Barcelona, Malaysia XI dan Arsenal

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang menentang Barcelona. Pasti seluruh warga Malaysia tidak mengharapkan kemenangan menentang pasukan bola sepak no satu dunia Barcelona tetapi semua ingin melihat permainan yang cantik dan melawan. Pasukan bola sepak Malaysia tidak mengecewakan penyokong setianya dengan permainan melawan yang racak.

Berbekalkan kemenangan 7 – 1 kepada pasukan Thailand XI pasti memberi rasa gerun kepada Harimau Malaya apabila turun padang menentang Barcelona. Aku memang menyokong Malaysia XI kerana bukan penyokong Barcelona. Kalau bukan Messi dan Febregas pasti aku tak berapa hafal nama pemain Barcelona. Keputusan Malaysia XI vs Barcelona berakhir dengan jaringan 1 – 3 adalah satu keputusan yang memuaskan hati dan pasti memberi pengalaman yang sangat berharga kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Masalah permukaan padang Stadium Bukit Jalil sangat mengecewakan dan memalukan sehingga Barcelona meminta tukar lokasi ke Stadium Shah Alam. Nasib baiklah ada Stadium Shah Alam kalau tak ada silap-silap perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Barcelona boleh dibatalkan kerana pasti mereka takut pemain superstar mereka tercedera.

Video jaringan Malaysia XI oleh Amri Yahya

 

Gol Malaysia XI di jaringkan oleh Amri Yahya manakal gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Febregas, Neymar dan Pique. Pasti peminat Barcelona Malaysia sangat kecewa apabila tidak dapat menyaksikan kelibat Messi di atas pandang.

Melihat permainan team Malaysia sepertinya ada sinar untuk menjadi pasukan yang berjaya bukan sahaja di Asia malah di dunia dengan syarat lebih banyak perlawanan persahabatan bertaraf A dirancang. Malaysia mesti naikan ranking pasukan bola sepak untuk melayakan pemain Malaysia beraksi di kelab-kelab termuka di Europe seperti pemain Jepun dan Korea.

PERLAWANAN PERSAHABATAN ARSENAL

Arsenal mengakhiri persedian awal musim 2013/14 dengan menewaskan Machester City 3 – 1 hasil jaringan Walcott, Ramsey dan Giroud. Gol saguhati Machester City hasil jaringan pemain baru Negredo. Arsenal dalam kedudukan terbaik untuk mengetuai BPL musim 2013/14 dan tidak mustahil untuk menjulang Piala. Kemasukan beberapa superstar baru yang dijangkakan akan dibeli sebelum tarikh terakhir perpindahan musim panas pasti akan mengukuhkan kedudukan Arsenal.

Arsenal vs Manchester City - Sumber Google

Penyokong pasukan lain memang selalu memandang rendah pada Arsenal tetapi bagi aku Arsenal adalah juara yang tertangguh setelah ramai superstar berpindah ke kelab lain pada 2-3 musim lepas. Aku sokong dengan tindakan Arsenal yang menjual pemain apabila mereka sudah tidak ada minat untuk bermain dengan Arsenal. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Manchester United dan Liverpool sekarang yang cuba menahan superstar mereka  Wayne Rooney dan Luis Suarez untuk berpindah .. pasti ini akan menyebabkan keharmonian kelab tersebut terganggu dan pasti akan memberi kesan kepada prestasi pasukan.

30 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!