Misteri wangian yang hilang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 

membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauhpasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai.

Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.

Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’.

Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

tahan Melayu Semenanjung Emas

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? 

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Wallahualam.

Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.

“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248

Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini.

Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.


Spread the love

114 Comments

  1. Kerana itu agaknya, Israel mula menyebut tentang Malaysia. Khususnya bangsa Jawi (Melayu)? Bangsa Melayu belum lagi mengoncang dunia! Bangsa lain sudah. Zaman Melaka dulu sebenarnya tidak sebesar mana, setakat sebelah sini sahaja.

    Imam Mahdi dari Bangsa Melayu, tidak ramai yang percaya tetapi tentera atau penolong Imam Mahdi daripada Bangsa Melayu, ramai yang percaya!

  2. selalu mentauhidkan Allah.. kita ni kerdil, jgn bongkak.. ikot apa yang disuruh, jgn apa yang dilarang..

  3. assalammualaikum & selamat hari raya
    selalu juga dengar cerita macam nih dan ada jugak dengar mengenai piramid melayu yg tenggelam di dasar laut tuh. kemungkinan mmg ada kait mengait. rasa bangga juga, tapi bimbang juga kerana kenampakan melayu skrang dah banyak hilang ‘kemelayuan’nya…sifat & sikapnye
    Curahan rasa azMan @ ..Bungan kantan mahal?My Profile

  4. sebenarnya akak pun tak tahu akan kisah ini, kisah2 sebegini akak sering dengar dari cerita denaihati sekembalinya dari menziarahi masjidil al aqsa, sejarah asal usul ini sebenarnya begitu penting untuk di pelopori atau di pelajari, orang seni seperti saudara usman awang, terimakasih denaihati atas kisah yang sangat2 menarik dan memberi banyak pengajaran jika dihalusi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!