Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
come on people just comment to help those people who in need..
Subhanallah, x sangke ad cara menderma sebegini. semoga Allah merahmati usaha murni tuan website.. aamin
Allahhu Akbar.. Ujian daripada Allah SWT bukan hanya kepada mangsa banjir, tetapi juga ujian buat kita, ejauh mana kita mampu membantu mereka. Semoga usaha admin ini diberkati Allah dan dilimpahkan rahmat buat semua. Aamiin..
Betul tu… Saya setuju… Ujian Banjir besar yang menimpa, merupakan ujian untuk kita semua.. Sejauh mana kita dapat membantu mangsa, dan sejauh mana kita dapat menginsafi diri terhadap kebesaran Allah S.W.T…
Curahan rasa Anuar @ ..10 entri terbaik blog Coretan Anuar Menjelang Tahun 2015
ya, ujian buat kita juga, berapa ramai, berapa banyak yg kita sanggup sumbangkan bantuan pd mereka.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Semoga semua mangsa banjir yang masih lagi tak dapat bantuan makanan tu dapat diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Kesian mereka dah terputus bekalan makanan
Bukan mudah untuk mereka bangkit semula lepas peristiwa hitam. Jom sama sama kita berikan sokongan
Mudah mudahan makin ramai yang tergerak hati untuk menolong mangsa banjir ini
Banyak bantuan yang boleh dihulurkan. Antaranya bekalan makanan, keperluan asas dan juga bantuan sukarelawan untuk membersihkan rumah
Curahan rasa qtiechan @ ..First time singgah ke Sookie’s Store
Yeay jumlah komen dah hampir 1400. Jom kita tinggalkan komen banyak banyak untuk membantu mereka
Alhamdulillah…. Semoga usaha murni dh mendapat keberkatan dan membantu mereka yg memerlukan.
Curahan rasa BM @ ..Fatin Liyana vs Bin Muhammad vs Ben Ashaari
Betul tu. Semoga Allah memberkati usaha murni ini. Sama sama la kita doakan ya
Program yang bagus untuk membantu korban banjir di Malaysia semacam ini
Curahan rasa Tino Berita @ ..Tarif Listrik Naik Tahun 2015
Betul tu. Pujian kepada denaihati atas usaha untuk meningkatkan sumbangan kepada mangsa banjir
Alhamdulilah….
MOga di permudahkan semua urusan…
*Saya dah baca artikel affiliate tu, tapi saya cr ruang nk komen takde erkkkkk
Amin. Semoga semua urusan ini berjalan dengan lancar dan dapat membantu mangsa banjir ini
Alhamdulillah dapat memberi sumbangan sedikit sebanyak walaupun dengan hanya tinggalkan komen sahaja
Berbagai bantuan dari pihak luar disumbangkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Alhamdulillah ada yang sudi membantu
Banyak rumah penduduk yang dihanyutkan oleh arus yang deras. Almaklumlah rumah di kawasan kampung dibuat dari kayu sebab tu la mudah musnah
Banjir besar kali ini memberi kesan yang besar kepada penduduk kampung sama ada dari segi mental penduduk yang trauma dan juga fizikal kampung yang berubah
Mudah mudahan sesiapa yang komen di sini akan murah rezeki dan disayangi Nya. Jom bantu seboleh yang mungkin
Comments are closed.