulu aku memang pengguna setia Nokia, modal terakhir Nokia E90 yang memang sesuai untuk usahawan. Bila Blackberry diperkenalkan majoriti rakan-rakan perniagaan berpindah dari Nokia E90 ke BB.
Lama juga aku nak ubah fikir dari Nokia ke Blackberry. Rakan-rakan bisnis ramai yang pujuk aku supaya tukar kepada BB katanya memudahkan urusan bisnis paling best ada BBM. Akhirnya dunia Nokia berakhir untuk aku bila berhijrah ke dunia smartphone paling top di dunia ketika itu Blackberry. Aku guna Blackberry bold hitam.
Kehebatan Blackberry tidak tahan lama apabila smartphone jenama baru iPhone dan Samsung dilancarkan. Blackberry tiada pilihan selain terpaksa transform mengikut trend semasa. Kalau dulu Blackberry terkenal dengan Qwerty Keyboard kini terpaksa juga berubah kepada touch screen dengan model Blackberry Z10. Setakat ini abang ensem masih setia dengan qwerty keyboard sehingga sanggup tak berubah kepada jenama lain.
Pada 25/9/13 Blackberry Malaysia serentak seluruh dunia telah melancar Blackberry Z30 dengan skrin besar lima inchi. Terima kasih kepada Blackberry yang telah menjemput aku bersama berberapa top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus, Abang Ensem dan Anne Raihan. Melihat Blackberry Z30 memang nostalgia mengingatkan aku pada Blackberry Bold yang dah kena rembat dengan pencuri masa rumah kena pecah.
[box type=”shadow”]BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya – Amanz [/box]
Balckberry Z30 Malaysia telah memasuki pasaran pada 5/10/13 pada harga RM1998. Berita terkini aplikasi BBM telah dilancarkan di sistem iOS dan Android yang membolehkan pengguna ketiga-tiga sistem berinteraksi. Sambutan sangat hebat dimana dalam tempoh sehari sahaja lebih 10 juta pengguna iOS dan Android telah download aplikasi BBM dan menjadi top ranking di Apple Store. Selepas ini bolehlah Abang Ensem yang setia dengan Blackberry nya berinteraksi dengan aweks gelapnya yang pasti tak menggunakan BB. Jom download aplikasi BBM dan berinteraksi dengan kekawan yang masih menggunakan BB.
Cuma aku risau Blackberry Z30 menjadi antara produk terakhir Blackberry kerana ketidak stabilan syarikat Research in Motion. Berita terbaru Fairfax Financial Holdings Limited telah mengambil alih Research in Motion pada harga melebihi USD4billion dan menukar nama kepada Blackberry Limited. Ketidak stabilan Blackberry telah menyebabkan CEO Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu meninggalkan syarikat tersebut dan digantikan oleh Ben Quirin.
Semuga perubahan ini akan membolehkan Blackberry terus bersaing dalam dunia gajet yang semakin dinamik terus berubah dengan berbagai aplikasi dan sistem terbaru terutamanya persaingan antara Apple dan Samsung. Kepada yang tak sangguh berubah pasti akan ketinggalan.
67 Comments
blackberry dan iphone antara telefon idaman yang belum dapat dimiliki
Curahan rasa Mus @ ..GoPro HERO3+ Black Edition Camera (SIRIM Approved)
awal-awal dulu memang gah siapa yang ada BB ni,,masa tu saya tak ambil tahu lagi pasal dunia smartphone..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Iphone 5Shaklee
Ada sesetengah user sukakan qwerty keyboard lagi berbanding touch screen. Saya rasa, feel butang fizikal ni lebih sedap digunakan berbanding touch screen. Lagipun, butang fizikal ni nak taip pun senang. Tak payah pandang hanset pun dah bole taip.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Futsal Sekali Setahun
saya masih berkira2 adakah syarikat blackberry ini boleh tahan lama..
Curahan rasa Muaz @ ..Kenapa Superibu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S
Persaingan merk produk terkenal semakin kuat, sebagai konsumen kita harus pandai memilih …. kita harus tahu kelebihannya dibanding produk sebelumnya, jangan sampai yang kita beli merupakan keunggulan sesaat, misalnya belum 1 bulan sudah muncul produk baru lagi.
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Tips mengatasi duplikat konten ala Blog Aura Ide (Bagian 6)
Dulu memang ada tergerak hati nk pakai bb.. tapi keadaan tidak mengizinkan.
Eh awat banyak typo dekat belah2 bawah artikel nie.. Mengantuk dah ek.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Gambar Tiffin Biru Kepunyaan Che Mat Gebu
Persaingan dalam penjualan produk smartphone memang semakin meningkat seiring dengan peminatnya yang semakin tinggi juga.
Curahan rasa Ferry @ ..Kesejahteraan PNS melalui RUU ASN
Dah ramai juga kawan-kawan guna BB ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #78
Apple dan Samsung yang lagi hot sekarang
Curahan rasa Abi Bewara @ ..iPad Air Resmi Dirilis
Setakat ini masih belum pernah lagi pakai Black Berry… Masih setia kepada 3 telefon yang masih lagi elok sehingga kini iaitu Nokia E71, HTC dan Samsung Galaxy Mini… Teringin nak tukar HP baru, tapi sayang nak menambah koleksi “anak tiri” HP yang ada sekerang ni… Takperlah keperluan lebih penting daripada kehendak…. Mana tahu satu hari nanti, tiba-tiba terbuka hati nak pakai BB pula… Walaubagaimanapun terima kasih di atas perkongsian info…
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate….
Dari mulai BlackBerry ada sampai katanya BB akan tamat, saya belum pernah memiliki bahkan menggunakannya sama sekali 🙂
Untuk saat sekarang, persaingan yang terlihat hanyalah antara Apple dan Samsung
Curahan rasa Dawaihati @ ..Teknologi Menjadikan Manusia Kurang Manusiawi, Benarkah?
dulu pernah juga guna BB nie…setelah bertukar ke IOS lupa dah cara guna BB nie ekekee
Curahan rasa MyRitz @ ..Cerita Disebalik Gambar Yang Perlu Anda Tahu
I luv blacberry 2….harap2 model blackberry Z30 bukan yg terakhir..
Curahan rasa belinda ishak @ ..Cinta Tiga Segi
zaman Blackberry ni sekejap je..tenggelam terus dek penangan iPhone dan Samsung…tapi Blackberry tetap ada peminatnya tersendiri..yg masih setia..tuk nampak exclusive..tambahan pula aplikasi BBM dah boleh digunakan smartphone lain…bleh maintain lg kot BB ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Apa Kata Orang
Pengambila RIM oleh pemilik baru memberi kesa kepada pengguna BlackBerry. Kawan terus jual BlackBerry setelah apps BBM terlepas tempoh hari. Mengikut beliau masih boleh BBM dengan iPhone.
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – Bulldozer
Comments are closed.