Kasih Sayang Tidak Boleh Dijual Beli
Salam 1Malaysia, apa khabar semua? Maaflah semenjak dua menjak ni memang kurang online. Minggu ini dan minggu depan adalah minggu peperiksaan anak-anak jadi banyak masa diperuntukan untuk keluarga. Kalau kita sebagai ibubapa tidak ambil perhatian urusan anak-anak, siapa lagi? Hujung minggu ni ambil sedikit masa menziarahi orang tua di kampung yang dah hampir 1 bulan tidak dijenguk.Insyallah doa-doa ayah dan ibu akan melancarkan seluruh urusan kita dan keluarga kita. Kan kasih sayang tidak boleh dijual beli.
Kesibukan ini menyebabkan senarai peserta contest Acer Aspire One masih belum dikemaskini, jangan marah ya! insyallah sedikit masa lagi akan dikemaskini. Konsert akhir akademi fantasia musim ke 8 pun tak sempat nak tengok. Dengar cite Shahir yang diundi masuk semula menjadi juara AF8. Final bola sepak Piala Juara Eropa antara InterMilan vs Buyern Munich pun tak sempat nak tengok. Adik aku yang memang kaki bola beritau InterMilan berjaya menewaskan Buyern Munich 2-0 dan gamenya memang menarik berbanding final tahun lepas antara MU vs Barca.
Kepada yang nak beramal dengan berkorban di Kemboja jangan lupa lawat eQurban.com hanya RM230 untuk satu bahagian. Insyallah kurban anda akan menjadi tunggangan di syurga kelak.Kasih sayang sesama Islam walau di mana insyallah akan mendapat ganjaran. Kan kasih sayang tidak boleh dijual beli.
Akhir sekali mohon doakan anak-anak aku sukses dalam peperiksaan yang sedang dan akan mereka harungi.
Firman Allah swt “Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.” Surah Al-isra’, 82.
[ad#advertlets336]
