Winston Churchill berkata “We make a living by what we get, we make a life by what we give“. Kata para Ulama “Memberi, menghadiah, bersedekah & berkorban demi Allah & Rasul, adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukkan wadah Ilmu (laduni)“.
Atas semangat Hidup Untuk Memberi maka Denaihati.com dengan rasa rendah diri menjadi sponsor bersama pelancaran www.equrban.com bersama Al Ansar Agro, Koperasi Muslim Kemboja, DPIM Selangor, ILuvIslam.com dan Darul Magfiroh. www.equrban.com adalah sebuah program Korban dan Akikah di Cambodia yang diuruskan oleh Al Ansar Agro. Kelebihan www.equrban.com adalah kerana setiap lembu yang di korban adalah hasil ternakan usahasama antara Al Ansar Agro dan Koperasi Muslim Kemboja.
Pada hari pelancaran Denaihati.com juga akan menyumbang sejumlah wang kepada Koperasi Muslim Kemboja untuk digunakan bagi menguruskan beberapa Madrasah di Cambodia. Atas maksud itu Denaihati.com mengundang kepada semua pembaca blog ini untuk menyumbang seikhlas hati. Sumbangan boleh di buat terus ke akaun Maybank 562834608017 atas nama Ilhamku Resources. (Sila DM ke contact, Facebook dan Twitter apabila membuat sumbangan). Sumbangan ikhlas diterima sehingga 15/5/2010.
“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.
@Hanya 2 pemenang untuk 10Malaysia top link dan top commentator April yang claim hadiah. Yang lain tak nak ke??
[ad#advertlets336]
55 Comments
Allahu Akbar ! Betapa besar jaminan orang yg berinfak di jalan Allah ! Betapa mudah dan gampang jalan mendptkan rizki ! Seorang hamba berinfak di jalan Allah, lalu Dzat Yang DitanganNya kepemilikan segala sesuatu memberikan infak (rizki) kpdnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kepergok Pocong
Jika seorang hamba berinfak sesuai dgn kemampua maka Dzat Yang memiliki perbendaharaan langit dan bumi serta kerajaan segala sesuatu akan memberi infak (rizki) kpd sesuai dgn keagungan, kemuliaan dan kekuasanNya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kepergok Pocong
hidup untuk memberi..alhamdulillah
kalau la ruang islam ni dipenuhi tazkirah..best jugak…)
Curahan rasa nicq @ ..5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi
inilah kelebihan blog ini hidup untuk memberi
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Betul tu.. kita pulak kena cuba ambil benda ni dan tanam dalam hidup kita.
berbagi antar sesama yang lebih membutuhkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kepergok Pocong
Comments are closed.