Malaysia vs Cambodia Sea Games 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasukan bola sepak Malaysia vs Cambodia jam 5.00pm waktu Malaysia, 13/11 pasti akan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Setelah dua perlawanan bola sepak Group A Sea Games 2011,  Malaysia seri dengan Singapore dan berjaya menewaskan Thailand 2 -1 berada tangga ke dua selepas Indonesia. Perlawanan ini Malaysia mesti menang dan terbaik menjaringkan sebanyak gol yang boleh.

Team Malaysia mesti mengekalkan rentak permainan ketika menentang Thailand untuk menang besar ke atas team Cambodia. Dijangkakan persaingan antara Malaysia, Singapore dan Thailand untuk mara kepusingan seterusnya adalah bergantung kepada perbezaan gol kecuali team Malaysia dapat menewaskan team Indonesia.

Keputusan Malaysia vs Cambodia : 4 – 1

Perlawanan live Malaysia vs Cambodia boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Cambodia melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Cambodia atau online RTM live streaming.

Jadual penuh dan keputusan bola sepak Sea Games Indonesia  2011 kumpulan A @Bola Sepak Sea Games 2011

Berita terkini kontijen Sea Games 2011 Malaysia dan jumlah kutipan pingat Malaysia Sea Games 2011 @ Sea Games Ke 26 Indonesia.

Video Malaysia vs Cambodia Sea Games 2011:

 

MALAYSIA BOLEH.


Spread the love

91 Comments

  1. KEPADA SEMUA AHLI ATAU NON AHLI DEHAI HATI YANG BERWARGA NEGARA INDONESIA ALIAS BERINDENTITAS MERAH SILA BACA>>>

    mSTAR

    Isnin Februari 14, 2011

    Jangan Turunkan Taraf Sukan Sea Kepada Sukaneka – MOM

    KUALA LUMPUR: Langkah Indonesia memasukkan enam sukan kurang popular dan menggugurkan beberapa acara tetap, termasuk biliard & snuker dan bola sepak wanita daripada Sukan SEA Ke-26 akan datang boleh menjejaskan standard sukan dua tahun sekali itu pada masa akan datang, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

    Beliau berkata walaupun sebagai tuan rumah Indonesia mempunyai hak istimewa untuk membuat pilihan, namun republik itu perlu mengambil kira sentimen negara lain yang mengambil bahagian dalam sukan itu.

    “Indonesia bercadang mengadakan 43 jenis sukan dan 542 acara pada Sukan SEA akan datang, dan membahagikannya kepada kategori Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA serta sukan baru.

    “Pada waktu yang sama, jawatankuasa penganjur menggugurkan sukan biliard & snuker dan mengurangkan acara lazim dalam beberapa jenis sukan. Sebaliknya, mereka memilih pool.

    “Mungkin Indonesia tidak menyerlah dalam sukan berkenaan, tapi negara lain meletakkan harapan untuk meraih pingat emas melalui sukan yang digugurkan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini apabila diminta mengulas tindakan Indonesia menggugurkan banyak acara yang dianggap boleh menafikan peluang Malaysia untuk memenangi beberapa pingat emas. Sieh berkata sekiranya tuan rumah Sukan SEA terus memasukkan acara kegemaran masing-masing, maka standard sukan itu akan menurun hingga ke taraf sukaneka bagi negara anggota Asean.

    Indonesia menambah enam sukan baru iaitu bridge, paragliding, sukan roller, shorinji kempo, vovinam dan memanjat dinding.Sieh berkata antara sukan yang paling teruk terjejas ialah lumba basikal (trek), bola sepak, gimnastik berirama, petanque, belayar, menembak dan ping pong.

    Mengenai lumba basikal, katanya program standard Sukan SEA sebelum ini mengandungi sekitar 12 hingga 15 acara, tetapi Indonesia hanya mahu memasukkan tujuh acara sahaja yang terdiri daripada tiga kategori untuk lelaki dan empat kategori untuk wanita.

    Beliau berkata Indonesia juga menggugurkan acara bola sepak wanita dan mengurangkan jumlah acara menembak daripada 36 kepada sembilan, manakala gimnastik berirama pula hanya mempunyai satu acara berbanding lima hingga enam sebelum ini.

    “Saya rasa anggota Persekutuan Sukan SEA (SGF) yang terdiri daripada 10 negara anggota Asean akan kecewa dengan tindakan Indonesia ini. Kami akan cuba berunding dengan tuan rumah pada mesyuarat SGF akan datang di Bali pada 25 Februari ini,” katanya.

    Sieh berkata sebagai tuan rumah, Indonesia sepatutnya berunding dengan persatuan sukan tertentu yang arif tentang peraturan sukan antarabangsa dan tidak menganjurkan sukan ini semata-mata dengan tujuan untuk menjadi juara keseluruhan.

    Indonesia, yang mengadakan 43 jenis sukan dengan 490 acara apabila Jakarta menjadi tuan rumah Sukan SEA 1997, akan menjadi tuan rumah sukan ini sekali lagi di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 25 November ini.Senarai sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA Ke-26:

    Sukan Olimpik (22): Memanah (lentik dan kompaun), akuatik (terjun, renang, renang seirama, polo air), olahraga, badminton, bola keranjang, tinju, kenu, lumba basikal, ekuestrian, lawan pedang, bola sepak (futsal), gimnastik, judo, lumba perahu, belayar, menembak, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar (pantai dan gelanggang tertutup), angkat berat, gusti (gaya bebas dan greco).

    Sukan Sukan Asia (sembilan): Besbol, biliard & snuker (pool sahaja), golf, karate, sepak takraw, bola lisut, tenis lembut, wushu.

    Sukan Sukan SEA: Catur, renang sirip, pencak silat, petanque, lumba perahu tradisional, ski air.

    Sukan baru: Bridge, paragliding, sukan roller, shorinji kempo, vovinam, panjat dinding.
    Curahan rasa manja sheila @ ..COUPLE T-SHIRT BATCH 1 (album code: PES)My Profile

    1. Jika tuan rumah bisa meraih banyak medali emas, itu gara2 tuan rumah selfish. jangan rusakan level sea games gara2 mau menjadi sang juara umum. pikirin dong negara2 lain yang bertanding. malah suara2 protes dari beberapa negara selain malaysia juga turut kedengaran. renung2kan lah wahai WNI. dan semoga supporternya PADA 17 NOV ini akan SUPPORTIVE dan tidak memprovokasi timnas malaysia dengan ejekan dan BOOO. jangan sok teraniya tapi kalian aniaya negara kami jauh lagi parah . jangan ganggu konsentrasi pemain bola sepak kami pada khamis ini. ingat lah pada ajang AFF 2012 malaysia lah tuan rumah. jangan anda trus2 memprovoke atlit kami di sana.
      Curahan rasa manja sheila @ ..COUPLE T-SHIRT BATCH 1 (album code: PES)My Profile

      1. kita lihat saja sebagai contoh acara roller, tim indon bolot semua 12 medali emas. itu selfish banget. kayaknya acaranya semua khusus buat atlit indon. jangan begitu dong…acara lain kayak squash level dunia juga harus dipertandingkan….juga acara berbasikal kok wajarnya punya 12 hingga enakan aja dikurangkan kepada 7 acara sahaja. kalo emang atlit indon ngak menyerlah di acara2 itu semua.negara2 lain pula sebaliknya.
        Curahan rasa manja sheila @ ..COUPLE T-SHIRT BATCH 1 (album code: PES)My Profile

    2. “Indonesia menambah enam sukan baru iaitu bridge, paragliding, sukan roller, shorinji kempo, vovinam dan memanjat dinding.Sieh berkata antara sukan yang paling teruk terjejas ialah lumba basikal (trek), bola sepak, gimnastik berirama, petanque, belayar, menembak dan ping pong.”

      Heran juga tetiba ada Shorinji Kempo dekat sana, siap ada sukan memanjat dinding lagi tu
      Curahan rasa Steward John @ ..SEA Games 2011 Indonesia Medal TallyMy Profile

  2. dibabak kedua skuad anak2 didik Ong Kim Swee kelihatan kurang menyengat hakikatnya punya cerita dibaliknya. ini dikeranakan provokasi murahan oleh supporter indon yang jelas2 sudah banyak membanjiri stadium lantaran menunggu perlawanan pasukan mereka vs thai. kita juga boleh mendengar bagaimana bila tim kita menyerang dan berada di hadapan gawang gol kemboja, tim kita di “booo” oleh supporter indon. malah OKS juga mengakui adanya provokasi supporter indon tathala kita berlawan kemboja petang semalam tatkala ditemu ramah melalui talian telefon oleh wartawan tv3 dalam satu rancangan pada pagi ini. Tambahan lagi, pada pandangan aku, jika kita ingin melihat dari record perlawanan kedua2 pasukan dalam group A, memang jelas memperlihatkan kelebihan kepada pasukan indon karena mereka menang tanpa kalah.apatah lagi jumlah jaringan gol setelah 3 perlawanan adalah 11 goal. manakala kita hanya, 6 goal. jadi kita akan nampak indon lebih kuat dari skuad bola sepak negara. namun, bila di post-mortem kembali timnas indon tak lah sehebat mana. sebab, jika kita imbas balik, perlawanan mereka vs isngapura. mereka hanya berjaya menjaringkan gol di babak pertama perlawanan. dan singapura sendiri harus bermain dengan jumlah 10 pemain lantaran satu kad mereh telah dilayangkan kepada mereka. di babak 45 kedua pula, indon gagal untuk membuat jaringan, bilamana tim singapura bangkit walau mereka sendiri gagal untuk menjaringkan apa2 gol. ini membuktikan, tim indon masih boleh dikekang dari menjaringkan gol yang banyak walau mereka punya pemain yang punya kepantasan yang baik seperti titus bonas, okto juga wanggi. kita lihat pulak perlawanan antara indon vs thai malam semalam. mereka menang dengan skor 3-1 dengan jumlah pemain indon 11, thai 9. malam semalam thai jelas2 mempamerkan corak mainan yang jauh berbeza dari tatkala mereka bertemu pasukan negara. so, ini membuktikan kepada kita bahawa dengan strategi yang baik juga semangat ibarat sang gajah, kita masih mampu untuk menang keatas indon pada khamis ini nanti.

    so kawan2 satu negara, kesimpulannya,kita jangan mudah menghukum pasukan negara tapi sebaiknya dilihat dulu apa punca dan sebab nya. dan kita kirimkan lah buat skuad negara akan doa.supaya mereka akan berjaya tatkala berlawan indon nanti. sebab kita tau, provokasi dan fanatiknya supporter indon benar2 menganggu konsentrasi pemain bola sepak negara kita tatkala beraksi. malah, dikabarkan juga tatkala perlwanan thai vs indon, pengadil kelihatan berat sebelah. ini dibuktikan dengan kad pertama buat thai diberi tanpa memberi peluang kepada pemain thai. justeru itu, doakan lah yang terbaik buat skuad negara di sea games dan pada perlawanan berikutnya agar kita boleh melangkah lebih jauh sekaligus mempertahankan gelaran juara dan pinggat emas yang dimenangi tempoh lalu.

      1. yes it is true. apa lho ngak ada di stadium? kedengaran lho, supporter indon membooo pasukan kami terutama apabila pasukan malaysia menyerang dan berada di gawang gol kemboja. u can’t lie . malah, tatkala pasukan badminton lelaki malaysia juga do boo semalam tatkala berlawan sama tim indon.
        Curahan rasa manja sheila @ ..COUPLE T-SHIRT BATCH 1 (album code: PES)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!