10 entri blog Denaihati paling banyak trafik 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “10 entri blog Denaihati paling banyak trafik 2017“. Kali ini Abang nak berkongsi entri blog Denaihati paling banyak trafik untuk tahun 2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Daripada statistik Google Analytic, trafik blog Denaihati untuk tahun 2017 terhasil dari 40% referral iaitu perkongsian link oleh blog dan website lain, 31% trafik datang daripada carian organik melalui serach engine, 18.7% daripada sosial media dan 9.7% direct iaitu pembaca setia.

Daripada statistik tersebut masih ada entri popular 2016 yang tersenarai untuk tahun 2017. Nampak sangat entri-entri ini memang popular sehingga terpilih setiap tahun berturut-turut. Kebanyakan trafik yang masuk menggunakan skill SEO dan sosial media. Setiap blogger mesti belajar ilmu SEO jika mahu bertahan lama dalam industri dan paling penting boleh menjana pendapatan online.

10 entri yang paling banyak menerima trafik sepanjang tahun 2017. Dah baca ke?

  1. Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
  2. Misteri perempuan berkereta MPV Honda merah
  3. Semak saman trafik online
  4. Semak saman AES online
  5. Panduan Membeli Secara Online Tiket Kapal Terbang AirAsia
  6. Semak Angka Giliran SPM
  7. Dividen Tabung Haji 2016
  8. Hukum duit digital Bitcoin halal atau haram
  9. Semak status perkahwinan secara online
  10. Diego Garcia rahsia dunia

Jumlah trafik blog Denaihati untuk tahun 2017 melebihi 1 juta dan pageviews melebihi 2 juta. Agak berkurangan jika dibandingkan pada tahun 2016. Bagusnya Bounce rate hanya 31.27% dalam jumlah yang sesuai untuk blog tetapi meningkat banyak berbanding bounce rate 2016.

Terima kasih ALLAH kerana terus memberi idea menulis dan diberi kesihatan sepanjang 2017. Insyaa Allah blog Denaihati akan terus kekal mewarnai dunia blog Malaysia di tahun 2018 dengan perkongsian rasa hati yang jujur tanpa selindung.

Mengapa anda menjadi blogger?

1. Hanya hobi
2. Nak cari duit kopi
3. Kerjaya
4. Jadi kaya

2018 team Denaihati Network akan rapat dengan blogger no 3 dan no 4 serta no 1 dan 2 yang nak jadi no 3 dan no 4.

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

52 Comments

  1. tahniah tuan, untuk maintain blog bukan mudah. saya kagum dengan blog ini yang memang dah jadi rujukan saya sejak sekian lama. semoga 2018 lebih berjaya.

  2. Blog yang hebat pastinya ramai peminat.
    Begitu juga dengan artikel hebat…

    Asal buat blog dulu no. 4… last2 jadi no. 1
    Dan kini nak naik semula ke no. 4…

  3. Denaihati memang terbaik, walau sekadar memerhati dari jauh, memang banyak sangat terinspirasi dengan topik-topik entri yang ditulis dan dibincangkan. dalam DH.

    Semoga terus berjuang menjadi yang terbaik , teruskan menulis untuk manfaat semua dan menjadi hub rujukan kepada ramai blogger dan rakyat Malaysia khususnya. Tahun 2017 yang awesome, tahniah!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!