Bajet 2014 musim bunga sudah berlalu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Berbagai komen berbangkit selepas pembentangan Bajet 2014 kita dengar dan baca di media perdana dan tidak perdana terutamanya di sosial media. Semua komen, bangkangan dan cadangan adalah betul mengikut persepsi tertentu. Ada yang membangkang kerana mereka adalah pembangkang kepada Kerajaan jadi tak kan lah nak sokong dan ada yang menyokong kerana mereka penyokong Kerajaan tak kan nak bangkang pulak.

Pendapat peribadi aku musim bunga untuk rakyat Malaysia sudah berakhir. Jangan mengharap hidup mewah seperti dahulu akan berulang lagi. Sekarang zaman untuk mengubah budaya hidup mengikut kemampuan sebenar bukan lagi zaman bermewah-mewah dengan berbagai subsidi dan bantuan Kerajaan kalau nak hidup lebih baik.

Bajet 2014
Carta Ringkas mengenai pendapatan penduduk Malaysia

Aku memang lansung tak ada masalah dengan penghapusan subsidi gula kerana sejak berpuluh tahun sememangnya aku minum kopi, teh, milo, horlicks, latte, mocha, tongkat ali dan sebagainya tanpa gula. Budaya minum air dengan gula memang tidak dapat dipisahkan dengan majoriti rakyat Malaysia walaupun telah maklum mengambil lebih gula tidak baik untuk kesihatan. Orang kita lebih suka mati sebab ambil lebih gula daripada sihat kerana sukarnya mengubah budaya hidup. Sama juga kes rokok sehingga ada yang marah-marah apabila aku keluarkan status di Facebook  “perokok doa tidak diterima” sehingga ada yang kata tak ada pun dalam hadith dan Al Quran. Bagi pencinta gula dan rokok berbagai alasan akan keluar untuk mempertahankan budaya buruk mereka walaupun sanggup mati.

Beberapa tahu dahulu harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD40 setong tetapi kini sudah melebih USD90 setong . Dulu harga emas USD400 se oz kini sudah melebih USD1000 se oz begitu juga harga komoditi lain gandum, soya, kelapa sawit getah dan sebagainya. Semua perubahan ini akan mengubah ekonomi dunia dah pasti Malaysia tidak akan terlepas. Siapa pun memerintah Malaysia tidak boleh jadi Hang Tuah melawan perubahan ekonomi dunia yang semakin menguncup cuma kekadang janji-janji manis untuk menakluk dunia dan mengekalkan kuasa menjadi menyedap halua telinga dan yang tukang sambung di kedai-kedai kopi dan media sosial terlalu ramai hanya kerana kita berbeza fahaman. ALLAH dah sebut beribu tahun dahulu bahawa ekonomi ini bahagi roda sekejap di atas sekejap di bawah tidak akan kekal abadi di atas sahaja.

[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49[/box]

Hakikat sebenar kita tiada pilihan selain mengubah cara hidup samada lebih berjimat cermat kurang berpeleseran makan minum diluar atau lebih rajin menambah pendapatan dengan berbagai peluang yang ada di bumi bertuah Malaysia. Cabaran yang paling besar adalah untuk mengubah tabiat dan budaya yang sudah bersarang sejak berdekat. Bukan mudah nak mengubah diri berjimat cermat atau memaksa diri berkerja lebih daripada kemampuan.

Kehidupan melebih daripada kemampuan sudah menjadi darah daging sehingga berbagai alasan akan dikeluarkan untuk mempertahankan cara hidup tersebut. Untuk menampung kehidupan lebih daripada kemampuan ada yang sanggup jual voucher buku, diesel subsidi, baja subsidi, racun subsidi itu belum lagi memanupulasi pinjaman Tekun dan pinjaman-pinjaman lain untuk menampung kehidupan bukan untuk mengembangkan perniagaan.

Mengharap dan terus mengharap berbagai hidangan enak dihidang oleh Kerajaan untuk keselesaan hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada kamampuan yang dibiar terpendam dalam diri. Soalnya sampai bila?

Kita mesti berubah kalau nak terus bersaing dengan bangsa lain dan negara lain kalau tidak pasti akan ketinggalan dan terus dan terus menyalahkan orang lain tanpa pernah rasa bersalah pada diri sendiri dan keluarga. Ingat musim senang sudah berlalu. Buangkan perkataan “Engkau boleh lah” dan gantikan dengan perkataan “Aku boleh” untuk kita mengubah budaya hidup.

 


Spread the love

61 Comments

  1. Walau apapun budget yang ditetapkan ada kebaikan dan keburukan pada setiap pihak. Sebagai pengguna kalau dah ditetapkan terpaksa terima. Kenalah kita berjimat demi dan berusaha untuk mendapat hidup yang lebih baik demi meneruskan kehidupan. jika ada bantuan tu Alhamdulillah…
    Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  2. berjimat hanyalah sebagai penanda aras tapi berani merebut peluang sebagaimana kaum lain berani mengharunginya….kurangkan sengketa dan tunjuk berani tapi habuk pun tarak…
    Curahan rasa sukma @ ..Cita-Cita AnakMy Profile

  3. Seingat saya, budaya berlebih-lebihan dan melampau kemampuan sendiri ni dah mula tahun 90’an lagi. Waktu tu, kita memang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Orang kerajaan pun masa tu, kemain lagi kalau pergi kursus tu sure nak pegi langkawi je.

    Sekarang ni kita dah masuk ke zaman meleset. Cuma ramai yang tak sedar, atau buat-buat tak sedar je dengan keadaan sekarang ni.
    Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Orang Pandai BodohMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!