Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
terimakasih gan atas ilmunya… memang seo itu harus banyak dipelajari
Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Dampak Buruk Mie Instan Dan Tips Penanganannya
selalunya begitulah…
kadangkala entri SEO ini memang menyemak sahaja.
tapi terpaksa juga buat hanya untuk dapatkan trafik dan maintain trafik di blog…
jika tidak memang senak la…
Salam sejahtera,
Banyaknya ilmu SEO yang nak kene gali. Baru pegang cangkul ni. Terima kasih di atas perkongsian 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Penyakit Jantung; Jenis, Tanda dan Faktornya
Terima Kasih Diatas Informasi yang Bagus.
kejayaanmuda!
Assalamu’alaikum.
saya seorang newbi dalam blogging, ternyata banyak sekali yang harus di pahami tentang ilmu SEO ini, informasi disini tentang SEO sangat bermanfaat karena menambahlagi perbendaharaan tentang ilmu SEO itu sendiri agar tidak keliru. Terima kasih atas sharing ilmunya.
terimakasih infonya, saya baru tahu dan memang belajar SEO menyenangkan 🙂
Curahan rasa Fakta Unik @ ..7 Kebiasaan Yang Dapar Membuat Orang Depresi
tips yg bukan alang2 harganya…..memang terbaik…..tp mmg btl..sy pun kadang2 keliru mana satu didahulukan dan mana satu dikemudiankan….SEO atau Backlinks, Contents.
Curahan rasa azmi @ ..David Menanti Kepulangan Wawa Zainal & ‘Anaknya’
Terima kasih banyak..banyak ilmu yang saya dapat
Assalammualaikum…bro denaihati,
memang mantap penerangan ini…cerita pasal seo… meluaskan….
mselim3
pls: pandai bro tag blogger femes utk tarik traffik ke mari.. kekdang utk seo kita kena kreatif … x mselim3 nafikan… janji jangan spam dah… blog yg sungguh berinfomasi..
terbaca entri ni dari link Apesal..heheh.. =)
yup pasti keliru jika tidak tahu maksud dan cara yang sebenarnya
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Honeymoon Package Pilihan Anda
SEO..aku belum khatam lagi..memang ke laut la teknik SEO aku
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Lelaki Jadi Mr Mama?
Tahun ini dalam sejarah. .. contest seo mykad smart shopper akan tamat tak lama lagi. . Tetapi setakat ini masih belum ada peserta yang belum berjaya berada di page pertama google… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..WW : Apa Dia Affiliate Junction (AJ) ?
Berapa lama contest ni? Biasa contest SEO bagus 2 bulan baru dapat result bagus.
SEO atau dikenal dengan meng-googling suatu topik atau kata-kata yang ingin diketahui (informasi), menurut saya pribadi, suatu alat promosi yang hebat, dan kalau dibilang hanya modal dengkul (niat) itu benar adanya, low budget high impact, bisa mempromosikan produk/barang dagangan yang kita miliki 24/7 seperti slogan Mc Donald , hahaha.
mungkin kesimpangsiuran dari teknik-teknik yang ada, supaya bisa bersaing di SEO, dengan banyaknya aturan-aturan baru dari Google sendiri, yang membuat teknik SEO sekarang jadi lebih sulit daripada dahulu.
link :
http://welcometomichaelworld.blogspot.com,
http://peninggi-badan-tiens-nhcp.blogspot.com,
http://peninggibadantiensnhcp.blogspot.com
Comments are closed.