Assalamualikum dan Salam 1Dunia, cabang bisnis ada macam-macam jenis antaranya adalah pernigaan berkonsep multi level marketing. Daripada komen-komen dalam entri “Nak buat Duit pun tak yakin” memang ramai yang memandang negatif kepada industri MLM. Majoriti yang negatif kepada MLM ini samada mereka tidak mengenali bak kata pepatah “tak kenal maka dan cinta” atau pernah tertipu dengan pemain industri MLM. Ramai yang guna istilah apa pun boleh Asal Jangan MLM dah macam slogan politik pulak “asal jangan UMNO” atau “asal jangan Anwar Ibrahim”.
Buat Duit Online Hari-Hari dengan World of Hijab
MLM adalah sebuah industri besar di dunia yang menjana ekonomi dunia sehingga trillion dollar. Banyak syarikat MLM yang tersenarai antara 1000 syarikat terbesar dunia yang sudah bertapak puluhan tahun. Dengan izin ALLAH banyak syarikat MLM telah mengubah nasib ramai keluarga di dunia dari zero menjadi hero. Aku juga salah seorang pengiat MLM yang sangat aktif suatu masa dahulu.
Sebab paling utama ketika itu aku menceburi dunia MLM adalah untuk mendapat pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan bandar yang mendesak. Aku suka MLM kerana modalnya rendah, jadual kerja mengikut kelapangan masa, dapat mengamalkan ilmu motivasi yang dipelajari dari sifu motivasi dan paling penting berpotensi mendapat pendapatan diluar jangkaan tanpa diukur dengan sijil yang dimiliki.
Aku tak salahkan ramai yang berpandangan negatif kepada dunia MLM sehingga keluar slogan “Asal Jangan MLM” kerana kerosakan tersebut datang dari dalam. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pengiat MLM :
1. Memanipulasi sistem MLM sehingga ahli perlu membayar yuran kemasukan yang sangat tinggi untuk membeli pangkat. Lebih malang apabila skim pinjaman disediakan untuk membeli pangkat sehingga RM30 ribu yang akhirnya ahli terbeban dengan hutang dan produk yang melambak sedang janji bonus beratus ribu hanya tinggal janji. MLM sebenar mesti dengan modal rendah untuk membeli produk dan perlu membeli produk setiap bulan untuk keperluan sendiri pada jumlah tertentu mengikut pangkat.
2. Skim Piramid dengan hanya fokus mencari network tanpa produk dengan janji pendapatan lumayan sehingga masyarakat beranggapan bahawa semua MLM adalah sistem piramid. Ketakutan kepada skim piramid sangat mendalam sehingga ramai memandang negatif kepada industri MLM. Semua skim Piramid di Malaysia tidak berdaftar atau bertopengkan syarikat MLM untuk mengkaburi mata penguatkuasa.
3. Disiplin pengiat MLM juga sangat buruk tanpa sistem berniaga yang betul dengan lebih suka memerangkap kawan-kawan tanpa kira masa dan lokasi. Ada ahli MLM yang berusaha mencari network baru tanpa kira masa sehingga lewat malam dan pergi ke rumah pelanggan walaupun mereka tidak bersedia. Ramai usahawan MLM yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem kerja yang baik seperti menetapkan masa bertemu pelanggan dan menetapkan lokasi bertemu pelanggan. MLM juga perniagaan jadi pengiat mesti melaksanakan dengan minda bisnis untuk berjaya bukan cara carca merba tanpa sistem.
Dalam dunia yang semakin mencabar dan inflasi yang semakin tinggi kita tidak boleh mengharap segalanya disediakan oleh Kerajaan. Dunia akan terus berubah menjadi semakin mahal dan petrol juga akan semakin mahal kerana reserve minyak dunia semakin kurang. Mungkin kita tidak berpuashati dengan gaji kita hanya RM2500 sebulan tetapi dengan merungut menyalahkan orang tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena bangun membina ekonomi keluarga kita sendiri walaupun mungkin anda tidak suka dengan berbagai alternatif yang ada seperti MLM, buat duit online, jual poduk online dan sebagainya. Buangkan prasangka negatif seperti slogan “Asal Jangan MLM” kerana ianya tidak dapat membantu mengeluarkan anda daripada masalah kewangan yang berpanjangan.
Tiada apa yang salah dengan MLM cuma yang salah adalah pengiat yang tamak jadi kita jangan keliru sehingga membuang jauh satu industri yang berpotensi sangat besar untuk mengubah nasib masa depan kita. Jangan takut apabila kita masuk MLM maka kawan kita akan jadi Jutawan kerana setiap hari ada sahaja orang yang menjadi jutawan atas setiap barang yang kita beli walaupun bukan dari produk MLM. Paling penting sifat terima kasih apabila kawan-kawan memberi peluang dan kita sendiri yang menilai samada ianya sesuai atau tidak bukan kerana terpaksa.
Tips Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Hari ini ada orang yang kreatif meraih pendapatan setiap hari, ada yang meraih pendapatan setiap bulan dan ada pulak dengan satu projek boleh menampung pendapatan satu tahun sedang ramai yang lain sedang mengeloh dan mengeloh setiap hari. Bila lagi kita nak berubah? Belajarlah dari yang mahir jangan hanya mengharap orang lain menyuap keluarga kita.
961 Comments
Sebelum kita berhasrat untuk menyertai MLM, kita kena tengok juga rangkaian produk yang terbukti berkesan dengan testimoni yang lengkap.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betu tu PG , memang kena teliti dan siasat dahulu dengan teliti , kalau tak menyesal nanti
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ya anis. jangan menyesal dikemudian hari, sudahlah kan. jangan cakap kita tak bagi peringatan. sebab MLM ni banyak juga yang tak betulnya. kita sendiri kena siasat.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Yala 9/ 10 rezeki kan datangnya dari perniagaan insyallah memang betul pun
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul. inshaAllah, jika kita ceburkan diri dalam perniagaan, buatlah sebaik mungkin. MLM atau apa sekali pun, buatlah yang terbaik.
. Lepas stop sekejap memang tak sambung dah , tapi memang laa , murah rezeki
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
kadang ada yang gagal dalam MLM, kadang ada yang berjaya dengan MLM kan anis.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Alhamdulillah, lepas tu saya stop la sekejap sebab nak focus belajar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ok anis. kena fokus dan pandai bahagikan masa juga ya. semoga anis akan dapat memberikan komen lagi selepas ini. inshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Dan lepas sahaja saya Berjaya peroleh ribu ribu memang ramai gila yang dating Tanya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
wa, murah rezeki anis. semoga rezeki anis akan sentiasa permurahkan ya. PG yakin jika kita ikhlas buat sesuatu, pasti akan dipermudahkan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sebab selalunya orang sekeliling kita nak tengok kejayaan kita peroleh duit dulu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
itulah masalah kaum melayu kan anis. selalu nak tengok orang lain berjaya dahulu sebelum ambik risiko. tapi ada baiknya juga 🙂
Awal awal saya join MLM , saya tak ajak walaupun seorang daripada ahli keluarga atau kawan saya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
hehe. selalu macam tu kan. sebab takut nanti keluarga akan kata, MLM ni tak akan bawa untung.
Tapi selalu bila kita dah join MLM ni , nak ajak orang yang dekat memang susah sikit
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
haha. memang. sangat payah nak ajak. kadang orang tak yakin dengan kita kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Cuba Tanya dulu kawan kawan anda kalau mereka , mereka nak beli tak
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
komunikasi kena penting jika kita nak buat MLM juga kan anis. tanpa komunikasi yang baik, tak akan kita berjaya dalam MLM sama.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sebabnya produk memang memainkan peranan yang sangat sangat penting dalam MLM ni
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ya anis. produk yang baiklah yang memainkan peranan penting dalam sesebuah MLM kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Macam saya cakap mula mula pastikan produknya memang tip top dan orang beli
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
betul. produk yang baik pasti akan menjanjikan proses pembelian jual beli akan lebih senang.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blogger Buat Duit Online
So saya memang sedar kepentingan nak mengajak orang, kalau tak pandai susah juga
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
kena ada keyakinan sebenarnya kalau nak orang join MLM ni kan anis. bukan semua orang percaya dengan MLM.
. Sebab saya sendiri pernah join MLM yang kena cari orang ni memang susah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
kadang nak mencari orang ni, bukan pada satu-satu tempat sahaja kan anis. kadang ada orang yang tahu kita ni MLM, memang tak akan layan kita langsung.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
banyak faktor kita kena fikir sebelum berhasrat untuk menceburi perniagaan MLM, terutamanya kena memilih syarikat yang sudah nampak potensi perniagaannya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu PG banyak faktor yang kita ken atengok sebelum sertai kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ya anis. kena pandai pilih. kalau tak, memang kita akan tersilap pilih, dan silap hari bulan, kita akan jatuh tersungkur.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sebab MLM ni kena tarik orang ,mula mula kita kena pasti skill kita ok
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
harus anis. kita kena fikir bagaimana untuk menarik perhatian orang lain untuk join MLM ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.