Salam 1Malaysia, pada 28 – 31/5/2010 aku bersama 5 orang teman termasuk Imran, President iLuvislam akan berada di Kemboja untuk menziarahi teman-teman dan mengadakan perbincangan lanjut untuk memastikan projek eQurban yang baru dilancarkan berjalan lancar. Antara jadual yang paling penting dalam lawatan kami adalah menziarahi Cambodia Islamic Center (CIC).
Setiap kali menziarahi CIC pasti jiwa kami tersentuh melihat anak-anak remaja yang berjuang untuk meneruskan kelansungan umat Islam di Kemboja. CIC tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Kemboja dan bergantung 100% daripada dermawan daripada seluruh dunia. Majoriti pelajar tidak mampu untuk membayar yuran makan sebanyak USD10-20 sebulan. Pentadbir CIC perlu membelanjakan RM1500 untuk 3 kali makan sehari kepada 500 pelajar. Lebih kurang RM500,000 perbelanjaan diperlukan hanya untuk makan setahun. Kebanyakan hari anak-anak CIC hanya makan nasi bersama garam. Nasib mereka baik sekira ada dermawan yang sudi buat akikah pada hari-hari tertentu. Pengetuanya hanya menerima gaji USD180 sebulan dan 3/4 digunakan semula untuk keperluan CIC. Air mata pasti menitis melihat anak-anak CIC berebut-rebut masuk ke dewan makan yang sangat daif tanpa kerusi dan makan dengan selera walaupun nasi berlauk garam. Terbayang aku di Malaysia kita sudah biasa membazirkan makanan tanpa ada perasaan menyesal.
Sungguh aku tak berdaya nak menulis lagi sebak sungguh rasa di hati. Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan biarkan RM1 pun sangatlah dialu-alukan cuma perlu klik Tabung Sumbangan Muslim Kemboja. Kepada yang ada niat nak akikah atau kurban sila terus ke eQurban, ingat sebelum sempat wang anda sampai kepada menerima pasti Allah telah meanugerahkan ganjaran untuk anda.
48 Comments
hanya iringan doa yang aku mampu sampaikan…insyaAllah
.-= mohdisa´s last blog ..MASUM Cup 2010 =-.
@mohdisa, paham-paham dikitlah he heh eh
Tidak apa.. kita belajar perlahan2.. mesti saja bisa faham tu nanti.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
niat mmg nak buat sumbangan.. tapi buat masa ni sumbangan belum sempat dihulurkan sbb saya tak ada online banking.. kena masukkan secara manual.. InsyaAllah tetap tunaikan niat..
@kulanz, tahniah bro..moga usaha tu mendapat keberkatan dunia & akhirat..
.-= Nadri´s last blog ..Askar Timbalan Setia Negeri Johor =-.
@Nadri, bener banget
Subhanallah… *teringat masa kecil, makan dengan garam je…*
Kalo dah klik, boleh ke nak sumbang terus?
.-= Anazkia´s last blog ..Diskusi Negeri 5 Menara, Bersama A Fuadi =-.
@Anazkia, sumbangan sangat dialu-alukan. Setelah sumbang hantarkan message ya untuk rekod admin.
salam..
amalan yang mulia
lakukan korban di
negara yang ramai orang
islam susah..di selangor
pun ada pakej nya RM250
setiap kali musim raya korban
.-= zulkbo´s last blog ..Demi Masa Manusia Selalu Kerugian Melainkan…? =-.
@zulkbo, equrban offer RM230 an lembu yg disembelih adalah hasil ternakan usahasama syarikat Alansar Agro sdn bhd dan koperasi muslim cambodia bukan yg dibeli dari penternak bukan Islam.
masih ramai yg menderita.jadi,kita yg hidup senang nih,bersyukurlah,kalau ade rezeki skit,ape salahnyer menderma kan??
.-= apiih´s last blog ..CPU inside Keyboard..emmm =-.
@apiih, insyallah setiap derma yg ikhlas akan diganti Allah 100 kali ganda dalam berbagai bentuk samada fizikal atau rohani.
alangkah bestnyer kalau dapat pergi ke sana bersame-same…
Alangkah indahnya bila hidup ini senantiasa diisi dengan berbagi
.-= Bang Iwan´s last blog ..BAGAIMANAKAH MENJADI SEORANG PEMIMPIN ? =-.
Tu la… Kena juga belajar membagi ni, biar anak ikut amalan kita.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
kalau tak silap, dokumentari mengenai CIC nie pernah ditayangkan di Astro Oasis..keadaan pelajarnya mmg menginsafkan kita..hairan bila anak2 melayu kita malas nak ke sekolah walhal semua kemudahan ada..
.-= Nadri´s last blog ..Fakta Menarik Tentang Piala Dunia =-.
ooh
kenal imran ek?
smoga berterusan budaya menyumbang tanpa harap blasan ini
.-= joegrimjow´s last blog ..tutorial blog : cara berblog musim exam =-.
@joegrimjow, siapa yg tak kenal imran sekarang dah ada tabloid sendir next katanya majalah pulak dan paling best radio sendiri.
@denaihati, dia je xpernah jumpa lagi, 4 lagi pengasas iluvislam dah pernah jumpa. masa WOW nanti jumpa la kot
😉
denaihati pon boleh je nak buat tabloid sendiri, dah ramai reader
😉
.-= joegrimjow´s last blog ..tutorial blog : cara berblog musim exam =-.
semoga lebih ramai yang akan menghulurkan derma ni
.-= wazy´s last blog ..Stabil Atau Tidak ?? =-.
@wazy, semuga Allah bukakan pintu para dermawan ini.
@denaihati, Amin Ya Rabbal Alamin.
selemah-lemah sumbangan adalah melalui doa..
..moga kalian berjaya..
.-= aizuddin´s last blog ..Logo Crocs Yang Menyerupai Kalimah Allah? =-.
@aizuddin, Setuju Bro…
.-= Bang Iwan´s last blog ..BAGAIMANAKAH MENJADI SEORANG PEMIMPIN ? =-.
masih ramai orang yang susah dekat dunia ni.
bersyukurlah kita duduk dekat malaysia.
huhu.
Betul sangat tu..Yang penting negara masih lagi aman. taraf kehidupan pun masih juga dikira bagus.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
Comments are closed.