SEO Kujie2.com Memang Sedap

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ilmu SEO ni memang tak pernah habis. Untuk permulaan dapat menguasai asas ilmu SEO pun dah bagus sangat daripada tak tahu lansung. Untuk blog WordPress sudah ada kemudahan macam-macam plugin SEO tapi kalau tak tahu asas susah juga nak setting. Kepada Blogger baru WordPress boleh baca entri “Tips Untuk Blogger baru WordPress” untuk dijadikan panduan. Ilmu SEO ni kena cari dengan pembacaan kemudian barulah bertanya kepada sifu SEO. Bila setting SEO blog kita dah betul insya Allah pasti organik trafik akan masuk setiap jam ke blog kita.

Tengok je blog Kujie2.com cara penyampaiannya mudah dengan pemilihan keywords yang unik tidak terikut sangat dengan isusemasa serta boleh dikatakan tidak ada lansung promosi yang nyata tapi kalau tengok trafik berdasarkan Alexa Ranking boleh pukul banyak blog yang agresif. Apa agaknya rahsia kehebatan blog Kujie2.com ni? Berdasar SEO tools  SEO Workers setting SEO blog Kujie2.com memang hebat yang tidak ada pada banyak blog di Malaysia yang telah aku uji satu demi satu. Tak percaya cuba Rakan Blogger analisa blog dan lihat pada tajuk “Heading & Pharase Elements” kalau ada yang lebih hebat daripada blog Kujie2.com sila maklumkan pada kami semua.

Nak juga aku belajar dari Kak Jie macam mana beliau setting SEO sehingga terhasil seperti di atas ni. Bukan setakat h1-Tag, h2-Tag malah sampaikan ke strong-Tag, b-Tag dan em-Tag. Rupanya banyak lagi yang aku tak tahu. Kena belajar dan terus belajar ilmu SEO ni.

Cuma aku nak cadangkan satu je pada Kak Jie supaya tukar design perkataan Hidup Biar Sedap kepada yang lebih menarik seperti perkataan DENAIHATI tanpa buang backround header kesayangan Kak Jie. Kalau perlukan bantuan insya Allah kami boleh bantu.

207 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!