Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selamat hari Bapa kepada bapa, ayah, abah, papa, bah, dady atau apa juga gelaran untuk bapa 1Malaysia. Bapa bukan sahaja ketua rumahtangga malah lebih besar dari itu adalah khalifah kepada keluarga.
Peranan bapa hanya sebagai pencari rezeki perlu diubah. Memang tidak dinafikan rezeki pengerak sesebuah keluarga tetapi mendidik anak menjadi anak yang soleh jauh lebih penting.
Bapa mesti menjadi idola kepada anak-anak tetapi kian terhakis dalam intitusi keluarga. Kesibukan bapa mencari rezeki sehingga tiada masa untuk membawa anak-anak solat berjemaah di surau, berekreasi di hujung minggu, meneliti kerja sekolah, membaca taklim di rumah dan berbagai aktiviti yang boleh membentuk keluarga yang sukses dunia akhirat.
Tidak kurang ramai bapa yang marah-marah kepada anak-anak yang ingin berdamping apabila ada di rumah kerana kepenatan mencari rezeki. Biar sedikit masa bersama anak-anak tetapi berkualiti. Jangan jadikan material sebagai gula-gula untuk mengantikan masa bersama anak-anak kerana ini akan merosakan mereka. Apabila anak-anak mencari idola yang lain dan mulai hilang keyakinan kepada bapa maka itu adalah titik kemusnahan.
Bapa adalah khalifah dan mesti beperanan sebagai khalifah. Jangan rasa malu untuk terus menimba ilmu bagaimana menjadi khalifah kepada keluarga supaya kita dapat melahirkan anak yang soleh yang insyallah akan berjaya dunia dan akhirat. Anak yang soleh adalah pencen akhirat.
Selamat hari bapa.
97 Comments
Jadi sedih bacanya…
terimakasih telah mengingatkan betapa besarnya jasa Ayah,,,
Curahan rasa Agen xamthone plus bandung @ ..Agen Xamthone Plus Blora
agen – hargailah bapa anda…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Kadang-kadang jasa Bapa dilupai padahal memang berkorban di luar semata-mata ingin lihat anak-anak dan keluarga hidup bahagia
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
steward – sayangilah bapa anda selagi ada kesempatan…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Bapa adalah lambang sebuah kekuatan dalm sebuah keluarga .Nilai sebuah kejayaan sangat bergantung kepada bagaimana mereka melayan keluarga mereka walau pun mungkin tidak kaya kasih sayang yang ditunjukkan kepada keluarga anak dan isteri sangat mempengaruhi kehidupan keluarganya.
Setuju dengan Zie
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
sungguh beruntung kalau ada ayah disisi saat sedih atau gembira…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
kasih ayah tiada penghujungnya…
bapa seorang pemimpin yang harus menjaga rakyatnya dari semua aspek
Curahan rasa ainun @ ..Hadiah Bernilai
ramai orang boleh menjadi bapa tetapi tidak ramai bapa boleh membimbing, mendidik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa. malah ramai yang tak boleh atau tak berani menjadi imam sembahyang jemaah dengan keluarga.
Curahan rasa Syarih @ ..Aku Nih Pandai Tapi Kenapa Bukan Pelajar Cemerlang?
bertuahlah sesiapa yang ada seorang bapa yang baik dan myayangi anak2nya…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Saya suka dgn ayat ni “Bapa adalah khalifah dan mesti beperanan sebagai khalifah”.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Saya setuju bahawa mendidik anak menjadi anak yang soleh adalah jauh lebih penting.
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Kita ini sebagaimana fitrahnya, diturunkan Allah ke muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah. Khalifah itu bisa berbentuk menjadi pemimpin diri sendiri, menjadi imam di keluarga, menjadi suami, menjadi ayah, dll.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alyssa Campanella Miss USA 2011
Bang Iwan – bang iwan tentu seorang bapa yang tbaik buat anak2…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
salam…
ya..jika hendak difikirkan memang bukan mudah menjadi seorang bapa…pada saya hidup berumahtangga itu lebih kepada satu perkongsian seperti sikap tolong menolong antara suami dan isteri dalam mendidik anak-anak…
Curahan rasa zainal @ ..Sukarnya Menjaga Anak
Sikap tolong menolong yang terwujud dalam rasa kebersamaan.
Kalau itu sudah semestinya bang Iwan
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
ya benar…sayangilah bapa anda…
Curahan rasa hafizal @ ..Terhebat Alaf Ini l Jet Hipersonic Paling Laju Di Dunia
Saya hanya bisa mengingat Almarhum Bapak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alyssa Campanella Miss USA 2011
selamat hari bapa semua
Curahan rasa hafizal @ ..SEGMEN JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI
Hari bapa dan ibu adalah setiap hari.. takkan la fokus untuk sehari jer?
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
betul tu
Curahan rasa hafizal @ ..Isu Harga Minyak l Berita Baik Sangat..Minyak Turun
menjadi bapa ni kena sentiasa banyak bersabar. mmg byk karenah anak2 ni tapi in the end bila anak tersenyum riang tgk kita sbg bapa ni, mmg sejuk sgt hati ni. selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia ni. skg br mengerti pengorbanan dan kesusahan sbg bapa lps menjadi bapa ni 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Apartment Sekecil 20 Kaki Persegi Tetapi Idea Dekorasi Sebesar KLCC
Comments are closed.