Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat dulu ketika berniaga di kafeteria di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku dan beberapa teman telah diberi peluang untuk menguruskan kantin yang kami tukar menjadi Kafeteraia dengan modal sendiri. Ketika kami ambil alih keadaan kantin tersebut memanglah teruk, tidak teratur, kotor dan tidak mengambarkan lansung kantin sebuah hospital.
Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja di HUKM dan KFC semua ilmu dicurahkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Kafeteria HTAR yang dibuka 24 jam. Kedudukan kafeterian di hadapan Unit Kecemasan dan di sebelah parkir kereta menyebabkan kafetaria ini sentiasa sibuk dengan pelanggan. Memang tak risau nak cari pelanggan yang perlu hanya menyediakan berbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.
Antara perkara penting yang menjadi keutamaan untuk melancarkan perkhidmatan adalah stok duit kecil. Pelanggan hospital ni lain macam sikit sebab yang datang semuanya ada masalah. Samada mereka yang sakit atau keluarga mereka yang sakit jadi jiwa kacau mudah tersentuh. Oleh kerana jiwa yang sensitif makanya jangan berani-berani nak minta duit kecil boleh jadi masalah besar. Untuk itu aku sentiasa memastikan stok duit kecil sentiasa cukup setiap masa tak kira siang atau malam.
Bila pelanggan hulur duit RM50 atau RM100 kita terima sahaja tak pernah tanya duit kecil. Cuma kalau harga makanan contohnya RM3.20 maka casher akan tanya ada tak 20 sen .. kalau ada syukur kalau tak de tak pe. Konsep ini aku banyak belajar dari cara peniaga Cina dan Mamak … begitu juga KFC dan McDonald. Bukan senang nak dapat pelanggan jadi bila dah dapat jangan kita susahkan pelanggan. Pelanggan nak bagi duit kita sebagai peniaga terima sahaja jangan bagi macam-macam syarat.
Duit kecil nampak macam remeh tetapi sangat penting kerana buka sahaja perniaga kelihatan profesional kepada pelanggan tetapi juga boleh meningkatkan jualan kerana pelanggan gembira tidak perlu beratur panjang. Bukan susah sangat nak menarik hati pelanggan cuma kena kreatif dan ikut cara perniaga yang sudah berjaya.
Aku memang tak faham sebahagian peniaga kalau nak cerita majoriti bangsa kita juga … berniaga tak pernah nak bersedia terutama duit kecil. Kekadang hulur RM10 pun tak ada baliknya apatah lagi kalau hulur RM50 atau RM100. Ini nak berniaga atau nak main-main. Nak dapat duit kecil bukan susah sangat pergi je Bank terdekat nak satu guni pun ada … tapi kalau ada penyakit M …. MALAS tak ada siapa yang dapat tolong. Paling tak best boleh pulak perniaga tu suruh pelanggan beli gula-gula kat kedai sebelah … memang boleh naik angin pelanggan kalau jumpa perniaga macam ini.
PERNAHKAN ANDA MENGALAMI MASALAH INI???
Nota : Maaf lah makcik gerai hujung R&R Ayer Keroh sebab aku tak datang kembali bawa duit kecil bayar Tahu Bakar yang dah terpesan tu. Abang sebelah yang jual air tu pun tak ada duit kecil jadi terpaksalah aku batalkan niat nak makan dan minum walaupun perut dah lapar.
200 Comments
masalah ni biasa terjadi…. kdg2 dua2 pihak iaitu penjual @ pembeli kena tolak ansur juga
Curahan rasa cheeze maz @ ..“iPhone 5 gadget impian"
sy slalu kne mcm tu kat kedai org melayu..kadang2 smpai kne marah..katanya “duet kecil xde ke bang?!” aik kte nk membayar kte plak kne marah..ape daa
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Reward and Giveaways Program
bila bdepan dgn keadaan mcm tu, kita sebagai pembeli pun serba salah… rasa tak jaddi nak beli…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Pernah juga terjadi perkara begini…tp klau dia suh aku yg tuka sendiri mmg aku pun x beli dh barang tu….buat hati “bengkek” jerr…hehehe
Curahan rasa yas @ ..TAHNIAH ZULFAHMI…PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA
betul tu…ada sesetengah peniaga tu, dia suruh kita pi pecah duit kecil lepas tu baru datang balik….
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Sepertinya pengalaman yang banyak juga dijumpai dalam masyarakat kita pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Makanan Sehat Penurun Kolesterol
terutamanya kat pasar malam, kantin2, restoran pun ada jugak… ada juga yang sampai mrunggut…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
yup betul sekali.
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
pernah jgak terkena…
ermm…masing2 ada alasan tersendiri..
kadang2 ada jugak yg mmg betul2 x de duit kecik..
espcially time baru bukak awal pagi ker..
Curahan rasa kasuma @ ..sUCCESS STORY
… bermanfaat atas entri yang bermakna, menjadi kan pengalaman serta pengajaran yang amat bermakna pada
diri saya
… betul juga tu bro. Pernah sekali saya makan di restoran Melayu, owner tu sound saya sebab saya bagi RM50 sedangkan harga makanan dan minuman saya cuma RM7.20. Akibatnya, saya hilang selera nak makan lagi di situ. Kedai mamak tak adelah dia ‘sound’ macam tu.
Curahan rasa iAwani @ ..AcBel Universal Slim Adaptor Saiz Nipis, Miliki Palam USB
Itulah yang kadangkala kita jumpai pula sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Makanan Sehat Penurun Kolesterol
sampai macam tu sekali ker bro? hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
ya benar, uang pecahan kecil atau biasa dibilang sebagai uang receh mempunyai peran yg sangat penting bagi kalangan wiraswasta atau pedagang untuk kelancaran usahanya,,,
Curahan rasa rojash @ ..Provide You with Cash Without Delay or Hindrance
perniaga harus sedia lebih awal…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
yup. bener sekali bang
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
setuju, jgn lihat remeh masalah xde duit kecil. nak berniaga kena bersiap siaga dr awal iaitu modal, xkesah la duit kecil atau duit besar
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Google Data Centers Di Seluruh Dunia Dipertontonkan Buat Kali Pertama
betul tu…pernah tkena cashier tanya adda duit kecil tak? bila cakap tak de, muka dia terus masam2…kecil hati la customer…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
tak ada duit matilahhh
Curahan rasa celdamz @ ..Pejuh Cepat Keluar
Leceh nak bawa duit kecil, kalau ada pun aku kata tak bawa juga haha
Curahan rasa Lawrence Vision @ ..Tambah Space Dengan External Hard Disk Seagate FreeAgent GoFlex 500GB
Pengalaman yang mungkin pernah didapatkan sebagian besar orang
Curahan rasa Metrolisa @ ..Perayaan 161 Moby Dick di Google hari ini
kalau kat aku, memang aku letak duit kecik awai2 sebab aku selalu pi kedai lambat…hehehe
setuju dengan DH. bukan senang nak dapat pelanggan. bila dah ada pelanggan tu jangan pula susahkan diorang. kalau kita sebagai peniaga tak ada duit kecil, kenalah usaha dapatkan duit kecil untuk bagi baki diorang, bukan abaikan diorang yg tak ada duit kecil walaupun sengaja hulur duit besar sebab nak pecah duit.
dulu selalu jumpa peniaga macam ni, tapi sekarang jarang sangat. mungkin ramai yang dah belajar konsep KFC dengan McD ni 🙂
Curahan rasa Amirez @ ..Wanita Ini Mandi 5 Jam Sehari
contoh peniaga yang baik…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
setuju juga dengan komen yang ini 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
Comments are closed.