Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila mengembara aku suka melihat sekeliling untuk memahami kehidupan. Satu perkara yang aku belajar daripada kembara di berpuluh-puluh negara sejak bertahun adalah betapa ramai manusia berhijrah meninggalkan keluarga demi sesuap nasi. Sama seperti fenomena pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang datang ke Malaysia mencari rezeki.
Semua negara maju dan sedang membangun yang pernah aku jejaki seperti England, Perancis, Italy, Arab Saudi, UEA, Qatar, Singapore, Hong Kong, New Zealand menjadi destinasi pekerja daripada berbagai negara semada secara sah atau secara haram. Pernah aku menaiki teksi di Dubai yang dipandu oleh seorang lelaki asal India yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dan hanya pulang setahun sekali bertemu anak dan isteri. Ketika menaiki teksi menuju airport di Rome pemandunya asal Kemboja sudah lebih 15 tahun tidak pulang ke tanah air.
Berbagai bangsa yang berhijrah ke negara orang mencari rezeki tetapi jarang sekali aku terjumpa orang Malaysia yang bekerja di negara lain. Pernah sekali ketika kami sesat di Prague bertanya kepada seorang wanita bertudung yang rupanya juga asal Malaysia sedang tersesat sama seperti kami. Adakah orang Malaysia sudah selesa bekerja di negara sendiri? Atau orang Malaysia pengecut tidak berani mencabar diri bekerja di negara orang kerana terlalu sayang untuk meninggalkan keluarga?
Sangkaan aku salah sebab kalau ikut cerita The Big Small Boy yang pernah bekerja petik buah apple di Australia ramai sebenarnya orang Melayu Malaysia yang bekerja di Australia. Tak kisahlah samada yang kena tipu atau memang mereka pergi untuk bekerja di sana sebagai pemetik buah. Khabarnya ramai juga orang Cina Malaysia yang bekerja di Jepun sehingga suatu ketika Jepun mengetatkan visa bagi mengelakkan mereka menyalah guna visa pelawat yang diberi.
Walaupun ada orang Malaysia yang bekerja di negara orang tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan bangsa lain. Mungkin orang Malaysia sudah rasa selesa hidup di Malaysia yang kaya raya walaupun hakikatnya ekonomi sendiri tidaklah bagus mana pun. Aku pernah mengembara bertahun-tahun di negara orang jadi aku boleh kata sebenarnya orang Malaysia memang pengecut bekerja di negara orang sebab itu sekarang kita lebih banyak komplen daripada nak berusaha mengubah diri. Usahkan nak bekerja di negara orang, nak jadi volunteer seperti Blogger Rayyan Harries lagilah susah. Mungkin suatu hari nanti apabila sudah terpaksa barulah kita berani.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Mungkin benar bagai dikata kita adalah bangsa yang hilang tetapi jangan terus hilang dari peta dunia kerana sifat kita yang hanya hero di negara sendiri.
Nota : Selamat jalan kepada Rayyan Harries yang akan buat kerja kebajikan di India selama lebih enam bulan.
103 Comments
Berkemungkinan besar kita masih nampak Malaysia tempat yang lebih baik untuk kehidupan berbanding negara lain. Orang yang sedikit terpelajar dan mempunyai duit lebih mungkin ramai je yang berhijrah ke UK, OZ, negara teluk dan sebagainya. Namun bagi org yang middle class dari segi latar belakang pendidikan, dan tiada punya wang lebih pastinya memilih untuk menetap di Malaysia. Nak pi sejauh UK tak mampu bertutur dan tiada wang. Nak pi negara2 jiran pastinya mereka melihat lebih baik tinggal di Malaysia sahaja. Wallahualam
Curahan rasa Hilmi @ ..6 Ciri Produk Kuruskan Badan Terbaik & Berkesan
Wife seorang jururawat.Jadi pernah menyarankan dia untuk bekerja sebg jururawat di hospital seperti Jeddah atau Madinah.Ramai juga jururawat dari Malaysia mencari rezeki di negara orang.Cabaran dan pengalaman itu lebih mahal krn ia akan membuatkan pemikiran kita aras yg lebih tinggi lagi
Saya bukan takut kerja luar negeri. Tapi kasihan kat mak ayah yang membesarkan kita. Kita hanya ada satu mak dan ayah saja. Tengok mak ayah umpama syurga di wajah kita. itu je.
pada pendapat aku sebenarnya orang kita tak kisah untuk pergi bekerja keluar..tapi ia mestilah ada pulangan lumayan..sebab ayah aku sendiri pernah berkenalana di Singapura ketika itu aku masih di dalam kandungan..ibu aku hidup berjauhan dengan ayah aku…setelaha ku dilahirkan selepas itu barulah ayah aku ubah fikiran untuk balik bekerja di negara sendiri…sebab lebih pentingkan keluarga…jika masih belum bekeluarga rasanya tiada masalah untuk berkelana di negera orang…tetapi apabila kita memikirkan tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi ahli keluarga yang lain..hati jadi berat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Bagaimana Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?
Mungkin orang malaysia sayang dengan tanah air sendiri, keluarga dan banyak lagi sehingga tak mahu kerja di luar negara.. Tapi kalau saya nak juga kerja kat luar negara tu.. hehe
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 sesi 2015-2016
banyak kelebihannya berada di negara sendiri.
ada agama, keluarga dan bangsa yang harus dibela.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Beli Kereta Untuk Graduan
Kalau ada peluang kerja oversea, memang saya nak sangat. Dulu dah pernah merasa kerja di Abu Dhabi, dari segi perbezaan ekonomi, safety, sosial.. memang berbeza sangat-sangat. Rindu nak pergi sana lagi. Kalau boleh nak bawa family sekali duduk sana terus. Taknak balik Malaysia lagi dah. hahaha
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Masalah Dengan Bil Unifi
Sahabat sekolah saya sudah lebih 9 tahun bertugas di Arab Saudi. Berhijrah bersama keluarga dan kabarnya kontrak kerja masih lama lagi. Hanya balik sekali setahun masa musim panas.
Curahan rasa denaihati @ ..Rugi dan kena tipu berniaga
Munglin negara kita masih mampu menanggung dan masih banyak kekosongan pekerjaan untuk rakyat Malaysia mencari rezeki dan meanggung perbelanjaan buat keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Liga Super 18 & 19 April 2015
Suatu ketika dulu Mek ila pun pernah berhasrat untuk ke luar negara bersama suami. Namun bila memikirkan tanggungjawab untuk dekat dan menjaga ibu bapa, kami batalkan hasrat itu. Mungkin setiap orang ada pandangan yang berbeza,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Strawberry Chocolate Arif
Malaysia masih terbaik buat saya…mungkin pada orang lain..jadi tidak timbul soal berani atau pengecut dalam soal ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Untuk Dapat Isteri Ideal
Mungkin betul juga kan HB, namun jika diberi peluang memang teringin juga tinggal di luar negara mencari pengalaman.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jom Buat Memory Card Untuk Anak
Saya setuju dengan pendapat Hero Borneo, negara kita masih yang trtbaik untuk takyat mencari rezeki. Hujan emas di negara orang, hujan batu di bumi sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Liga Super 18 & 19 April 2015
Mungkin kerana kita berada dalam zon selesa.
Oh ya, orang Melayu selalu fikir soal balik kampung bila nak raya nanti, tu yang payah nak pergi jauh-jauh, kahwin orang dari negeri lain pun, dah terbayang nak balik beraya nanti payah. 😀
Curahan rasa amirulfaiz @ ..Edit video montaj guna After Effect
Haha, ini pun ye. Teringat kawan yang tak dapat kahwin hanya kerana keluarganya inginkan menantu yang satu negeri. Katanya mudah nak pulang beraya!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Strawberry Chocolate Arif
Org kita kena seru baru berani, kalau tak lemah gemalai sopan nya
mungkin ada sbb yg menyebabkan ramai tak berani bekerja luar negara. Saya pernah bekerja di luar utk setahun then balik atas komitmen famili yg takleh saya abaikan as ank sulung. adik ke-2 dh 6 thn keje di jepun, langsung tak nak balik sebab tak puas hati dgn keadaan Malaysia dr segi politik, ekonomi, safety etc..lain orang, lain ceritanya..
Bagi saya, ramai yg tak dapat peluang, bukan sebab tak berani mencuba..
Curahan rasa JMR @ ..Penternakan Ikan Keli
tengok keadaan.
pengecut pun, kena tengok tempat.
kalau masih single..lom kahwin..takde hal rasanya.
tapi kalau dah berkeluarga..protect our family itu lebih penting.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 43 dari Ashadee.com
Kalau perempuan merantau seorang diri pun tak berapa sesuai. Bila dah berkeluarga pula asyik teringatkan tanggungjawab pada keluarga. Jadi mungkin memang ramai yang berada di zon selesa ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Subhanallah – Sedekah >> Kunci Untuk Bahagia dan Kaya!
Betul kata En Titan, kekangan keluarga yang membantutkan untuk mencari rezeki di negara luar. Dari segi permakanan yang hslal juga antara penyebab, sukar untuk hidup di negara orang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jadual Perlawanan Liga Super 18 & 19 April 2015
Mungkin melayu takut ambik risilo lepas tgk kegagalan org lain…
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menang iPhone 5s dari Denaihati
Comments are closed.