1 Komen untuk RM1 kepada mangsa banjir

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.

1 komen bersamaan RM1 sumbangan mangsa banjir

Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.

bantuan banjir MTS

Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261

Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.

3428 komen = RM3428.00

Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.

Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf


Spread the love

416 Comments

  1. Insya Allah sementara tak mengantuk lagi ni, memang ingat nak tinggalkan komen banyak banyak. Bila dah lewat sangat, harap orang lain akan sambung pagi esok.

  2. Terima kasih kepada DH kerana sudi menyediakan platform sebegini untuk saya sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban mangsa banjir

  3. Hanya ini je yang mampu dilakukan selain daripada berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar. Tumpang beri komen supaya jumlah dana yang terkumpul semakin banyak

  4. Kagum dengan sukarelawan dan dermawan dari segenap pelosok negeri bersatu hati untuk membantu mangsa banjir ini. Ternyata semangat ukhuwah dalam diri masyarakat masih ada

  5. Mendung di hari ini tak bermakna tiada pelangi yang akan muncul keesokan harinya. Semoga kehidupan mereka yang terlibat banjir akan bertambah baik pada masa akan datang dan dilindungi Allah SWT hendaknya

  6. Kawasan di Kuala Krai yang paling terjejas teruk akibat banjir kali ni kelihatan amat lumpuh. Dah macam tsunami pun ada. Mudah mudahan mereka semua kuat dengan ujian ini

  7. Sebak tengok Majalah 3 tadi. Ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Kini mereka tinggal sehelai sepinggang. Ya Allah bantulah mereka

  8. Mudah mudahan urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan dengan lancar. Kita doakan supaya dipermudahkan segala urusan. Amin

  9. Sekarang bila banjir dah surut, keluarga yang tinggal sehelai sepinggang perlu diberi bantuan dari segi keperluan dan juga tempat tinggal. Ramai yang hilang tempat tinggal akibat bah besar ini

  10. Berdasarkan teman di facebook, kuala krai sekarang jammed sebab ramai tumpuan sukarelawan dan pemberi bantuan ke sana. Alhamdulillah ramai yang murah hati

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!