Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat dulu ketika berniaga di kafeteria di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku dan beberapa teman telah diberi peluang untuk menguruskan kantin yang kami tukar menjadi Kafeteraia dengan modal sendiri. Ketika kami ambil alih keadaan kantin tersebut memanglah teruk, tidak teratur, kotor dan tidak mengambarkan lansung kantin sebuah hospital.
Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja di HUKM dan KFC semua ilmu dicurahkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Kafeteria HTAR yang dibuka 24 jam. Kedudukan kafeterian di hadapan Unit Kecemasan dan di sebelah parkir kereta menyebabkan kafetaria ini sentiasa sibuk dengan pelanggan. Memang tak risau nak cari pelanggan yang perlu hanya menyediakan berbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.
Antara perkara penting yang menjadi keutamaan untuk melancarkan perkhidmatan adalah stok duit kecil. Pelanggan hospital ni lain macam sikit sebab yang datang semuanya ada masalah. Samada mereka yang sakit atau keluarga mereka yang sakit jadi jiwa kacau mudah tersentuh. Oleh kerana jiwa yang sensitif makanya jangan berani-berani nak minta duit kecil boleh jadi masalah besar. Untuk itu aku sentiasa memastikan stok duit kecil sentiasa cukup setiap masa tak kira siang atau malam.
Bila pelanggan hulur duit RM50 atau RM100 kita terima sahaja tak pernah tanya duit kecil. Cuma kalau harga makanan contohnya RM3.20 maka casher akan tanya ada tak 20 sen .. kalau ada syukur kalau tak de tak pe. Konsep ini aku banyak belajar dari cara peniaga Cina dan Mamak … begitu juga KFC dan McDonald. Bukan senang nak dapat pelanggan jadi bila dah dapat jangan kita susahkan pelanggan. Pelanggan nak bagi duit kita sebagai peniaga terima sahaja jangan bagi macam-macam syarat.
Duit kecil nampak macam remeh tetapi sangat penting kerana buka sahaja perniaga kelihatan profesional kepada pelanggan tetapi juga boleh meningkatkan jualan kerana pelanggan gembira tidak perlu beratur panjang. Bukan susah sangat nak menarik hati pelanggan cuma kena kreatif dan ikut cara perniaga yang sudah berjaya.
Aku memang tak faham sebahagian peniaga kalau nak cerita majoriti bangsa kita juga … berniaga tak pernah nak bersedia terutama duit kecil. Kekadang hulur RM10 pun tak ada baliknya apatah lagi kalau hulur RM50 atau RM100. Ini nak berniaga atau nak main-main. Nak dapat duit kecil bukan susah sangat pergi je Bank terdekat nak satu guni pun ada … tapi kalau ada penyakit M …. MALAS tak ada siapa yang dapat tolong. Paling tak best boleh pulak perniaga tu suruh pelanggan beli gula-gula kat kedai sebelah … memang boleh naik angin pelanggan kalau jumpa perniaga macam ini.
PERNAHKAN ANDA MENGALAMI MASALAH INI???
Nota : Maaf lah makcik gerai hujung R&R Ayer Keroh sebab aku tak datang kembali bawa duit kecil bayar Tahu Bakar yang dah terpesan tu. Abang sebelah yang jual air tu pun tak ada duit kecil jadi terpaksalah aku batalkan niat nak makan dan minum walaupun perut dah lapar.
200 Comments
memang masak la kalau berniaga takde duit kecik. pastu mula gelabah tanya peniaga lain kot2 ada.aiyoo
Curahan rasa arelan @ ..HaTi RaSo BeKeNe
customer pun terpaksa tggu lama…biasa dah tu….
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Sebagai pelanggan, isu duit kecil ni memang menggangu. Selain persediaan tuan kedai, Sara rasa kalau setakat harga makanan tu RM3.20….boleh halalkan je RM0.20 tu. Kalau pelanggan bagi RM10, bagi je baki RM8. Habis cerita..pelanggan pun happy kan?
p/s: tuan kedai rugi tak kalau halalkan RM0.20
Curahan rasa Sara @ ..Shawl Kedut Bidang Besar dan Labuh
ceritanya sangat sangat inspiratif banget. makasih gan salam kenal 🙂
Curahan rasa defa @ ..Cara Mendapatkan Ace Max’s Murah di Gunung Tua
sememangnya klau kita tidak mahu pelanggan beralih kepada peniaga yang lain, servis kita harus diutamakan. jgn susahkan pelanggan dan yg paling penting jgn menipu pelanggan
Curahan rasa Myra Jay @ ..Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis
dalam bisnes customer adalah raja…chewah…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
kalau tak ada customer, lingkuplah…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Kalau makan dekat kedai mamak, memang diorang sediakan duit kecil ni siap-siap. Pelanggan tak pernah mengeluh pun. Tapi kita orang Melayu, bab duit kecil ni la yang kita buat-buat lupa
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Jawatan Kosong di Wincor Nixdorf (M) Sdn. Bhd
kalau kat cina pun sama…jarang mereka tanya adda duit kecil ker?
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Memang sekarang sepertinya uang kecil (uang receh) agak susah didapatkan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Macam Jenis Gangguan Tidur
Bahkan bila tak ada uang receh menggunakan permen sebagai gantinya untuk uang kembalian di warung ayai kedai
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Macam Jenis Gangguan Tidur
aku suka bawa wang syiling jadi pada aku tak jadi masalah pasal aku boleh lah membelanjakan wang syiling dekat kedai2 makan
Curahan rasa onlajer @ ..RUKUN – RUKUN HAJI
Err bro sekarang dapat tender kantin hospital ya , memang masuk hehe
Curahan rasa onlajer @ ..RUKUN – RUKUN HAJI
kao ta da duit kecil bisanya pake permen.. 🙂
Curahan rasa blogunix @ ..Kumpulan Nama Bayi Disertai Artinya Lengkap
memang payah kalau berniaga takde duit kecil ni, Jal sendiri pon ada pengalam dekat kdai runcit dekat kolej ni, ade kepatot dia suruh nya beli lah apollo sebab tak cukup 30sen dah lah muka tak reti nak senyum, memang tak jejakkan kaki dah kekedai tu, sebab dah macam nak bankrup tak de sape nak datang.
Curahan rasa jal @ ..#ChurpOut2012 the BEST
tak suka btol bila ada peniaga yang tanya “ada duit kecik tak?”
Curahan rasa Suraya @ ..Showroom Perodua – Wordless Wednesday
Tetapi hal tersebut seringkali kita alami
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Macam Jenis Gangguan Tidur
Seringkali pula hal ini membuat kita merasa kurang nyaman pula
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Macam Jenis Gangguan Tidur
Sama juga saya. Kalau nak meniaga kena sentiasa bersedia. Kalau tak de duit kecil, halalkan saya (utk jumlah kecik cth 10 sen – 20 sen).
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Ujian Pemilihan Ke Darjah Satu | SKSS1
kalau tanya dengan lembut dan senyuman tak per jugak….kalau masam2 lagi sakit hati…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Artikel yg bagus, saya sering sekali seperti, disuruh beli permen lah dulu..(semoga semua yg jualan baca artikel ini)
biasanya duit kecil masuk celengan
Duit kecil banyak di tukang parkir mak cik
Sekarang duit kecil jarang di tukang parkir. Karena sewa parkir juga sekarang sudah mahal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jakarta Hati | Meraba Hati Kota Ini, Hati Bangsa Ini Dengan Hati Kita Sendiri
Kalau mau cari Duit kecil, pasti yang banyak di Pengemis dan Topeng monyet.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jakarta Hati | Meraba Hati Kota Ini, Hati Bangsa Ini Dengan Hati Kita Sendiri
betul betul betul… duit kecil tak ada, pake duit besar
Curahan rasa jaket one piece @ ..Jaket trafalgar law dan jaket marine one piece
seperti itula berniaga stok untuk uang kecil nggak ada….
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Download Program Analisis Butir Soal Dengan Microsoft Office Excel 2007
terbaik artikel neh…
harap ada ler yang berniaga2 tu baca ekk…lepass baca ni tentu mreka sedar akan kepentingan duit kecil dan mreka akan sediakan duit kecil secukupnya…
Curahan rasa Nana @ ..Mangsa Bunuh Dipercayai Diperdaya
Comments are closed.