Penakut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak setahun dua ni berlumba-lumba stesen TV dan panggung wayang menayangkan drama dan filem seram. Akibatnya anak-anak jadi penakut tapi bukan sahaja anak-anak malah ada juga emak yang takut. Nak pergi bilik air tengah malam nak berteman. Kalau rumah dua tingkat nak naik atas pun takut dan kalau dah naik atas nak turun bawah mesti berteman. Begitulah hebatnya penangan cerita seram ini dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Baru-baru ni Tun Mahathir pun ada meluahkan rasa kurang senang dengan budaya cerita seram yang lansung tidak membina minda cergas dan kreatif tapi minda penakut yang menjadi manusi lebih negatif. Yang kreatif hanya pengarah filem memikirkan bagaimana nak menakutkan penonton dan akhirnya mengaut keuntungan besar. Yang paling ditakuti budaya cerita seram ini boleh mengugat akidah umat Islam apabila kita lebih takut hantu dan pontianak lebih daripada takut kepada Allah SWT.

Pengiat filem dan drama lansung tak nak dengan nasihat Ulama yang dah banyak kali menegur. Siapalah agaknya yang boleh tegur diaorang ni termasuk stesen TV yang menyiarkan cerita seram tanpa ada pengawalan. Aku sendiri pun tak nampak jalan penyelesaiannya. Macam ada cadangan ke?

Cerita kisah penakut ni best juga layan lagu Penakut oleh Yuna yang telah dijulang sebagai lagu terbaik AIM ke 18. Lagu ini bukanlah lagu seram tapi lagu takut putus cinta. Kepada yang mencari keputusan penuh AIM ke 18 terus je ke Keputusan AIM ke 18.


Spread the love

121 Comments

  1. Apa kata kita tubuhkan fanpage Kami Anti Filem Hantu….

    paling banyak buat cerita hantu skrg ni syarikat david teo tuuu… Metrowealth… depa banyak sangat create filem hantu yang bodoh bodoh…

    kononnya nakkan jenaka tapi entah hapa hapa … makin bnyk filem hantu makin merapu jadinya… minda pun jadi kaku….

    bila anak2 kecil di ajar supaya takutkan hantu! maka lama kelamaan akidah kita makin berkurangan…

    mereka lagi takut kan hantu daripada Tuhan….

  2. Assalamu`alaikum DH,
    sebenarnya nak mengatasi permasalahan ini mudah sahaja, iaitu jangan menonton filem genre seram dan hantu di pawagam. Kalau boleh boikot semua filem seumpama itu. Pengeluaran kan dipengaruhi oleh permintaan. Kalau takde permintaan, penerbit yang hanya pentingkan keuntungan takkan membazirkan modal untuk membuat filem sedemikian.

    Masalahnya penonton kita susah hendak memboikot filem hantu. Sebabnya kita memang telah sebati dengan benda-benda mistik sedari kecil lagi. Bahkan kalau kita telusuri sejarah, nenek-nenek moyang kita telah lama mempercayai kewujudan hantu-hantu. Nak buat macam mana?

    Tambah teruk, penonton kita hanya mahu menonton filem berunsurkan hiburan. Tak kiralah cinta ke, atau pun hantu, semuanya dia akan balun. Yang penting jalan ceritanya tidak memeningkan kepala. Lagi nak buat macam mana?

    Jadi pada saya masalah ini hanya akan menjadi topi perbincangan ilmiah tanpa ada jalan penyelesaiannya sama seperti isu buang bayi dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

    Pasal Yuna pula, saya pun nak ucapkan tahniah. Dia memang layak untuk itu.
    Curahan rasa Mama Murai @ ..bermonolog dalam diri, berkhutbah kepada sisi gelapMy Profile

  3. Assalam…
    Saya cuba didik anak2 agar tak takutkan hantu. Saya katakan padanya, semua tu orang yang dimekapkan. Alhamdulillah, setakat hari ni anak saya memang tak takut kalau tengok filem seram, cuma kadang2 terkejut dengan muzik/sound yang seram..
    Curahan rasa iza @ ..Bro Sharinginfoz Dan JMRMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!