Entri blog Denaihati paling banyak dapat share

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kahabar sahabat-sahabat pembaca setia blog Denaihati?

Dah lama sangat Abang tak buat contest untuk blog Denaihati. Baru-baru ini Abang buat contest untuk semua follower FB Denaihati. Ramai sangat yang minat nak ikut serta sebab hadiahnya dapat wang tunai RM100.

Pemasaran menggunakan blog

Tugasnya yang perlu dibuat oleh peserta mudah sahaja iaitu :

  1. Klik blog Denaihati.com dan cari entri PALING BANYAK TOTAL SHARE.
  2. Screenshot atau snap gambar jumlah dan tajuk entri yang dapat share terbanyak, PM kan gambar tersebut kepada FB Amir Denaihati.
  3. Selepas PM sila tinggalkan pesanan di kotak komen di bawah ini dengan ayat – “Saya sudah PM untuk menang RM100”.
  4. Contest tutup jam 11.59 pm, malam ini.
  5. Jika penyertaan terlalu banyak jumlah pemenang akan ditambah.

Terima kasih kepada 122 yang komen nak duit RM100. Tahniah kepada 39 rakan yang berani hantar tugasan. Enam orang menjawab dengan tepat yang lain tersasar jauh.

Daripada 39 penyertaan entri yg paling banyak dapat share sosial media adalah entri “Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh“. Jumlah share untuk entri ini adalah lebih 176 ribu. Abang pun tak sangkat entri ini paling banyak dapat share, pasti entri ini dapat ratus ribu capaian pembaca.

hadiah tunai kepada para pemenang

Tahniah kepada pemenang, tak kisah walaubagaimana cara mereka buat tugasan ini. Yang penting mereka berani berUSAHA menyemak semua entri lama blog Denaihati.

  1.  ARz MoHa
  2. Amirul Fathullah RafiQin
  3. Lisa Nurulain
  4. Muhammad Farid
  5. Siti Auni Afifah
  6. Zaza Iman

Tahniah kepada pemenang. Sila PM no akaun paling best Maybank, nama penuh, email dan hp no kepada Abang Sado Hisyamudin Fadzil. Kalau pemenang adalah blogger jangan lupa buat special entri ya.

Apa kata kalau anda kongsikan entri blog anda yang paling banyak share di ruang komen di bawah.

Terus membaca blog Denaihati.com

Nanti kita buat contest USD pulak.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (jom subscribe ada banyak kisah kembara)

65 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!