Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Berbagai komen berbangkit selepas pembentangan Bajet 2014 kita dengar dan baca di media perdana dan tidak perdana terutamanya di sosial media. Semua komen, bangkangan dan cadangan adalah betul mengikut persepsi tertentu. Ada yang membangkang kerana mereka adalah pembangkang kepada Kerajaan jadi tak kan lah nak sokong dan ada yang menyokong kerana mereka penyokong Kerajaan tak kan nak bangkang pulak.
Pendapat peribadi aku musim bunga untuk rakyat Malaysia sudah berakhir. Jangan mengharap hidup mewah seperti dahulu akan berulang lagi. Sekarang zaman untuk mengubah budaya hidup mengikut kemampuan sebenar bukan lagi zaman bermewah-mewah dengan berbagai subsidi dan bantuan Kerajaan kalau nak hidup lebih baik.
Aku memang lansung tak ada masalah dengan penghapusan subsidi gula kerana sejak berpuluh tahun sememangnya aku minum kopi, teh, milo, horlicks, latte, mocha, tongkat ali dan sebagainya tanpa gula. Budaya minum air dengan gula memang tidak dapat dipisahkan dengan majoriti rakyat Malaysia walaupun telah maklum mengambil lebih gula tidak baik untuk kesihatan. Orang kita lebih suka mati sebab ambil lebih gula daripada sihat kerana sukarnya mengubah budaya hidup. Sama juga kes rokok sehingga ada yang marah-marah apabila aku keluarkan status di Facebook “perokok doa tidak diterima” sehingga ada yang kata tak ada pun dalam hadith dan Al Quran. Bagi pencinta gula dan rokok berbagai alasan akan keluar untuk mempertahankan budaya buruk mereka walaupun sanggup mati.
Beberapa tahu dahulu harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD40 setong tetapi kini sudah melebih USD90 setong . Dulu harga emas USD400 se oz kini sudah melebih USD1000 se oz begitu juga harga komoditi lain gandum, soya, kelapa sawit getah dan sebagainya. Semua perubahan ini akan mengubah ekonomi dunia dah pasti Malaysia tidak akan terlepas. Siapa pun memerintah Malaysia tidak boleh jadi Hang Tuah melawan perubahan ekonomi dunia yang semakin menguncup cuma kekadang janji-janji manis untuk menakluk dunia dan mengekalkan kuasa menjadi menyedap halua telinga dan yang tukang sambung di kedai-kedai kopi dan media sosial terlalu ramai hanya kerana kita berbeza fahaman. ALLAH dah sebut beribu tahun dahulu bahawa ekonomi ini bahagi roda sekejap di atas sekejap di bawah tidak akan kekal abadi di atas sahaja.
[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49[/box]
Hakikat sebenar kita tiada pilihan selain mengubah cara hidup samada lebih berjimat cermat kurang berpeleseran makan minum diluar atau lebih rajin menambah pendapatan dengan berbagai peluang yang ada di bumi bertuah Malaysia. Cabaran yang paling besar adalah untuk mengubah tabiat dan budaya yang sudah bersarang sejak berdekat. Bukan mudah nak mengubah diri berjimat cermat atau memaksa diri berkerja lebih daripada kemampuan.
Kehidupan melebih daripada kemampuan sudah menjadi darah daging sehingga berbagai alasan akan dikeluarkan untuk mempertahankan cara hidup tersebut. Untuk menampung kehidupan lebih daripada kemampuan ada yang sanggup jual voucher buku, diesel subsidi, baja subsidi, racun subsidi itu belum lagi memanupulasi pinjaman Tekun dan pinjaman-pinjaman lain untuk menampung kehidupan bukan untuk mengembangkan perniagaan.
Mengharap dan terus mengharap berbagai hidangan enak dihidang oleh Kerajaan untuk keselesaan hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada kamampuan yang dibiar terpendam dalam diri. Soalnya sampai bila?
Kita mesti berubah kalau nak terus bersaing dengan bangsa lain dan negara lain kalau tidak pasti akan ketinggalan dan terus dan terus menyalahkan orang lain tanpa pernah rasa bersalah pada diri sendiri dan keluarga. Ingat musim senang sudah berlalu. Buangkan perkataan “Engkau boleh lah” dan gantikan dengan perkataan “Aku boleh” untuk kita mengubah budaya hidup.
61 Comments
Bubye musim bunga…welcome musim panas…. Bila dah panas pndai2 la kipas diri sendiri..jng nak suh org lain pula kipaskan…hehe
Curahan rasa belinda Ishak @ ..Ahli Mesyuarat Tingkap
Diharapkan bajet ini mampu meningkatkan daya saing dan daya tahan rakyat Malaysia umumnya.
Aku rasa kita masih lagi begitu venerable dengan impak kenaikkan harga minyak dunia.
Sekarang musim sejuk..sediakan persiapan secukupnya..harap dapat tunjuk ajar bro juga…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti
subsidi gula dikurangkan walaupun dengan berat hati terpaksa juga menerimanya, tapi yang bikin gua panas hati apabila ada yang cuba menaikan harga secawan kopi o dan teh o dengan sesuka hati mereka memang patut gua boikot je kedai mereka
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Menyambung Wayer Pada Peralatan Elektrik
Apa nak panas hati bro minum je kat rumah atau bawa je air kat pejabat … bila bisnis restoran kurang pasti diaorang tak akan naik kan harga air dan makanan.
Curahan rasa denaihati @ ..Bajet 2014 rakyat mengharap
bajet yg mengikut keadaan semasa.
Curahan rasa encikarman @ ..Apa itu Adsense dan Adwords?
tapi saya hairan bangsa melayu diluar negara hebat-hebat mungkin tidak terlalu bergantung kot..
Bila kita diluar negara kita mesti kerja kuat kerana tiada bantuan dari kerajaan dan sifat ini akan membina bangsa yang lebih berjaya. Lihat sahaja bangsa cina yg berjaya dimana sahaja mereka berada di dunia kerana kerja kuat dan kesatuan mereka.
Artikel motivasi untuk kemajuan dan kejayaan diri kita
Curahan rasa Dawaihati @ ..Merajut Cinta dan Kebersamaan
walaupun negara belum sampai negara maju…
tapi taraf hidup dah meningkat…
ajdi kena bijak dalam pengurusan wang..
ehehehehe
Curahan rasa mie @ ..Gambar Hari Pertama Percutian Di Bali Indonesia
dalam ekonomi yang semakin meruncing..kita semua perlu bekerja lebih keras…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kasihnya Lelaki Kepada Anak Perempuan
taraf hidup makin meningkat, tanpa usaha yg lebih gigih kita tetap akan ketinggalan..
Curahan rasa zikron @ ..Apa Itu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan?
org sekarang ni lebih pilih sakit dari sihat
Assalammualaikum… bro denaihati,
wahh.. bagus nyer .. semacam kata2 motivasi buat mselim3. Siap ada 7 musim yang keras.. zaman Nabi Yusuf. Sesungguhnya al-Quran adalah sebaik2 guru… kepada sesiapa yang ambil iktibar daripadanya. Allah dah ajarkan kita tunai dan simpan kemudian guna masa susah.
Jangan kita lupa masa senang berboros2.. bila xder simpanan mana nak korek kan!.
Dalam perancangan kewangan pun kita digalakkan menyimpan paling tidak ada simpanan ‘kecemasan’ iaitu simpanan 7 bulan gaji… buat stanby jika ada kecemasan nak guna duit andai anak atau ahli keluarga. Bukan habis bulan cukup bulan.
Kita kena elak sikap bermewah2.. bersederhana kan elok! Nabi juga sederhana orangnya..Rasullulah jugak berpesan “Tidak akan miskin orang yang bersederhana kan…
wassalam..
mselim3
Curahan rasa mselim3 @ ..7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah dalam Hidup.
Kita tak mampu mengubah angin yg bertiup.. namun kita mampu mengubah layar bahtera agar tidak terus hanyut.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Poligami
kena buat bajet untuk diri sendiri pula. ukur baju di badan sendiri. boleh belajar ilmu kewangan dan buat duit dari rumah. bisnes dari rumah pun ok. ramai yang dah berjaya menjana pendapatan dari rumah.
Curahan rasa Sya Isya @ ..PERCUMA! CD AUDIO MP3 IDEA BISNES DARI RUMAH
Setiap perkara kita perlu nilai dari apek positif, bukan menolak aspek negatif tetapi setiap perkara yang dilakukan ada sebab-sebabnya tersendiri. Bagi kita mungkin tidak hairan dengan kenaikan harga gula sebab penggunaan gula di rumah saya adalah sangat minima tetapi bagi peniaga mungkin akan sedikit terkesan tetapi bagai di kata perubahan adalah perlu tak kira dalam kehidupan mahupun perniagaan.
Curahan rasa JunAina @ ..Sebenarnya Saya Isteri Dia – Anak Tuan Kerja Kat Mana?
Perubahan perlu berlaku kalau dulu ada peniaga menjual mesin taip tetapi sekarang orang dah tak guna mesin taip tak kan peniaga tersebut nak jual mesin taip … peniaga juga mesti berubah kalau tak berubah pasti akan pupus ditelan zaman.
Curahan rasa denaihati @ ..Review Bajet 2014 yang menarik
Comments are closed.