Terkini Akademi Fantasia 9 (AF9)

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, meminjam kata-kata David Teoh buat filem mesti ikut selera penonton bukan syok sendiri. Kenal ke David Teoh ni, usahawan filem Malaysia yang telah mengumpul puluhan juta dari produksi filem Melayunya.

Blog pun sesekali kena ikut selera pelawat. Berdasar pencarian keywords terkini ramai yang singgah blog ini untuk mencari informasi terkini Akademi Fantasi ke 9 (AF9). Mereka mencari informasi siapa pelajar, pengajar dan paling panas Pengetua AF9. Mengikut pengumuman Astro, AF9 adalah siri terakhir Akademi Fantasia tapi tidak mustahil akan disambung kalau nilai komersialnya tinggi.

Gambar Pelajar AF9

Akademi Fantasi ini adalah suatu program yang sarat dengan drama samada di belakang tabir dan di atas pentas. Pengurusan Akademi Fantasi melancarkan berbagai perang psikologi untuk memaksimakan daya tarikan bagi meningkatkan rating. Banyak strategi promosi yang blogger newbie dan lama boleh belajar dari Akademi Fantasia untuk menaikan rating blog masing-masing.

Secara umum setelah 8 kali Akademi Fantasi berlansung belum ada seorang penyanyi yang really outstanding yang boleh menewaskan Siti Nurhaliza atau Jamal Abdillah tetapi tidak jugalah teruk kerana majoriti bekas pelajar Akademi Fantasia boleh berlakon dan menjadi penyampai yang baik.

Gambar Pengetua AF9 : Amy Search

12 orang pelajar AF9 telah dipilih bersama dengan 5 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh Papa Rock, Amy Search. Pemilihan Pengetua AF9 mengundang kontroversi apabila diperingkat awal Ahmad Dhani, komposer terkenal Indonesia telah dipilih tetapi mendapat tentangan industri. Untuk mengetahui senarai penuh Pelajar AF9 dan tenaga pengajar sila terus ke blog Kulanzsalleh.

Aku bukanlah mengikut setia Akademi Fantasia (belum RM1 pun keluar utk sms AFUNDI) tetapi akan sedaya upaya memberi berita terkini untuk tidak mengecewakan pelawat yang singgah mencari berita terkini Akademi Fantasia 9.

Update terkini AF9 LIVE @ Beautiful Nara.

[tweetmeme style=”compact”] [fbshare type=”button”]

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

82 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!