Salam 1Malaysia, manusia boleh merancang tetapi rancangan Allah swt lagi hebat. Setiap perangcangan Allah swt itu pasti ada hikmah yang sangat besar bagi orang yang bersabar. Nak cerita sikit alkisah perjalanan awal ke Kemboja. Aku merancang tidak akan memandu dan memilih untuk naik pesawat ke KLIA. Sebabnya apabila dikira minyak, tol dan parking kos lebih mahal daripada aku naik pesawat.
Aku tengok online jadual pesawat MAS jam 3.30 pm jadi aku bertolak dari rumah kira-kira jam 12.30 pm. Aku perlu pergi awal kerana belum beli tiket. Sampai je di kaunter aku dimaklumkan jadual pesawat jam 4.25 pm. Setelah selesai beli tiket aku terus ke restauran untuk mengisi perut yang masih kosong. Pada jam 3.30pm aku check in dan dimaklumkan pesawat lewat dan dijangka berlepas jam 5.30pm. Setelah menunggu kami dibenarkan masuk ke dalam pesawat jam 6.00pm. Selepas 30 minit berada di dalam pesawat, kapten buat pengumuman terdapat masalah teknikal dan kami diarahkan keluar daripada pesawat.
Di ruang menunggu pengumuman dibuat pesawat kami mengalami masalah teknikal yang teruk dan perlu diganti dengan pesawat lain. Pesawat dijangka berlepas ke KLIA pada jam 10.45pm. Nak sejukan hati penumpang kami dihidangkan dengan makan malam yang perlu diambil di restauran Marry Brown, alhamdulillah daripada tak ada apa lansung. Sepanjang pengalaman aku yang sudah naik beratus kali kapal terbang nilah pengalaman paling lama menunggu pesawat. Ujian kecil ni.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Ujian adalah sebahagian daripada hidup. Orang Muslim Kemboja dan Gaza lagi hebat diuji Allah swt. Semuga perjalanan seterusnya lancar dengan izin Allah swt.
@Sila singgah ke blog peserta contest Acer Aspire One ke 9 dan 10 Yanmieonline.com dan Shidi Shah.
[ad#advertlets336]
144 Comments
terimakasih atas petuahnya bang….
semoga saya bisa menjadikan saya lebih sabar lagi….aamiin 🙂
Curahan rasa install ubuntu @ ..Play Angry Birds in Ubuntu
Comments are closed.