Sebak sungguh rasa di Hati

Spread the love

Salam 1Malaysia, pada 28 – 31/5/2010 aku bersama 5 orang teman termasuk Imran, President iLuvislam akan berada di Kemboja untuk menziarahi teman-teman dan mengadakan perbincangan lanjut untuk memastikan projek eQurban yang baru dilancarkan berjalan lancar. Antara jadual yang paling penting dalam lawatan kami adalah menziarahi Cambodia Islamic Center (CIC).

wanita kemboja di rumah rakit

Setiap kali menziarahi CIC pasti jiwa kami tersentuh melihat anak-anak remaja yang berjuang untuk meneruskan kelansungan umat Islam di Kemboja. CIC tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Kemboja dan bergantung 100% daripada dermawan daripada seluruh dunia. Majoriti pelajar tidak mampu untuk membayar yuran makan sebanyak USD10-20 sebulan. Pentadbir CIC perlu membelanjakan RM1500 untuk 3 kali makan sehari kepada 500 pelajar. Lebih kurang RM500,000 perbelanjaan diperlukan hanya untuk makan setahun. Kebanyakan hari anak-anak CIC hanya makan nasi bersama garam. Nasib mereka baik sekira ada dermawan yang sudi buat akikah pada hari-hari tertentu. Pengetuanya hanya menerima gaji USD180 sebulan dan 3/4 digunakan semula untuk keperluan CIC. Air mata pasti menitis melihat anak-anak CIC berebut-rebut masuk ke dewan makan yang sangat daif tanpa kerusi dan makan dengan selera walaupun nasi berlauk garam. Terbayang aku di Malaysia kita sudah biasa membazirkan makanan tanpa ada perasaan menyesal.

Sungguh aku tak berdaya nak menulis lagi sebak sungguh rasa di hati. Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan biarkan RM1 pun sangatlah dialu-alukan cuma perlu klik Tabung Sumbangan Muslim Kemboja. Kepada yang ada niat nak akikah atau kurban sila terus ke eQurban, ingat sebelum sempat wang anda sampai kepada menerima pasti Allah telah meanugerahkan ganjaran untuk anda.


Spread the love

48 Comments

  1. niat mmg nak buat sumbangan.. tapi buat masa ni sumbangan belum sempat dihulurkan sbb saya tak ada online banking.. kena masukkan secara manual.. InsyaAllah tetap tunaikan niat..

    1. @kulanz, tahniah bro..moga usaha tu mendapat keberkatan dunia & akhirat..
      .-= Nadri´s last blog ..Askar Timbalan Setia Negeri Johor =-.

    1. @zulkbo, equrban offer RM230 an lembu yg disembelih adalah hasil ternakan usahasama syarikat Alansar Agro sdn bhd dan koperasi muslim cambodia bukan yg dibeli dari penternak bukan Islam.

  2. masih ramai yg menderita.jadi,kita yg hidup senang nih,bersyukurlah,kalau ade rezeki skit,ape salahnyer menderma kan??
    .-= apiih´s last blog ..CPU inside Keyboard..emmm =-.

    1. @apiih, insyallah setiap derma yg ikhlas akan diganti Allah 100 kali ganda dalam berbagai bentuk samada fizikal atau rohani.

  3. kalau tak silap, dokumentari mengenai CIC nie pernah ditayangkan di Astro Oasis..keadaan pelajarnya mmg menginsafkan kita..hairan bila anak2 melayu kita malas nak ke sekolah walhal semua kemudahan ada..
    .-= Nadri´s last blog ..Fakta Menarik Tentang Piala Dunia =-.

    1. @joegrimjow, siapa yg tak kenal imran sekarang dah ada tabloid sendir next katanya majalah pulak dan paling best radio sendiri.

  4. masih ramai orang yang susah dekat dunia ni.
    bersyukurlah kita duduk dekat malaysia.
    huhu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!