Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Berbagai komen berbangkit selepas pembentangan Bajet 2014 kita dengar dan baca di media perdana dan tidak perdana terutamanya di sosial media. Semua komen, bangkangan dan cadangan adalah betul mengikut persepsi tertentu. Ada yang membangkang kerana mereka adalah pembangkang kepada Kerajaan jadi tak kan lah nak sokong dan ada yang menyokong kerana mereka penyokong Kerajaan tak kan nak bangkang pulak.
Pendapat peribadi aku musim bunga untuk rakyat Malaysia sudah berakhir. Jangan mengharap hidup mewah seperti dahulu akan berulang lagi. Sekarang zaman untuk mengubah budaya hidup mengikut kemampuan sebenar bukan lagi zaman bermewah-mewah dengan berbagai subsidi dan bantuan Kerajaan kalau nak hidup lebih baik.
Aku memang lansung tak ada masalah dengan penghapusan subsidi gula kerana sejak berpuluh tahun sememangnya aku minum kopi, teh, milo, horlicks, latte, mocha, tongkat ali dan sebagainya tanpa gula. Budaya minum air dengan gula memang tidak dapat dipisahkan dengan majoriti rakyat Malaysia walaupun telah maklum mengambil lebih gula tidak baik untuk kesihatan. Orang kita lebih suka mati sebab ambil lebih gula daripada sihat kerana sukarnya mengubah budaya hidup. Sama juga kes rokok sehingga ada yang marah-marah apabila aku keluarkan status di Facebook “perokok doa tidak diterima” sehingga ada yang kata tak ada pun dalam hadith dan Al Quran. Bagi pencinta gula dan rokok berbagai alasan akan keluar untuk mempertahankan budaya buruk mereka walaupun sanggup mati.
Beberapa tahu dahulu harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD40 setong tetapi kini sudah melebih USD90 setong . Dulu harga emas USD400 se oz kini sudah melebih USD1000 se oz begitu juga harga komoditi lain gandum, soya, kelapa sawit getah dan sebagainya. Semua perubahan ini akan mengubah ekonomi dunia dah pasti Malaysia tidak akan terlepas. Siapa pun memerintah Malaysia tidak boleh jadi Hang Tuah melawan perubahan ekonomi dunia yang semakin menguncup cuma kekadang janji-janji manis untuk menakluk dunia dan mengekalkan kuasa menjadi menyedap halua telinga dan yang tukang sambung di kedai-kedai kopi dan media sosial terlalu ramai hanya kerana kita berbeza fahaman. ALLAH dah sebut beribu tahun dahulu bahawa ekonomi ini bahagi roda sekejap di atas sekejap di bawah tidak akan kekal abadi di atas sahaja.
[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49[/box]
Hakikat sebenar kita tiada pilihan selain mengubah cara hidup samada lebih berjimat cermat kurang berpeleseran makan minum diluar atau lebih rajin menambah pendapatan dengan berbagai peluang yang ada di bumi bertuah Malaysia. Cabaran yang paling besar adalah untuk mengubah tabiat dan budaya yang sudah bersarang sejak berdekat. Bukan mudah nak mengubah diri berjimat cermat atau memaksa diri berkerja lebih daripada kemampuan.
Kehidupan melebih daripada kemampuan sudah menjadi darah daging sehingga berbagai alasan akan dikeluarkan untuk mempertahankan cara hidup tersebut. Untuk menampung kehidupan lebih daripada kemampuan ada yang sanggup jual voucher buku, diesel subsidi, baja subsidi, racun subsidi itu belum lagi memanupulasi pinjaman Tekun dan pinjaman-pinjaman lain untuk menampung kehidupan bukan untuk mengembangkan perniagaan.
Mengharap dan terus mengharap berbagai hidangan enak dihidang oleh Kerajaan untuk keselesaan hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada kamampuan yang dibiar terpendam dalam diri. Soalnya sampai bila?
Kita mesti berubah kalau nak terus bersaing dengan bangsa lain dan negara lain kalau tidak pasti akan ketinggalan dan terus dan terus menyalahkan orang lain tanpa pernah rasa bersalah pada diri sendiri dan keluarga. Ingat musim senang sudah berlalu. Buangkan perkataan “Engkau boleh lah” dan gantikan dengan perkataan “Aku boleh” untuk kita mengubah budaya hidup.
61 Comments
Sudah sampai masanya untuk bekerja keras dan ubah gaya hidup agar masa mendatang akan lebih terjamin
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #79
kena kerja keras sentisa kalau nak berjaya
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
terima hakikat aje. Inilah negara kita.
Yang penting sekarang..kita kena lebih rajin berusaha dan buat kerja.
Curahan rasa encik bakul @ ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
Kita perlu teruskan usaha untuk mengorak langkah ke hadapan untuk survive hari hari mendatang
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – NZ Mussel with Prawn Pasta at EMPIRE SHOPPING GALLERY
Penghapusan subsidi sebenarnya pilihan yang menyakitkan bagi pemerintah, sebab dalam jangka pendek rakyat akan lebih susah. Namun ke depannya akan lebih baik karena kondisi keuangan negara lebih sehat dan lebih banyak dana tersedia untuk memberi subsidi di bidang lain yang lebih membutuhkan seperti pendidikan dan kesehatan.
Saya suka tulisan, arif dalam membaca situasi.
Salam hangat dari Jakarta 🙂
Curahan rasa indobrad @ ..Memburu Rahmat di Welahan
memang kene ubah serba sedikit cara hidup sekarang nih , kene lebih berjimat cermat mana yang perlu…
Curahan rasa papa mifz @ ..Papa Jom Tidur
betul tu..tapi berjimat ini perlu di segenap peringkat dari atasan hingga bawahan.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
saya akan mengambil pendekatan menambah pendapatan…
Curahan rasa kakiblog @ ..Template WordPress FotoBESAR Buatan Malaysia
Semoga di tahun 2014 nanti semuanya akan kembali membaik, baik itu keimanan, kesehatan dan rejeki serta yang lainnya pula aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pemeriksaan Laboratorium
tak salah kalau mengurangkan subsidi untuk menaikkan ekonomi negara…tapi kalau mengurangkan subsidi untuk membayar hutang negara, saya ada sedikit marah di situ…dek kerana ketidakcekapan dalam urus tadbir negara, rakyat yang menjadi mangsa bebanan…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Wordless Wednesday – Senyum GST Tanpa Gula
duit kalau banyak mana sekalipun akan habis kalau tidak pandai mengurus
Curahan rasa faizal @ ..Segmen: Pencarian Boglist Bulan November
tepuk dada tanya selera je…
Curahan rasa AUC @ ..Strategi Kerjaya Terkini
benda ni..nak atau tak nak aje sebenarnya..
Curahan rasa titan @ ..Lu orang blogger jenis macam mana?
Belajar banyak dengan entri yang ditulis di atas…
Curahan rasa Ferry @ ..Kemuliaan Keutamaan Bulan Muharram
Saya ambil pendekatan tambahkan side income, sebab ekonomi ni bukan suatu yang boleh dikawal pun.
Curahan rasa adikensem @ ..Bajet 2014 Musim Panas Sudah Tiba
Ya Betul… Musim bunga telah berlalu… Kita perlu mengubah cara berfikir dan cara bertindak supaya dapat melayari bahtera kehidupan pada tahun 2014 ini… Jangan asyik menyalahkan orang lain, kerana kemudi berada di tangan kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Syukur Alhamdulillah… Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..
belanja dah semakin tinggi…huhuuhuh
Curahan rasa Nizam Ijam @ ..GSCHorrorFest bersama Nuffnang
Comments are closed.