Bapa bukan hanya cari rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selamat hari Bapa kepada bapa, ayah, abah, papa, bah, dady atau apa juga gelaran untuk bapa 1Malaysia. Bapa bukan sahaja ketua rumahtangga malah lebih besar dari itu adalah khalifah kepada keluarga.

Peranan bapa hanya sebagai pencari rezeki perlu diubah. Memang tidak dinafikan rezeki pengerak sesebuah keluarga tetapi mendidik anak menjadi anak yang soleh jauh lebih penting.

Sumber iLuvIslam.com

Bapa mesti menjadi idola kepada anak-anak tetapi kian terhakis dalam intitusi keluarga. Kesibukan bapa mencari rezeki sehingga tiada masa untuk membawa anak-anak solat berjemaah di surau, berekreasi di hujung minggu, meneliti kerja sekolah, membaca taklim di rumah dan berbagai aktiviti yang boleh membentuk keluarga yang sukses dunia akhirat.

Tidak kurang ramai bapa yang marah-marah kepada anak-anak yang ingin berdamping apabila ada di rumah kerana kepenatan mencari rezeki. Biar sedikit masa bersama anak-anak tetapi berkualiti. Jangan jadikan material sebagai gula-gula untuk mengantikan masa bersama anak-anak kerana ini akan merosakan mereka. Apabila anak-anak mencari idola yang lain dan mulai hilang keyakinan kepada bapa maka itu adalah titik kemusnahan.

Bapa adalah khalifah dan mesti beperanan sebagai khalifah. Jangan rasa malu untuk terus menimba ilmu bagaimana menjadi khalifah kepada keluarga supaya kita dapat melahirkan anak yang soleh yang insyallah akan berjaya dunia dan akhirat. Anak yang soleh adalah pencen akhirat.

Selamat hari bapa.


Spread the love

97 Comments

  1. selamat hari bapa untuk semua
    termasuk bro DH…

    kehebatan seorang abah tidak sama
    dgn kehebatan seorang mak
    tetapi bukan semua lelaki
    boleh menjadi seorang abah yang terbaik
    utk anak2 mereka…. =)
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Contest Gempak DLSL 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!