Penakut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak setahun dua ni berlumba-lumba stesen TV dan panggung wayang menayangkan drama dan filem seram. Akibatnya anak-anak jadi penakut tapi bukan sahaja anak-anak malah ada juga emak yang takut. Nak pergi bilik air tengah malam nak berteman. Kalau rumah dua tingkat nak naik atas pun takut dan kalau dah naik atas nak turun bawah mesti berteman. Begitulah hebatnya penangan cerita seram ini dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Baru-baru ni Tun Mahathir pun ada meluahkan rasa kurang senang dengan budaya cerita seram yang lansung tidak membina minda cergas dan kreatif tapi minda penakut yang menjadi manusi lebih negatif. Yang kreatif hanya pengarah filem memikirkan bagaimana nak menakutkan penonton dan akhirnya mengaut keuntungan besar. Yang paling ditakuti budaya cerita seram ini boleh mengugat akidah umat Islam apabila kita lebih takut hantu dan pontianak lebih daripada takut kepada Allah SWT.

Pengiat filem dan drama lansung tak nak dengan nasihat Ulama yang dah banyak kali menegur. Siapalah agaknya yang boleh tegur diaorang ni termasuk stesen TV yang menyiarkan cerita seram tanpa ada pengawalan. Aku sendiri pun tak nampak jalan penyelesaiannya. Macam ada cadangan ke?

Cerita kisah penakut ni best juga layan lagu Penakut oleh Yuna yang telah dijulang sebagai lagu terbaik AIM ke 18. Lagu ini bukanlah lagu seram tapi lagu takut putus cinta. Kepada yang mencari keputusan penuh AIM ke 18 terus je ke Keputusan AIM ke 18.


Spread the love

121 Comments

  1. kita mmg selalu bermusim ni…skrg musim citer gini…nanti tenggelam musim citer lain pulak…harap2 lps ni musimnya musim yg berfaedah & membangun jiwa…

  2. Setuju dengan cadangan tubuhkan fanpage ke arah tu.pe susah2,pakat ramai2 anto je antu kat diorang tu,nak sangat jumpe hantu ye? huhuhu…
    (niat jahat la pulak =p) tah la,tak taw nak cakap pe lagi,dah letih dah.asyik2 cite antu,asyik2 cite antu.antu pun dah naik muak tengok cite sendiri.popular gak antu dlam mlysia ni ye? tak yah susah2 g uji bakat,taw2 dah kuar kat dalam TV.cerita punya pasal,hantu dapat nama,kan? huh,ada ke pepatah macam ni? 0.o

  3. mmg betul, skrg ni terlalu byk cerita hantu, dram tak payah cakap la…dah jadi drama bersiri. Bila filem hantu tu berjaya…mesti diorg smbg buat drama bersiri. Aku jugak yg dah hilang minat tgk tv…sbb byk sgt cite2 tahyul ni.
    Curahan rasa rosezha @ ..Keajaiban AlamMy Profile

  4. Mejuez
    Apa kata kita tubuhkan fanpage Kami Anti Filem Hantu….
    paling banyak buat cerita hantu skrg ni syarikat david teo tuuu… Metrowealth… depa banyak sangat create filem hantu yang bodoh bodoh…
    kononnya nakkan jenaka tapi entah hapa hapa … makin bnyk filem hantu makin merapu jadinya… minda pun jadi kaku….
    bila anak2 kecil di ajar supaya takutkan hantu! maka lama kelamaan akidah kita makin berkurangan…
    mereka lagi takut kan hantu daripada Tuhan….

    Setuju dengan cadangan ni bro
    Curahan rasa wazy @ ..WarisanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!