Assalamualikum dan Salam 1Dunia, cabang bisnis ada macam-macam jenis antaranya adalah pernigaan berkonsep multi level marketing. Daripada komen-komen dalam entri “Nak buat Duit pun tak yakin” memang ramai yang memandang negatif kepada industri MLM. Majoriti yang negatif kepada MLM ini samada mereka tidak mengenali bak kata pepatah “tak kenal maka dan cinta” atau pernah tertipu dengan pemain industri MLM. Ramai yang guna istilah apa pun boleh Asal Jangan MLM dah macam slogan politik pulak “asal jangan UMNO” atau “asal jangan Anwar Ibrahim”.
Buat Duit Online Hari-Hari dengan World of Hijab
MLM adalah sebuah industri besar di dunia yang menjana ekonomi dunia sehingga trillion dollar. Banyak syarikat MLM yang tersenarai antara 1000 syarikat terbesar dunia yang sudah bertapak puluhan tahun. Dengan izin ALLAH banyak syarikat MLM telah mengubah nasib ramai keluarga di dunia dari zero menjadi hero. Aku juga salah seorang pengiat MLM yang sangat aktif suatu masa dahulu.
Sebab paling utama ketika itu aku menceburi dunia MLM adalah untuk mendapat pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan bandar yang mendesak. Aku suka MLM kerana modalnya rendah, jadual kerja mengikut kelapangan masa, dapat mengamalkan ilmu motivasi yang dipelajari dari sifu motivasi dan paling penting berpotensi mendapat pendapatan diluar jangkaan tanpa diukur dengan sijil yang dimiliki.
Aku tak salahkan ramai yang berpandangan negatif kepada dunia MLM sehingga keluar slogan “Asal Jangan MLM” kerana kerosakan tersebut datang dari dalam. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pengiat MLM :
1. Memanipulasi sistem MLM sehingga ahli perlu membayar yuran kemasukan yang sangat tinggi untuk membeli pangkat. Lebih malang apabila skim pinjaman disediakan untuk membeli pangkat sehingga RM30 ribu yang akhirnya ahli terbeban dengan hutang dan produk yang melambak sedang janji bonus beratus ribu hanya tinggal janji. MLM sebenar mesti dengan modal rendah untuk membeli produk dan perlu membeli produk setiap bulan untuk keperluan sendiri pada jumlah tertentu mengikut pangkat.
2. Skim Piramid dengan hanya fokus mencari network tanpa produk dengan janji pendapatan lumayan sehingga masyarakat beranggapan bahawa semua MLM adalah sistem piramid. Ketakutan kepada skim piramid sangat mendalam sehingga ramai memandang negatif kepada industri MLM. Semua skim Piramid di Malaysia tidak berdaftar atau bertopengkan syarikat MLM untuk mengkaburi mata penguatkuasa.
3. Disiplin pengiat MLM juga sangat buruk tanpa sistem berniaga yang betul dengan lebih suka memerangkap kawan-kawan tanpa kira masa dan lokasi. Ada ahli MLM yang berusaha mencari network baru tanpa kira masa sehingga lewat malam dan pergi ke rumah pelanggan walaupun mereka tidak bersedia. Ramai usahawan MLM yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem kerja yang baik seperti menetapkan masa bertemu pelanggan dan menetapkan lokasi bertemu pelanggan. MLM juga perniagaan jadi pengiat mesti melaksanakan dengan minda bisnis untuk berjaya bukan cara carca merba tanpa sistem.
Dalam dunia yang semakin mencabar dan inflasi yang semakin tinggi kita tidak boleh mengharap segalanya disediakan oleh Kerajaan. Dunia akan terus berubah menjadi semakin mahal dan petrol juga akan semakin mahal kerana reserve minyak dunia semakin kurang. Mungkin kita tidak berpuashati dengan gaji kita hanya RM2500 sebulan tetapi dengan merungut menyalahkan orang tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena bangun membina ekonomi keluarga kita sendiri walaupun mungkin anda tidak suka dengan berbagai alternatif yang ada seperti MLM, buat duit online, jual poduk online dan sebagainya. Buangkan prasangka negatif seperti slogan “Asal Jangan MLM” kerana ianya tidak dapat membantu mengeluarkan anda daripada masalah kewangan yang berpanjangan.
Tiada apa yang salah dengan MLM cuma yang salah adalah pengiat yang tamak jadi kita jangan keliru sehingga membuang jauh satu industri yang berpotensi sangat besar untuk mengubah nasib masa depan kita. Jangan takut apabila kita masuk MLM maka kawan kita akan jadi Jutawan kerana setiap hari ada sahaja orang yang menjadi jutawan atas setiap barang yang kita beli walaupun bukan dari produk MLM. Paling penting sifat terima kasih apabila kawan-kawan memberi peluang dan kita sendiri yang menilai samada ianya sesuai atau tidak bukan kerana terpaksa.
Tips Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Hari ini ada orang yang kreatif meraih pendapatan setiap hari, ada yang meraih pendapatan setiap bulan dan ada pulak dengan satu projek boleh menampung pendapatan satu tahun sedang ramai yang lain sedang mengeloh dan mengeloh setiap hari. Bila lagi kita nak berubah? Belajarlah dari yang mahir jangan hanya mengharap orang lain menyuap keluarga kita.
961 Comments
Yang berusaha akan Berjaya dan menjadi kaya , yang malas tengok sahaja la 😉
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul tu anis. yang penting diri sendiri, nak senang, kenalah usaha. tak nak senang, duduk macam tu sahajalah. bila masuk dalam perniagaan MLM ni, usaha kena tingkatkan sendiri.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ada yang Berjaya , ada yang tidak biasa lah tu adat kehidupan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ya betul. biasalah adat. ada menang dan kalah. ada gagal dan berjaya. dalam MLM juga sama. ada masanya kita jatuh, ada masanya kita bangun.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sabar dan usaha menanti kejayaan yang akan bakal tiba , insyallah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
inshaAllah. kejayaan tanpa usaha tak guna juga kan anis. MLM kalau kita nak berjaya, kena usaha.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
faktor utama dalam melibatkan perniagaan MLM ini sebenarnya adalah diri sendiri. kita kena sentiasa berfikir secara positif jika kita ingin berjaya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ya benar , , diri endiri yang tentukan , kalau kita nak mesti kita kan buat kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul tu anis. terpulang dengan diri kita sendiri, nak buat, buatlah betul-betul.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Memilih upline atau leader atau mentor yang baik dalam membimbing kita dalam proses perniagaan MLM dengan cara yang baik juga perlu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ya yang ni saya setuju sangat , dengan upline saya dulu yang sangat membina say berjaya juga sikit
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
masih teruskan MLM ke anis? inshaAllah. jumpa upline yang baik, kita pun akan terus berjaya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kita juga kena pandai memilih pelan pemasaran yang adil. bukan hanya orang atas sahaja yang mendapat ganjaran bonus yang lebih, tetapi orang bahawa juga boleh mendapat ganjaran yang lebih atas tiket usaha!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yang betul tu PG , kadang kadan bila kita bekerja hanya untung orang atas sahaj tak beest juga
yes. ada situasi orang atasan yang untung, memang rasa macam nak terajang pun ada. haha.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Insyallah mesti ada panca roba nya ssebelum berjaya ,biasa la tu ,, hanya berdoa
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul tu anis. ada pro dan kontranya dalam sesuatunya perniagaankan. begitu juga dengan MLM.
Google sahaja , pasti ada yang menulis tip tip dan pengalaman mereka sendiri
ya sally. banyak yang kita boleh jumpa pengalaman dalam MLM sendiri. samada ada yang telah berjaya atau kecundang dan beroleh kejayaan semula dengan MLM ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kalau kita tak berani daripada pengalaman sendiri,mungkin kita boleh membaca pengalaman orang lain
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul anis. sebab kadang kita perlu belajar dari mereka yang telah mempunyai pengalaman dalam MLM itu sendiri kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kena belajar la klau nak tahu , memang tak tahu kalau tak belajar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ya. kena ambil tahu. kalau tak, sampai bila pun kita tidak akan berjaya dengan MLM ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
MLM ni tak susah kadang kadang tu , kalau tahu teknik yang betul
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul tu anis. kalau kita tahu teknik yang betul, pasti kita akan berjaya dengan MLM yang kita sertai.
. carilah ruang baru dalam perniagaan insyallah Allah bantu kalau anda berusaha
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
inshaAllah anis. bila kita ikhlas melakukan apa pun, pasti Allah SWT akan mempermudahkan untuk kita. MLM sekalipun.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Berdoa la selalu agar rezeki dan tuah sentiasa di pihak anda ,
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
inshaAllah anis. semoga rezeki sentiasa ada untuk kita. apa pun yang kita buat, perniagaan MLM atau apa sahaja, berdoalah semoga rezeki itu halal untuk kita.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ada sahaja yang Berjaya , janji anda berusaha dan tahu menilai nya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul. PG sokong. asal berjaya, janji diri sendiri kena usaha lebih dan fokus dengan apa yang kita nak dalam kita buat MLM ni.
Insyallah yang lain kalau pilih nak join MLM tu, pikir dan siasat dua tiga kali
betul. kena siasat sebaik mungkin. jangan ada nanti yang menyesal kemudian hari. tidak semua MLM itu bagus atau tidak.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.