Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
salam kenal, terimakasih share info nya
Assalamu’alaikum, salam kenal, subhanallah …artikelnya bagus, betul terkadang saya pun sebagai pemula dalam menulis di blog saya http:berikhtiarikhlas.blogspot.com konsentrasi kadang terbagi dua antara konten dan teknik seo. Padahal menyampaikan konten atau isi yang bagus dan bermanfaat bagi orang lain lebih utama. Terima kasih infonya.
mkasih gan atas informasiynya, bermanfaat banget
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
informasi yang bagius mengenai seo seo an saya sangat suka sekali
susah juga bermain dengan SEO ini ya.. memang kagum dengan mereka yang pakar dalam SEO ini..
Curahan rasa Mizz Aiza @ ..Memperbaiki Akhlak
main seo atau keyword yang boleh kita jadikan trafic dalam blog mmg bukan mudah tapi kalau kita dah tau selok belok memang best dah berkesan..
Belajar SEO tak ada habisnya
kalau nak buat artikel seo, selalunya buat artikel yang berkaitan dengan contest seo. Jarang sangat nak buat artikel/entri seo
Curahan rasa jaerul @ ..Contest SEO Eridy
Alhamdulillah, nampak sikit la apa itu SEO? 🙂
Thanks Tuan Denai Hati.
Curahan rasa Asyrof Asri @ ..Contest SEO Eridy
MMmmm baru lah faham.. APA TU CEO..ingatkan ape?
Curahan rasa kie @ ..PERODUA FEM Contest 14 NOV 2013 T0 31 MARCH 2014
Saya bisa menganalogikan seo seperti makanan yang harus kita konsumsi untuk bisa bertahan hidup setiap harinya…
Curahan rasa renungan harian @ ..Apakah Tuhan Juga Menciptakan Kejahatan?
Infonya bagus sekali. seo seperti aliran darah bagi setiap blog dan tergolong sesuatu yang sangat penting bagi suatu web/blog
nice info. terimakasih atas ilmunya
Trafik yang tinggi pun boleh beri kesan kepada SEO, terima kasih atas info. Nampaknya lepas ni kena buat artikel2 yang best supaya pelawat baru datang secara natural and happyness.
Curahan rasa Akmal Aizat @ ..Ubat Sakit Urat Sendi: Alhamdulillah Ibu Saya Sembuh
Comments are closed.