Bapa bukan hanya cari rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selamat hari Bapa kepada bapa, ayah, abah, papa, bah, dady atau apa juga gelaran untuk bapa 1Malaysia. Bapa bukan sahaja ketua rumahtangga malah lebih besar dari itu adalah khalifah kepada keluarga.

Peranan bapa hanya sebagai pencari rezeki perlu diubah. Memang tidak dinafikan rezeki pengerak sesebuah keluarga tetapi mendidik anak menjadi anak yang soleh jauh lebih penting.

Sumber iLuvIslam.com

Bapa mesti menjadi idola kepada anak-anak tetapi kian terhakis dalam intitusi keluarga. Kesibukan bapa mencari rezeki sehingga tiada masa untuk membawa anak-anak solat berjemaah di surau, berekreasi di hujung minggu, meneliti kerja sekolah, membaca taklim di rumah dan berbagai aktiviti yang boleh membentuk keluarga yang sukses dunia akhirat.

Tidak kurang ramai bapa yang marah-marah kepada anak-anak yang ingin berdamping apabila ada di rumah kerana kepenatan mencari rezeki. Biar sedikit masa bersama anak-anak tetapi berkualiti. Jangan jadikan material sebagai gula-gula untuk mengantikan masa bersama anak-anak kerana ini akan merosakan mereka. Apabila anak-anak mencari idola yang lain dan mulai hilang keyakinan kepada bapa maka itu adalah titik kemusnahan.

Bapa adalah khalifah dan mesti beperanan sebagai khalifah. Jangan rasa malu untuk terus menimba ilmu bagaimana menjadi khalifah kepada keluarga supaya kita dapat melahirkan anak yang soleh yang insyallah akan berjaya dunia dan akhirat. Anak yang soleh adalah pencen akhirat.

Selamat hari bapa.


Spread the love

97 Comments

  1. Salam,
    Slmt hari ayah buat DH, semoga akan terus menjadi seorang ayah yang soleh kepada anak2…amin 🙂

    Komen dr BB je, kami ada kt sepang -..-

  2. itu lah yg menjadi masalah zaman skrg ni…hubungan antara keluarga semakin renggang,bapa sibuk bekerja sampai masa dengan anak2 pun terabai..jiwa muda anak2 sepatutnya diberi perhatian kerana jiwa mereka terlalu mudah rapuh,mudah digoda mudah terpengaruh..
    Semoga kita semua akan mengambil berat perkara ini.
    Selamat hari bapa..semoga kita semua menjadi bapa yg terbaik.

    1. tak jarang seorang ayah harus membanting tulang mencari nafkah keluarga dan pulang dalam keadaan lelah tanpa memiliki kesempatan banyak untuk berinteraksi dengan istri dan anak-anak. Fenomena ini akan lebih terasa di kota besar dengan tekanan hidup yang lebih tinggi. Belum lagi ditambah kemacetan yang semakin parah membuat seorang ayah banyak kehilangan waktu berharganya untuk berinteraksi dengan anak.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Berqurban | Ayo Bergabung di eQurban.comMy Profile

      1. Pekerjaan kebapaan merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang
        telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat.

        Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.

        Islam meletakkan objektif yang jelas bagi setiap keluarga iaitu pembentukan keluarga yang ada mawaddah wa rahmah yang menimbulkan ketenangan dalam kehidupan dan jauh dari kebimbangan, keresahan dan sebagainya yang merosakkan hati dan pemikiran. Dengan berada di bawah payung ketakwaan kepada Allah dan berusaha menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan, nescaya kaum bapa akan beroleh kebahagiaan hakiki yang disebut dengan saadah wa nasr al-salam (kebahagiaan dan menyebarkan kesejahteraan).
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Berqurban | Ayo Bergabung di eQurban.comMy Profile

  3. Bapa ketua keluarga yang banyak berkorban demi keluarga… i love my dad! Happy fathers day.. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!