Penakut


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak setahun dua ni berlumba-lumba stesen TV dan panggung wayang menayangkan drama dan filem seram. Akibatnya anak-anak jadi penakut tapi bukan sahaja anak-anak malah ada juga emak yang takut. Nak pergi bilik air tengah malam nak berteman. Kalau rumah dua tingkat nak naik atas pun takut dan kalau dah naik atas nak turun bawah mesti berteman. Begitulah hebatnya penangan cerita seram ini dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Baru-baru ni Tun Mahathir pun ada meluahkan rasa kurang senang dengan budaya cerita seram yang lansung tidak membina minda cergas dan kreatif tapi minda penakut yang menjadi manusi lebih negatif. Yang kreatif hanya pengarah filem memikirkan bagaimana nak menakutkan penonton dan akhirnya mengaut keuntungan besar. Yang paling ditakuti budaya cerita seram ini boleh mengugat akidah umat Islam apabila kita lebih takut hantu dan pontianak lebih daripada takut kepada Allah SWT.

Pengiat filem dan drama lansung tak nak dengan nasihat Ulama yang dah banyak kali menegur. Siapalah agaknya yang boleh tegur diaorang ni termasuk stesen TV yang menyiarkan cerita seram tanpa ada pengawalan. Aku sendiri pun tak nampak jalan penyelesaiannya. Macam ada cadangan ke?

Cerita kisah penakut ni best juga layan lagu Penakut oleh Yuna yang telah dijulang sebagai lagu terbaik AIM ke 18. Lagu ini bukanlah lagu seram tapi lagu takut putus cinta. Kepada yang mencari keputusan penuh AIM ke 18 terus je ke Keputusan AIM ke 18.

Istimewa di denaihati.com
  • blackrosehunter 15 November 2011 at 12:08 am

    sokong dengan pendapat DH, adik2 saya jadi penakut sebab tengok cerita hantu..
    Entri terbaru blackrosehunter – Simptom Kanser yang Selalu Diabaikan.My Profile

  • atieyy 14 November 2011 at 9:28 pm

    kita mmg selalu bermusim ni…skrg musim citer gini…nanti tenggelam musim citer lain pulak…harap2 lps ni musimnya musim yg berfaedah & membangun jiwa…

  • Ummi Hanie 14 November 2011 at 6:43 pm

    sy ni dari kecik mmg minat tgk cerita seram tp alhmdllh sy bukanlah seorg penakut dan sy ajar ank2 sy jgn jadi penakut juge ;)
    Entri terbaru Ummi Hanie – Mumia moden di LondonMy Profile

  • (PR) Phantom Reader 14 November 2011 at 1:10 pm

    Setuju dengan cadangan tubuhkan fanpage ke arah tu.pe susah2,pakat ramai2 anto je antu kat diorang tu,nak sangat jumpe hantu ye? huhuhu…
    (niat jahat la pulak =p) tah la,tak taw nak cakap pe lagi,dah letih dah.asyik2 cite antu,asyik2 cite antu.antu pun dah naik muak tengok cite sendiri.popular gak antu dlam mlysia ni ye? tak yah susah2 g uji bakat,taw2 dah kuar kat dalam TV.cerita punya pasal,hantu dapat nama,kan? huh,ada ke pepatah macam ni? 0.o

  • ozzy 14 November 2011 at 12:34 pm

    persepsi takut dengan hantu patut diubah bermula dari kita dirumah..jgn selalu takutkan hantu pada anak2..
    Entri terbaru ozzy – SUSAH KE JADI IMAM DAN SUSAH KE MEMASAKMy Profile

  • noriz 14 November 2011 at 10:54 am

    tak suke cite hantu…
    sbb tertengok cite hantu lah dulu terberanak awal…huhuuu
    Entri terbaru noriz – Fabulous Friday – 11.11.11 :) My Profile

  • KiD 14 November 2011 at 9:46 am

    saya tak laaa penakut sangat.. hehehee
    Entri terbaru KiD – Blue Carpet AIM 18My Profile

  • Rina As 14 November 2011 at 9:21 am

    Saya juga salah satu orang yang kurang setuju dengan penayangan film hantu, kebanyakan lebih mengarah pada hal2 yang berbau dinamisme dan animisme. Bila anak kita menonton film seperti ini haruslah dalam pengawasan kita.
    Nice share denaihati..
    Entri terbaru Rina As – Cara Memasang Contact Form di Blog | Halaman KontakMy Profile

  • Norizwan 14 November 2011 at 8:46 am

    cerita hantu banyak menceritakan benda tahyul…tak sesuai utk umum…tak mengembangkan kan minda…

  • rosezha 14 November 2011 at 8:30 am

    mmg betul, skrg ni terlalu byk cerita hantu, dram tak payah cakap la…dah jadi drama bersiri. Bila filem hantu tu berjaya…mesti diorg smbg buat drama bersiri. Aku jugak yg dah hilang minat tgk tv…sbb byk sgt cite2 tahyul ni.
    Entri terbaru rosezha – Keajaiban AlamMy Profile

  • eXception 14 November 2011 at 7:50 am

    Anyway… siapa antara komentar kat sini yang PERNAH NAMPAK HANTU??
    Entri terbaru eXception – Gempar!! Pendatang Asing Memiliki Rumah Agam Mewah!?My Profile

  • eXception 14 November 2011 at 7:50 am

    ha ha ha ha ha… dari zaman Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat lagi isu ni dah timbul… Hilang kejap masa zaman Arwah Tok Mat ni pegang Menteri Penerangan… Lepas tu masuk menteri baru… Hampeh….
    Entri terbaru eXception – Gempar!! Pendatang Asing Memiliki Rumah Agam Mewah!?My Profile

  • eyra 14 November 2011 at 2:03 am

    dah bosan dengan cerita hantu yang terlalu banyak
    Entri terbaru eyra – Wedding @DekGee 121111 #DekgFarahMy Profile

  • wazy 13 November 2011 at 11:35 pm

    Rasanya kalau lebihkan rancangan berilmiah lagi elok untuk tontonan anak-anak kecil
    Entri terbaru wazy – WarisanMy Profile

  • wazy 13 November 2011 at 11:34 pm

    Mejuez
    Apa kata kita tubuhkan fanpage Kami Anti Filem Hantu….
    paling banyak buat cerita hantu skrg ni syarikat david teo tuuu… Metrowealth… depa banyak sangat create filem hantu yang bodoh bodoh…
    kononnya nakkan jenaka tapi entah hapa hapa … makin bnyk filem hantu makin merapu jadinya… minda pun jadi kaku….
    bila anak2 kecil di ajar supaya takutkan hantu! maka lama kelamaan akidah kita makin berkurangan…
    mereka lagi takut kan hantu daripada Tuhan….

    Setuju dengan cadangan ni bro
    Entri terbaru wazy – WarisanMy Profile

1 2 3 4 5 6


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network