Adakah orang Malaysia pengecut

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila mengembara aku suka melihat sekeliling untuk memahami kehidupan. Satu perkara yang aku belajar daripada kembara di berpuluh-puluh negara sejak bertahun adalah betapa ramai manusia berhijrah meninggalkan keluarga demi sesuap nasi. Sama seperti fenomena pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang datang ke Malaysia mencari rezeki.

Semua negara maju dan sedang membangun yang pernah aku jejaki seperti England, Perancis, Italy, Arab Saudi, UEA, Qatar, Singapore, Hong Kong, New Zealand menjadi destinasi pekerja daripada berbagai negara semada secara sah atau secara haram. Pernah aku menaiki teksi di Dubai yang dipandu oleh seorang lelaki asal India yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dan hanya pulang setahun sekali bertemu anak dan isteri. Ketika menaiki teksi menuju airport di Rome pemandunya asal Kemboja sudah lebih 15 tahun tidak pulang ke tanah air.

rayyan harries di jepun
Rayyan Harries melakukan kerja kebajikan di Jepun

Berbagai bangsa yang berhijrah ke negara orang mencari rezeki tetapi jarang sekali aku terjumpa orang Malaysia yang bekerja di negara lain. Pernah sekali ketika kami sesat di Prague bertanya kepada seorang wanita bertudung yang rupanya juga asal Malaysia sedang tersesat sama seperti kami. Adakah orang Malaysia sudah selesa bekerja di negara sendiri? Atau orang Malaysia pengecut tidak berani mencabar diri bekerja di negara orang kerana terlalu sayang untuk meninggalkan keluarga?

Sangkaan aku salah sebab kalau ikut cerita The Big Small Boy yang pernah bekerja petik buah apple di Australia ramai sebenarnya orang Melayu Malaysia yang bekerja di Australia. Tak kisahlah samada yang kena tipu atau memang mereka pergi untuk bekerja di sana sebagai pemetik buah. Khabarnya ramai juga orang Cina Malaysia yang bekerja di Jepun sehingga suatu ketika Jepun mengetatkan visa bagi mengelakkan mereka menyalah guna visa pelawat yang diberi.

rayyan harries di filipina
Rayyan Haries membantu mangsa taufan Filipina

Walaupun ada orang Malaysia yang bekerja di negara orang tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan bangsa lain. Mungkin orang Malaysia sudah rasa selesa hidup di Malaysia yang kaya raya walaupun hakikatnya ekonomi sendiri tidaklah bagus mana pun. Aku pernah mengembara bertahun-tahun di negara orang jadi aku boleh kata sebenarnya orang Malaysia memang pengecut bekerja di negara orang sebab itu sekarang kita lebih banyak komplen daripada nak berusaha mengubah diri. Usahkan nak bekerja di negara orang, nak jadi volunteer seperti Blogger Rayyan Harries lagilah susah. Mungkin suatu hari nanti apabila sudah terpaksa barulah kita berani.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Mungkin benar bagai dikata kita adalah bangsa yang hilang tetapi jangan terus hilang dari peta dunia kerana sifat kita yang hanya hero di negara sendiri.

Nota : Selamat jalan kepada Rayyan Harries yang akan buat kerja kebajikan di India selama lebih enam bulan.


Spread the love

103 Comments

  1. Kita bekerja untuk mendapatkan rezeki kurniaan Allah. Bila rezeki yang kita cari di satu-satu tempat itu tidak cukup untuk keperluan hidup, Islam menyarankan kita hijrah ke tempat lain yang mungkin tempat baru itu ada rezeki untuk kita.

    Mungkin rakyat Malaysia rasa cukup dengan rezeki yang didapati di sini kerana itu mereka tidak mahu berhijrah ke tempat lain.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Kau gila? Aku tidak!My Profile

  2. Sejauh mana kita pergi, seluas mana dunia ini, namun Malaysia tetap dihati…bagai emas yang ditatang, manakan sama dengan mutiara di dalam hati…walau hujan emas di negeri orang, namun hujan batu ditempat sendiri tetap menjadi pojaan hatiku..
    Curahan rasa KERJA TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG GURUMy Profile

  3. Bukan semua dapat berhijrah mencari rezeki di luar negara. Ada keluarga dan tidak sanggup berpisah dengan keluarga menjadi penyebab, ramai yang mencari rezeki di bumi sendiri. Rakyat Malaysia pengecut terlalu keras untuk dikategorikan, boleh guna auat lain ysng lebih mesra boleh diklasikasikan.
    Curahan rasa Top SEO Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEOMy Profile

  4. Kenapa saya tak berani keja luar malaysia
    1) kita punya kelulusan (degree/master/dip) adakah laku diluar negara? saya pun tak sure, yang ni sekadar bertanya
    2) Must have strong financial support dulu (tempat tinggal cth, tak kan nak man redah je nak duk negara orang)
    3) ye betul, sayang nak tinggalkan mak ayah,
    Curahan rasa Zfarina @ ..5 Kesilapan Makan yang boleh merosakkan kulitMy Profile

    1. Comfort zone yang sebenarnya tak berapa nak comfort. Sebabnya kita masih tergugat dengan kenaikan harga barang, chukai dan sebagainya.

      Kalau kita dah capai tahap boleh membuat pilihan, mampu naik Ferrari tapi tetap memilih MyVi, tu baru betul-betul comfort 🙂
      Curahan rasa myliferia @ ..Cara Hilangkan Dagu Berlapis Dengan MudahMy Profile

  5. melayu kebanyakkanya lemah semangat…..itu reality…..kena terima hakikat tersebut..hanya segelintir sahaja yang bersemangat waja..

  6. nak kata pengecut tu x juga kot, tetapi ianya disebabkan faktor persekitaran kita, mudah cerita tiada sebab untuk pergi kerja luar negara selagi masih ada kerja di negara sendiri, dan suasana tidak mendorong untuk keluar negara untuk mencari sesuap nasi. kecuali kalau tempat kerja kita menghantar kita ke sesuatu tempat, itu lain cerita
    Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Buat Duit Selepas Akaun Google Adsense ApprovedMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!