Robert Bunsen
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari ini Google menyambut ulang tahun ke 200 Robert Bunsen, ahli kimia dari German dengan doodle khas. Ciptaan beliau yang paling menyerlah diguna disemua makmal adalah “Bunsen Burner” yang pasti dikenali oleh semua pelajar aliran sains. Untuk mengetahui biodata beliau boleh sahaja terus @ Robert Bunsen.

Blog denaihati juga merasai kepanasan sambutan ulang tahun ke 200 Robert Bunsen apabila mendapat ratusan carian yang singgah dengan keywords Robert Bunsen. Untuk tidak mengecewakan pencari informasi Robert Bunsen maka entri ini dibuat.
Janji Allah memang benar setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kejadian pencarian keywords Robert Bunsen telah menambah ilmu aku sendiri yang selama ini hanya kenal nama Robert Bunsen tetapi kurang mengetahui jasa beliau untuk alam sains. Selain Bunsen Burner beliau juga adalah seorang ahli sains kimia yang banyak membuat kajian tentang Arsenik.
Arsenik sentiasa mengingatkan aku kepada DS Anwar Ibrahim dimana aku menjadi mengurus diet beliau ketika DSAI di masukkan ke HUKM untuk siasatan kes keracunan Arsenik pada awal Reformasi. Selama 14 hari menguruskan diet Anwar Ibrahim. Ketika ini aku berkesempatan mengenali Anwar Ibrahim dengan lebih dekat. Banyak cerita tapi kali je lah cerita.
Bak pepatah orang tua harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama yang baik akan sentiasa dikenang sampai bila-bila untuk dijadikan motivasi kepada generasi baru.
[ad#nuffnang336]
