Blogging bukan untuk SEO semata-mata

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif. Ramai yang sudah menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka sepenuh masa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan ramai blogger (separuh atau sepenuh masa) yang terlalu tertumpu dengan optimasi enjin carian sehinggakan mereka mengabaikan ciri utama yang lain iaitu teknik penyampaian maklumat yang baik.

Menulis ini mempunyai seninya yang tersendiri, blogger A belum tentu boleh menulis seperti blogger B dan begitu juga sebaliknya. Ini bukanlah masalah bahkan ia merupakan perkara yang membuatkan industri blogging ini begitu menarik. Blogger Paling Kacak dengan kerenah dan gelagatnya, manakala Blogger Penggemar Affiliate pula dengan pelbagai teknik dan tips nya.

Bagaimana membina blog yang baik
Sekadar gambar hiasan – kredit : topseopicks.com

Ini semua mendatangkan manfaat yang berbeza-beza mengikut pilihan topik atau perkara yang ingin diceritakan. Namun begitu, ramai blogger(bukan semua) yang begitu taksub atau terlalu menumpukan perhatian kepada teknik SEO sehinggakan mereka lupa menulis untuk menyampaikan maklumat dengan baik. Pengulangan kata kunci yang tidak relevan menyebabkan pembaca hilang fokus dalam pembacaan artikel tersebut.

 

Mempelajari atau memperbaiki teknik penulisan kita adalah penting sekiranya kita ingin menjadikan blogging sebagai kerjaya utama kita. Walaupun mungkin kita telah selesa dalam teknik atau cara penulisan yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya, ia bukanlah penghalang atau alasan untuk kita tidak boleh memperbaiki atau menaikkan taraf penulisan kita ke peringkat yang lebih baik.

[box type=”info”]
Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya.[/box]

Dalam penulisan blog ini, ada banyak lagi perkara yang boleh kita ambil berat seperti:

  • Bagaimana menjadikan pembaca pertama pembaca setia
  • Bagaimana membina jaringan
  • Bagaimana menjadikan blog jenama yang hebat
  • Teknik menukarkan pembaca kepada pembeli
  • Membina perniagaan menerusi blog
  • Pemasaran berkesan menggunakan medium blog
  • Bagaimana memikat hati pengiklan menerusi paparan muka blog
  • dan banyak lagi…

Semua ini adalah sebahagian perkara yang perlu kita titik beratkan sekiranya ingin menjana pendapatan menerusi blog dan menjadikannya kerjaya kita sepenuh masa. Akademi Denaihati sentiasa cuba untuk membantu sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran blogging mereka dengan menyediakan Kelas Master WordPress yang membolehkan anda mempelajari teknik-teknik atau strategi untuk meningkatkan tahap blog ada ke aras yang lebih baik.


Spread the love

102 Comments

  1. blogging bukan seo semata-mata, cuma seo diperlukan untuk meningkatkan trafik yg masuk ke blog. tanpa seo, mungkin agak susah nak berada dekat 1st page google. jadi, keberangkalian org nak ke blog kita agak payah.

    pada saya, SEO ni penting untuk blog yg dibina utk jana income. tapi, SEO kenalah belajar juga, kalau semua entri seo lama2 google marah. hehehehe
    Curahan rasa Lizz @ ..Ebook Penangan Kes Ashraf Muslim dan DayanaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!