Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
Jom kita tinggalkan komen banyak banyak dengan harapan jumlah sumbangan akan bertambah untuk membantu mereka yang memerlukan
Amat bagus denaihati kumpulkan sumbangan sebegini. Kini sesiapa sahaja pun boleh menderma
Semoga kita semua dapat membantu sedikit sebanyak DH dalam mengumpulkan jumlah dana yang banyak untuk membantu mangsa banjir
Mudah mudahan jumlah komen pada entri ini akan makin bertambah
Kebanyakan mangsa banjir besar ni masih lagi berada dalam keadaan trauma. Mudah mudahan semuanya akan kembali normal
Ada usaha ada jalan. Semoga pihak DH dapat kumpul sebanyak yang mampu untuk ringankan beban mereka.
Betul tu. Mudah mudahan jumlah komen dapat mencecah puluhan ribu ringgit
Seronok tengok orang yg tak terlibat banjir tapi semangat untuk membantu
Hehe kita semua kan bersaudara. So wajibla tolong menolong antara satu sama lain
Harapnya tuan DH mampu mengumpul puluhan ribu komen untuk mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Masalah Keputihan Menghantui Hidup Anda?
Betul tu. Sebab tu kita kena bantu DH tinggalkan komen banyak banyak
mudahan sumbangan sahabat komen kat blog ni dapat membantu mangsa dan yg penting InsyaAllah ada saham akhirat.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Semoga semua mangsa tabah walaupun kehilangan harta benda dan kediaman mereka.kemusnahan yang mereka alami memang sangat dahsyat.Ujian yang Allah beri hanya buat mereka yang layak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Tahun 2015 yang Gempak dengan Promosi Shaklee!
Betul tu. Besar ujian yang diturunkan kepada mereka ini. Semoga mereka tabah dan redha menghadapinya
Sumbangan dan bantuan kemanusiaan yang sangat sangat baik daripada blog denaihati. Sebagai salah seorang manusia yang pernah dibantu dengan komen, insyaAllah dayah akan luang masa untuk mengomen sebyk yang boleh juga.
Alhamdulillah. Ohh ni saudari hidayah yang rumah terbakar tu kan. Alhamdulillah jom kita bantu orang lain pulak
Comments are closed.