Abuya Ashaari Pengasas Al-Arqam pergi tak kembali – Al-Fatihah

Spread the love

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang juga dipanggil Abuya oleh pengikutnya meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Arwah yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri ku :

Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

@Kepada yang belum menyumbang untuk Tabung Musim Kemboja sila klik Tabung Muslim Kemboja.

@Kepada yang nak dapat Acer Aspire One percuma sila klik Hidup Untuk Memberi.

[ad#advertlets336]


Spread the love

44 Comments

  1. Harap pengikutnya yang tersesat dgn menganggap beliau sebagai Putera bani Tamim segera sedar.. Al-Fatihah, moga dosanya diampunkan.

    1. @aRoL, banyak sumber. cuba ke search google dan masukan keyword “Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita”.

  2. Innalillah….

    sedih pulak rasa, walaupun x mengenali beliau & jemaah al-arqam….tapi kagum dengan komuniti Islam yang berjaya membangunkan ekonomi sendiri tanpa kebergantungan dengan sumber luar….wallahualam entah bila lagi akan wujud komuniti Islam/Melayu yang boleh membina sistem ekonomi seperti mereka
    .-= hurulaini´s last blog ..5 Blogger Malaysia sumber inspirasi hurulaini… =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!