Polisi baru Tribber mesti baca

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehingga entri ini ditulis Tribe Denaihati Network mempunyai 64 ahli dengan capaian 76,501 ahli Twitter. Ramai juga yang tanya apa sebenarnya Tribe Denaihati Network (TDN). TDN adalah kumpulan ahli Twitter yang terpilih dimana setiap ahli akan berkongsi setiap entri baru blog untuk dikongsikan kepada semua rakan twitter masing-masing.

64 ahli TDN mempunya berbagai tema blog yang akan dikongsikan kepada 76,501 ahli Twitter seluruh dunia. Daripada maklumbalas Tribe Denaihati Network telah memberi kesan positif dengan membantu penjenamaan blog dan meningkatkan jumlah trafik. Ahli TDN sudah tidak perlu risau dengan trafik dan boleh fokus untuk menghasilkan entri yang berkualiti . Untuk memaksimakan fungsi Tribe Denaihati Network setiap daripada ahli perlu menguruskan dengan baik supaya ianya tidak memberikan kesan negatif kepada rakan Twitter yang lain.

Untuk maklumat ahli TDN, Tribber telah membuat perubahan besar untuk mematuhi polisi baru Twitter. Ramai ahli TDN rasanya yang belum tahu sekarang Tribber dah tidak ada automatik retweet semuanya manual. Ahli perlu login 2-3x sehari untuk memilih mana-mana entri Rakan Blogger lain yang hendak kita lepaskan untuk di retweet oleh Tribber. Terbaru Tribber baru lepaskan feature baru dimana ahli boleh pilih entri yang lama-lama untu di retweet balik, memang terbaiklah jadi kita boleh pilih entri Rakan Blogger yang bagus dan berkualiti untuk diretweet balik. Nampak Rakan Blogger kena buat baik dengan aku supaya aku boleh retweet entri yang lama tu heeee.

Kepada yang dah jadi ahli TDN bolehlah kongsikan sikit pengalaman yang ada. Bagi yg belum join bolehlah memohon untuk join dengan syarat mesti ada ahli twitter 500 atau lebih. Nak memohon sila tinggalkan nama dan username twitter di contact. Bukan tak mahu terima yang kurang daripada itu tetapi kita mahu hasil yang maksimum. Itulah antara kelebihan bersama Denaihati Network, Hidupkan Untuk Memberi.

100 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!