Minyak mentah, Emas dan Dollar US manipulasi ekonomi dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia sekarang dikuasai oleh ekonomi kapitalis yang jauh sangat tersasar daripada sistem ekonomi Islam. 1400 tahun dahulu Rasulullah SAW telah menunjukkan cara berniaga dan cara menguruskan ekonomi. Seperti biasa musuh Islam menguasi ilmu Islam yang terdapat dalam Al Quran dan mencipta sistem yang dengan sengaja menentang ilmu ekonomi Islam. Contoh paling nyata adalah amalan riba yang tidak boleh dipisahkan dari sistem kapitalis.

Klik untuk tahu RAHSIA buat duit dengan EMAS

Ekonomi kapitalis menjadikan harga minyak mentah, Emas dan Dollar US antara indikator turun naiknya ekonomi dunia. Harga minyak mentah, emas dan dollar US dikawal oleh pasaran semasa mengikut kuasa pemintaan dan penawaran. Tanpa disedari kuasa pemintaan dan penawaran boleh dikuasai oleh hanya beberapa manusia yang berkuasa di dunia yang akan menentukan ekonomi dunia mengikut kehendak mereka atas tujuan tertentu.

Harga Minyak Mentah Terkini



Mereka mempunya modal bertrillion duit boleh menurunkan harga emas dan dalam masa yang sama menaikan nilai dollar US dan pada waktu yang lain menurunkan nilai dollar US dan menaikan harga emas. Dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap akan untung dan kekadang mereka akan untung kedua-duanya dan yang rugi negara-negara kecil yang tak mampu mengikut rentak mereka.

Kuasa mereka bukan sekadar menguasi ekonomi tetapi boleh memporak perandakan dunia. Mereka boleh menaikkan harga minya mentah bila-bila masa mereka inginkan dengan mencipta berbagai kejadian sehingga sanggup mencipta perang dimana sahaja yang mereka inginkan. Harga minyak yang beberapa tahun dahulu hanya sekitar USD40 ++ setong telah meningkat sehingga USD100 ++ setong dan sudah pasti akan memberi kesan pada ekonomi banyak negara kecil seperti Malaysia.

Harga emas juga meningkat dengan banyak daripada USD400/oz meningkat sehingga USD1900/oz dalam tempoh sepuluh tahun dan turun semula ke USD1400/oz sekarang. Harga emas sangat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara kerana kebanyakan negara menyimpan reserve dalam bentuk emas.

Harga Emas Terkini


Harga Emas untuk 10 tahun

Harga emas terkini

Matawang dunia masih dikuasai oleh dollar USA yang menentukan turun naik ekonomi dunia. Bila naik sahaja nilai dollar US maka naiklah semua harga komoditi seperti harga minya mentah, beras, gandum, gula dan sebagainya. Bila harga komuditi naik maka bergolaklah banyak negara seperti Malaysia sebuah negara kecil yang sangat bergantung dengan perdagangan luar negara.

Rakyat Malaysia kurang merasa turun naik ekonomi dunia kerana kebanyakan barangan komoditi utama seperti petrol, diesel, beras, gandum, gula dan minyak masak diberi subsidi. Paling best subsidi di Malaysia dinikmati bukan sahaja yang miskin tetapi juga yang kaya. Subsidi bermula diperkenalkan setelah berlaku 13 Mei 1969 dengan tujuan untuk membantu bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.

Harga komoditi terkini


Adakah sekarang subsidi masih sesuai sebagai salah satu cara membantu rakyat? Bukankah subsidi menyebabkan rakyat hidup melebihi kemampuan kerana mereka tidak merasai turun naik ekonomi dunia yang berpaksikan harga minyak mentah, emas dan dollar USA terkini.

Aku cadangkan subsidi di Malaysia di hapuskan dan digantikan dengan sistem baru yang dapat membantu kepada yang layak sahaja. Islam telah menunjukkan sistem zakat yang hanya layak untuk diberi kepada lapan asnaf manakala untuk orang kaya ada kadar tertentu untuk dizakatkan kepada yang miskin. Malaysia tidak akan mampu menangkis perubahan harga minyak mentah, emas dan Dollar US yang dijadikan manupulasi ekonomi dunia. Kalau kita masih kekal dengan sistem subsidi sekarang tiada suatu kerajaan yang akan berjaya menepis kemarahan rakyat setiap kali harga komoditi ditingkatkan. Subsidi sudah menjadi hak milih kekal rakyat yang tidak boleh ditarik balik.


Spread the love

46 Comments

  1. Subsidi perlu ada bagi negara yang rakyatnya hampir 60% dibawah par seperti di Malaysia. Bayangkan kalau tidak ada subsidi jurang ekonomi pasti lagi jauh..yang penting kemampuan pemimpin sesebuah negara untuk menguruskan rakyatnya.. Ekonomi negara kita tak diurus dengan baik sejak dulu lagi..sebab tu kita masih gagal mencapai sasaran yang sepatutnya…

  2. subsidi membantu rakyat lupa akan kesusahan, dan sikap malas berfikir mencari alternatif lain untuk tingkatkan gaya hidup. Subsidi hanya membantu rakyat menunding jari sekiranya mereka tak dapat..

    come on, cut all the subsidies! 🙂
    Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan BlogMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!