Semak status perkahwinan secara online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang mencari informasi semak status perkahwinan secara online. Setakat ini Abang tak dapat lagi mana-mana  Jabatan Agama yang menyediakan perkhidmatan semakan secara online. Salah sau khidmat carian adalah daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Informasi di bawah ini diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan.

Syarat-syarat permohonan

  1. Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau melalui pos kepada mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Salah seorang daripada pasangan atau anak pasangan, ibu, bapa, abang, kakak, adik atau peguam yang diberikan surat wakil kuasa sahaja yang boleh menguruskan carian dan cabutan Daftar Perkahwinan. Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.
  3. Peguam yang mengemukakan permohonan bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan nombor MyKad beliau serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.

Dokumen Yang Diperlukan

Borang JPN.KC09:1.1. Bahagian A dilengkapkan:

1.1.1. Nama Pasangan Lelaki & dokumen pengenalan diri

1.1.2. Nama Pasangan Perempuan & dokumen pengenalan diri

1.2. Bahagian B dilengkapkan:

1.2.1. Tarikh dan Tempat Perkahwinan; atau

1.2.2. Tahun Carian 1.2.3. Tandakan jenis permohonan.

1.3. Bahagian C dilengkapkan:

1.3.1. Nama pemohon & dokumen pengenalan diri

1.3.2. Sebab-sebab permohonan

1.3.3. Tandatangan dan Cop Rasmi (jika agensi kerajaan/ peguam)

2. MyKad ASAL bagi Warganegara (salinan fotostat jika melalui pos).
3. Paspot ASAL (salinan fotostat di mukasurat maklumat diri)(Permohonan melalui pos atau kaunter)
4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL)
5. Surat permohonan daripada pejabat peguam jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL)
6. Surat permohonan daripada Pemohon jika permohonan melalui pos (ASAL)
7. Dokumen sokongan tambahan contohnya bil elektrik, air, telefon dan lain-lain yang bersesuaian jika permohonan melalui pos.
8. Bayaran:8.1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan

8.2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.

8.3. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

Bayaran

  1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.
  2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.
  3. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]
Borang Permohonan Carian Daftar Perkahwin

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal
JPNKC09 – Borang Permohonan Carian / Cabutan

Kepada pembaca yang ada informasi tentang cara semak status perkahwinan secara online sila maklumkan kepada Abang.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

One Comment

  1. Nak tahu teman lelaki aku bernama chia chin seng IC NO:710525-10-5099 benar kahwin tak, takut tertipu jadi perempuan simpanan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!