Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Dulu aku memang pengguna setia Nokia, modal terakhir Nokia E90 yang memang sesuai untuk usahawan. Bila Blackberry diperkenalkan majoriti rakan-rakan perniagaan berpindah dari Nokia E90 ke BB.
Lama juga aku nak ubah fikir dari Nokia ke Blackberry. Rakan-rakan bisnis ramai yang pujuk aku supaya tukar kepada BB katanya memudahkan urusan bisnis paling best ada BBM. Akhirnya dunia Nokia berakhir untuk aku bila berhijrah ke dunia smartphone paling top di dunia ketika itu Blackberry. Aku guna Blackberry bold hitam.
Kehebatan Blackberry tidak tahan lama apabila smartphone jenama baru iPhone dan Samsung dilancarkan. Blackberry tiada pilihan selain terpaksa transform mengikut trend semasa. Kalau dulu Blackberry terkenal dengan Qwerty Keyboard kini terpaksa juga berubah kepada touch screen dengan model Blackberry Z10. Setakat ini abang ensem masih setia dengan qwerty keyboard sehingga sanggup tak berubah kepada jenama lain.
Pada 25/9/13 Blackberry Malaysia serentak seluruh dunia telah melancar Blackberry Z30 dengan skrin besar lima inchi. Terima kasih kepada Blackberry yang telah menjemput aku bersama berberapa top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus, Abang Ensem dan Anne Raihan. Melihat Blackberry Z30 memang nostalgia mengingatkan aku pada Blackberry Bold yang dah kena rembat dengan pencuri masa rumah kena pecah.
[box type=”shadow”]BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya – Amanz [/box]
Balckberry Z30 Malaysia telah memasuki pasaran pada 5/10/13 pada harga RM1998. Berita terkini aplikasi BBM telah dilancarkan di sistem iOS dan Android yang membolehkan pengguna ketiga-tiga sistem berinteraksi. Sambutan sangat hebat dimana dalam tempoh sehari sahaja lebih 10 juta pengguna iOS dan Android telah download aplikasi BBM dan menjadi top ranking di Apple Store. Selepas ini bolehlah Abang Ensem yang setia dengan Blackberry nya berinteraksi dengan aweks gelapnya yang pasti tak menggunakan BB. Jom download aplikasi BBM dan berinteraksi dengan kekawan yang masih menggunakan BB.
Cuma aku risau Blackberry Z30 menjadi antara produk terakhir Blackberry kerana ketidak stabilan syarikat Research in Motion. Berita terbaru Fairfax Financial Holdings Limited telah mengambil alih Research in Motion pada harga melebihi USD4billion dan menukar nama kepada Blackberry Limited. Ketidak stabilan Blackberry telah menyebabkan CEO Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu meninggalkan syarikat tersebut dan digantikan oleh Ben Quirin.
Semuga perubahan ini akan membolehkan Blackberry terus bersaing dalam dunia gajet yang semakin dinamik terus berubah dengan berbagai aplikasi dan sistem terbaru terutamanya persaingan antara Apple dan Samsung. Kepada yang tak sangguh berubah pasti akan ketinggalan.
67 Comments
Besar z30 ni. Ingatkan trademark blackberry keypad qwerty. sekarang dah touch screen eh? tak pernah pakai.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
kena kut permintaan semasa. tapi BB dah tak macam dulu. kalau dulu mmg femes
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
terima kasih atas informasinya, semoga sukses selalu blognya.
Dulu ada satu ketika blackberry menjadi satu kegilaan ramai. Sekarang nampak dah macam berkurang. Mungkin semua dah beralih ke iphone kot.
bb z30 ukurannya cukup bongsor….
Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Round Terbaru 2014
ya will see. siapa yang menjadi juara untuk sementara waktu mungkin saja ada muncul nama baru yang tiba2 menjadi populer
masih menjadi pengguna setia BB..Hopefully they will come out with the new strategy. Offer penggunan BBM kat other brands is a good move..hoefully they can survive, kalau tak kita kena tukar phone…
Curahan rasa raudzah @ ..Haiwan Pelik Yang Ada Kat Dunia Ni..
Rasanya Blackberry ada perancangan untuk atasi masalah ini daripada bankrupt, kerana itu kita dapat BIM boleh digunakan di Iphone sekarang. Mungkin ada perkembangan baik tak lama lagi.
Curahan rasa HipMom @ ..Google PageRank Will Not Be Updated Anymore
Tapi dapat dipastikan handset-handset balckberry semakin tidak diminati,orang akan lebih suka memakai android apalagi BBM sudah dapat digunakan di android yang harganya relatif murah dan user friendly
Assalamu’alaikum…
Sekarang Android sudah bisa menggunakan BBM, apakah Blackberry Z30 ini masih bisa bertahan?
Curahan rasa Cyrus Tablet @ ..Spek Cyrus Tablet Mulai Harga Paling Murah, Lengkap!
BB kena gak ikut perkembangan dunia.hehe. tpkan BBM boleh dilawan dengan whatapps mcm tu.hehe
Curahan rasa pahan @ ..Apa Yang Kau Perlu Tahu Tentang OS X Mavericks
Mungkin Z30 ni yang terakhir, lepas ni syarikat lain akan ambil alih Blackberry dan menukar nama peranti tersebut
Curahan rasa Amirul @ ..Anak Muda kita mudah percaya khabar angin
kesian jugak dgn BB kalau dulu semua org nak pakai produk ni. sekarang pesaing makin banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dunia teknologi makin cepat berkembang.
Sekadar ikut keperluan dan tambah ilmu =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol
gajet memang perlu kini, tak kiralah berhubung dengan rakan sekerja, kekasih gelap, rakan sosial Facebook, Twitter dan jangan lupa kepada BBM.
no pin bbm: 768F0127
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Harapan Aku Menjelang Bajet 2014
Comments are closed.