Review Bajet 2014 yang menarik

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Seperti yang dijadualkan pembentangan bajet 2014 telah berlansung tepat jam 4 pm, 25/10/13 oleh Menteri Kewangan juga Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak. Seperti yang dijangka banyak insentif rakyat lama dikekalkan dan insentif baru diperkenalkan. Jumlah bajet 2014 adalah lebih kurang RM224.1 billion.

Review pembentangan bajet 2014

1. Perumahan 

Sebanyak 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan, akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta tahun depan, sebagai usaha untuk meningkatkan akses pemilikan rumah oleh rakyat dengan jumlah itu sebanyak 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta, JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.

PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dijual dengan harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.

80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).

2. Subsidi Gula

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa 26/10/13.

3. BR1M 3.0

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia  kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 akan mendapat BR1M bantuan sebanyak RM450. Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M 3.0 bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

4. Bonus Penjawat Awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

5. GST

Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

6. Bantuan yuran taska

Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan. Kerajaan juga akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

7. Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan

Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi membiayai kos pembinaan infrastruktur berkaitan sektor pelancongan. Ini pasti memberi manafaat kepada Travel Blogger.

8. Program Pertanian

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. Sebanyak 60 pasar tani, 50 pasar ikan dan 50 karavan tani akan dibuka selain memperluas 100 buah gerai buah-buahan segar di seluruh negara yang akan dikendalikan oleh Fama dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dapat memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna. RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif yang merangkumi subsidi baja, benih dan harga padi, insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi, subsidi harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan. Harap petani tak jual di pasaran gelap untuk dapat duit cepat.

9. Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB)

Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Inisiatif itu bakal memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan luar bandar merangkum 2.8 juta isi rumah di seluruh negara dan kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp.

[box type=”shadow”]Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

Rumusan Bajet 2014,Rumusan pembentangan Bajet 2014
Rumusan pembentangan Bajet 2014

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

Rumusan pembentangan Bajet 2014
Sektor yang mendapat kesan dari pembentangan Bajet 2014

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

laporan Bajet 2014
Kebaikkan kepada semua sempenan Bajet 2014

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.[/box]

Harapan melihat lebih memberi pancing kepada rakyat untuk bajet 2014 tidak kesampaian kerana lebih banyak ikan diberi kepada rakyat. Bersyukur dengan semua pemberian ALLAH semuga Malaysia akan terus aman damai membina kehidupan yang lebih beriman.


Spread the love

52 Comments

    1. betul tu, pemberian BR1M banyak memberi kesan negatif kepada sesetengah rakyat. Bagi yang memerlukan tu tak apa lah, tapi ada sesetengah rakyat sudah berkemampuan tapi masih lagi cuba nak mintak BR1M untuk kepentingan sendiri sehinggakan mereka yang betul-betul memerlukan diabaikan.
      Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

  1. Apa pun, terima kasih atas pemberian bonus buat para penjawat awam. Sebagai seorang penjawat awam, mungkin saya boleh cadangkan untuk adanya perubahan dalam elaun perumahan. Memandangkan untuk membeli rumah sekarang pun, nilai yang ada memang diluar dari kemampuan, mungkin boleh dipertimbangkan untuk perubahan sedikit nilai tersebut.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. Betul tu adarain. Nak mempersoalkan pun, siapalah kita sebenarnya. Kita ikut sahaja. Mana yang baik, membawa kepada kebaikan, dapat membantu rakyat, mengurangkan bebanan rakyat seketika, kita ikut sahaja. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, kalau ada anak 7 orang, dengan yuran sekolah lagi yang harus dibiayai, mana yang dapat dahulu contohnya br1m, kita ambik sahaja. Siapa lagi nak membantu rakyat sendiri kalau bukan….
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!