Adakah orang Malaysia pengecut

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila mengembara aku suka melihat sekeliling untuk memahami kehidupan. Satu perkara yang aku belajar daripada kembara di berpuluh-puluh negara sejak bertahun adalah betapa ramai manusia berhijrah meninggalkan keluarga demi sesuap nasi. Sama seperti fenomena pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang datang ke Malaysia mencari rezeki.

Semua negara maju dan sedang membangun yang pernah aku jejaki seperti England, Perancis, Italy, Arab Saudi, UEA, Qatar, Singapore, Hong Kong, New Zealand menjadi destinasi pekerja daripada berbagai negara semada secara sah atau secara haram. Pernah aku menaiki teksi di Dubai yang dipandu oleh seorang lelaki asal India yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dan hanya pulang setahun sekali bertemu anak dan isteri. Ketika menaiki teksi menuju airport di Rome pemandunya asal Kemboja sudah lebih 15 tahun tidak pulang ke tanah air.

rayyan harries di jepun
Rayyan Harries melakukan kerja kebajikan di Jepun

Berbagai bangsa yang berhijrah ke negara orang mencari rezeki tetapi jarang sekali aku terjumpa orang Malaysia yang bekerja di negara lain. Pernah sekali ketika kami sesat di Prague bertanya kepada seorang wanita bertudung yang rupanya juga asal Malaysia sedang tersesat sama seperti kami. Adakah orang Malaysia sudah selesa bekerja di negara sendiri? Atau orang Malaysia pengecut tidak berani mencabar diri bekerja di negara orang kerana terlalu sayang untuk meninggalkan keluarga?

Sangkaan aku salah sebab kalau ikut cerita The Big Small Boy yang pernah bekerja petik buah apple di Australia ramai sebenarnya orang Melayu Malaysia yang bekerja di Australia. Tak kisahlah samada yang kena tipu atau memang mereka pergi untuk bekerja di sana sebagai pemetik buah. Khabarnya ramai juga orang Cina Malaysia yang bekerja di Jepun sehingga suatu ketika Jepun mengetatkan visa bagi mengelakkan mereka menyalah guna visa pelawat yang diberi.

rayyan harries di filipina
Rayyan Haries membantu mangsa taufan Filipina

Walaupun ada orang Malaysia yang bekerja di negara orang tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan bangsa lain. Mungkin orang Malaysia sudah rasa selesa hidup di Malaysia yang kaya raya walaupun hakikatnya ekonomi sendiri tidaklah bagus mana pun. Aku pernah mengembara bertahun-tahun di negara orang jadi aku boleh kata sebenarnya orang Malaysia memang pengecut bekerja di negara orang sebab itu sekarang kita lebih banyak komplen daripada nak berusaha mengubah diri. Usahkan nak bekerja di negara orang, nak jadi volunteer seperti Blogger Rayyan Harries lagilah susah. Mungkin suatu hari nanti apabila sudah terpaksa barulah kita berani.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Mungkin benar bagai dikata kita adalah bangsa yang hilang tetapi jangan terus hilang dari peta dunia kerana sifat kita yang hanya hero di negara sendiri.

Nota : Selamat jalan kepada Rayyan Harries yang akan buat kerja kebajikan di India selama lebih enam bulan.


Spread the love

103 Comments

  1. Articles paing banggang yg pernah di baca… kalau dah negara sendiri senang lenang kenapa nak bekerja di negara orang..

  2. Assalamualaikum Tuan.

    Lama tak singgah ke sini. Saya dah ada domain sendiri, sebelum ini saya guna lekors.blogspot.com

    Mengenai entri ini, saya sendiri berasa malu kerana penduduk asing sanggup berhijrah ke merata tempat demi mencari sesuap nasi, sedangkan kita sendiri takut untuk keluar dari zon selesa.
    Curahan rasa Farid Majid @ ..Tip-tip Menuntut Ilmu di Universiti (Bahagian 1)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!