Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
Emm sukar nak bermain SEO dengan baik..sekarang saya lebih selesa taip artikel dan touch sikit2 untuk SEO..artikel pertama ke, ke dua ke, ke last ke, saya tak kesah janji setiap hari ada rakan yang membacanya..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Masih lagi menyelongkar misteri dunia maya dan ilmu mengenai blog. Banyak yang belum diterokai …. kerana sudah semakin ramai yang hebat dan bijak dalam soal ini.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Penjenamaan Blog Mudahkan Promosi
Saya ada cuba memahami ilmu SEO dan nyata ianya sangat penting. Pernah dapatkan buku daripada Neil Patel untuk memahami tentang SEO setelah dicadangkan oleh Tuk Guru. 🙂
Curahan rasa drInspirasi @ ..Tips George Soros
seo seo.. dah ramai celik mata ttg seo nih. Bagi aku le, konseop seo membolehkan blog kita kuar kat page depan search engine. Apa cara yang membolehkan blog kuar kat depan, kira seo le tuh kan… keyword tu ialah sebahagian daripadanya.
Curahan rasa encikarman @ ..Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu – Jalan-jalan Raya
kalau saya sendiri masih kebingungan tekhnik seo yang gimana lagi agar trafic web saya bisa naik. mohon masuhkannya dari rakan blogger
Curahan rasa ade sunandar @ ..Distributor Herbalife surabaya
kalau saya tengok kepada cerita adakah bermanfaat atau tidak, saya asing2kan
Curahan rasa azura @ ..Matlamat itu angan-angan dan cita-cita
tak de masalah kalau keliru. Cuma, jangan berhenti belajar tentang seo sahaja.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..3 Sebab Utama aku berhijrah dari Blogspot ke WordPress.
SEO blog DH pun apa kurang cantik nya… 🙂
Curahan rasa muazfaris @ ..HP sudah hantar Warranty Status Notebook
SEO, keywords, Blog Traffic, Ranking Alexa semuanya related. Kalau nak berjaya, kena terus belajar…then dah cuba tapi masih gagal jangan putus asa…
Curahan rasa Raudzah @ ..Koleksi Gambar Lucu For The Day
SEO ni sebenarnya mudah dihadam tapi susah nak diluahkan.. Haha
Main SEO ni maintain Search Engine Results Page dah cukup cukup bagus tau, sebab apa, try dulu, tanya Kak Jie.. Hehehe
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Honda Future Helmet-In 125cc Terbaru Dari Boon Siew Honda
Dahulu nya sayab terkejar-kejar dalam mempelajari apa yang di maksudkan dengan SEO ni.. Ternyata ilmu tentang dunia blogging ini amat luas.. Kajian terhadap keyword pun belum habis.. memang sukar untuk belajar dengan segera.. Dahulu suka cari maklumat di google tentang SEO ini..
hahahaha. saya pun sebenarnya terkeliru juga dengan SEO ni..hahaha. sebenarnya SEO ni lebih kepada keyword. “Bagi kucing makan ubat” pun adalah keyword juga. jadi, kalau kita bikin entri personal pun boleh juga serapkan teknik seo. ke saya salah ni??
Curahan rasa boni kacak @ ..Tua Kutuk Dapat Lagi Duit Raya
Betul lah tu cuma nak tambah sikit lagi SEO bukan sahaja keywords tapi juga teknik di sebalik keywords yg boleh melonjakan keywords tersebut.
hai boni, mantap konsep SEO awak.. haha
Curahan rasa muazfaris @ ..HP sudah hantar Warranty Status Notebook
ahhahah keyword Boni mestilah “Kacak” tapi sekarang dia dah tukar “Boni Ultra Kacak” jgn keliru ye… ekekeke
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..SAYA SAYANG IBU SANGAT-SANGAT
teknik SEO kucing ni lah yang saya cari selama ni… ekekeke… rasa nak sekeh je Boni ni…
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..PANGGILAN TELEFON BIMBIT PERTAMA DI DUNIA
Assalamualaikum DH, terima kasih di atas perkongsian..saya pun salah seorang new blogger yang confuse tentang isu di atas.. sekarang ni sedang berusaha memantapkan ilmu SEO lagi..:)
Curahan rasa mummy dina @ ..Tips kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton Hicks
Kalau baru memang biasa keliru sebab saya sendiri sampai sekarang masih belajo lagi yg ptg mesti ada usaha nak belajo.
saya pon masih belajar… kalau salah tolong jolokkan…
Curahan rasa silenceblogz @ ..Video Suami Pukul Isteri Dalam Lift
Comments are closed.